Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, April 21, 2011

Inikah yang dikatakan pelindung negara???

Huhhhh!!! Aku memang marah, sangat kecewa to be precise! Minggu ni sangat mencabar utk aku lalui. Kesibukan kerja dan macam2 lagilah tanggungjawab rasmi dan tak rasmi membelenggu diri. Tiba-tiba pagi Selasa kelmarin aku terima panggilan telefon dari jiran umah aku katanya bumbung umah aku kat ipoh bagaikan pecah. Katanya mungkin sebab angin kuat (sekadar utk menyedapkan hati aku yang dah mula kalut)..dan bila di hujung ayatnya ada ‘TAPI’..yezz..i just knew it..shoot me with the fact plz.. “TAPI kalau angina tap genting umah tu macam tersusun elok jer kat atas tu dan bukaannya pun besar..” ohhh pak cik..u are so nice to speak so berlapik and let me do my own assumption which is “Umah aku kena pecah!!!!!”

Perjalanan ke pejabat yang dah macam semut sebab jammed tu membuatkan otak aku ni pun terkemut2 nak berfikir. En Firdaus plak outstation..jadi aku pun tipon dan berbincang lebih kurang maka jadinya kami mintaklah sesaper kengkawan yang kebetulan ada di ipoh utk p buat acara pemantauan…Akhirnya yg terpilih itu En Azizi..setelah dipantau, katanye die pun tak pasti tapi mungkin juga angin. The next day, otw En Firdaus ke Sg Petani, die singgah ke bt 8 yang dh tak permai tu utk menjenguk sendiri, yesss..umah aku kena pecah siap ada tangga bagai..
Dipendekkan citer, aku pun memecutla balik malam tu jugak. Yg aku nak marahkan ni..bukan stakat pencuri tu jer..tapi bile aku p balai nak buat report..soalan pertama adalah ‘BERAPA NILAI KERUGIAN?’.

AKU: Takler sampai beribu2 sebab barang kemas ke duit cash memang takde pun disimpan di rumah.Cumanya saya nak buat report ni atas formality dan saya rasa pencuri tu mungkin akan datang balik sebab barang2 macam tv, radio sume elok jer dah berbuka wayar penyambungnya..tak termasuk vacuum dan periuk belanga mak aku yang canggih tu disusun kat pintu dapur yang sudah dibukaknya dr dalam.

POLIS: (memandang aku dengan sinis) susahlah kalau nak buat report pun. Takde apa yg hilang sangat pun

(sebab pencuri tu just mampu angkut beberapa barang elektrik yg ringan saja dulu)

POLIS: Lagipun skrang pegawai penyiasat takder, sume sibuk ada kes kat mahkamah. Kalau saya ambik report awak pun, awak kena pergi sendiri bagi report ni kat pegawai penyiasat kat balai polis kg tawas (aku pun tak tau mana hala dan apa motifnya aku yg nak kena hantar sendiri..aku ni ala2 despatch poliskah?huh!!!lagi jahat aku rasakan dr pencuri yg merompak umah aku tu..!!)

AKU: Saya yg nak kena hantar?

POLIS: Yerlah sebab pegawai penyiasat kat sana. Kalau nak datang check pun payah, ambik masa lama, nak carik cap jari sume, adelah nanti dalam 2,3 jam…bla..bla..bla…

AKU: saya tau encik tak banyak benda berharga hilang tp kat kampong ni rasa dah banyak kali dah kes pecah rumah ni. Saya buat laporan ni dan saya ingat nak mintak jasa baik pihak polis buat rondaan kat situ..

POLIS: Hanya terdiam sambil memandang ke PC nyer…Kalau awak nak buat report jugak datang petang karanglah..petang2 baru pegawai penyiasat ader..bla..bla..bla..

Time ni aku punya sukatan bengang dah menjerit2 kat kepala bagaikan nak pecah. Apa yang aku sedar aku sempat menghempas pintu balai polis tu..GERAM!!!!!

Aku tak tau pasal ape jadik macam ni. Nak tunggu sampai ada mayat dengan pisau tertusuk tegak kat dada baru nak anggap kes tu serius ker..atau nak kena hilang juta2 baru nak dianggap sebagai kes ker..atau sengaja tak nak ambik report supaya dieorang tak payah nak update ‘INDEKS STATISTIK JENAYAH’ punye board kat blakang kaunter dieorang tu ker supaya bila orang atasan mintak report dapatlah mereka mengatakan “Kadar jenayah di kawasan kami rendah dan terkawal..” Huh!!!!!!

Sebab sebelum aku tu ade org dari Indah Water pun mai buat laporan loji dieorang kena ceroboh dan bila ditanya apa barang yg hilang..hampir menerima nasib yang sama macam aku jugak bila dikatakan hanya 4 barang yg hilang..tapi bila pengadu tu kata nilai kehilangan adalah lebih 20 ribu..then barulah they took it seriously!!!!!! I am so MARAH!!!!!! That is your job..to protect the nation and of course to ensure the safety of the public. Then what protection that we could hope for if you with that uniform can only sit back and classified the CASES as NOT IMPORTANT until someone is dead!!!! Gitulah gamaknya…kalau rasa tak larat sangat, beban keja sangat banyak ke ape ker..buang sajalah uniform anda dan pergilah cari kerja lain..daripada mencemarkan nama baik institusi itu sendiri!!!!!






2 comments:

  1. satu ayat yg boleh direlatedkan dlm case ini 'dah terantuk baru nak terngadah' ---> tuju utk encikpulis tuh! ni le bila org ckp penjawat awam xder keje diorng jd murai tercabut ekor tp bila kita merujuk 1001 alasan akn diberi kononyer mgikut prosedur kerja..yg kesian pd mokcik dan pokcik yg dah separuh abd jd warga kpg, diorng nak kena tgu ahlil politik masuk campor brlah nak gerak jentera tp time tuh bl kita bsing diorg akan ckp "knp skg br nk report?"
    kita bakor jek yoeb!

    ReplyDelete
  2. saya simpati dgn nsib akak nih.. saya sgt tidak suka dgn kelakuan polis tu.. tidak patut dia melakukan sedemikian rupa terhadap orang awam. blh plak dia suh akak pergi bagi report 2.. geramnya saya bila baca cite akak nih.. apa dia rasa bila org ceroboh rumah dia and xda org ambik peduli.. baru dia tahu rasanya..

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)