Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Hari ini nak share salah satu
resipi dari koleksi bento kakak…Alhamdulillah, sepanjang tiga bulan bersekolah,
ibu masih berupaya bangun awal pagi dan menyiapkan bekal untuk kakak bawa ke
sekolah. Kakak langsung tak nak makan di kantin. Nak ibu masak juga. Maka
itulah rutin saban pagi yang ibu rasa sangat teruja untuk lakukan. Kakak
semakin membesar, tiba jadi sangat-sangat picky eater. Walhal masa kecil, semua
pun diajar makan..dari buah-buahan sehinggalah ke sayur-sayuran. Kami dari
kecil memang arwah abah dah didik, each meal, mesti ada one dish sayuran. Tak
tahulah semenjak besar ini makin susah nak pujuk makan sayur. Eh, maaf ya..dah
jadi ceramah makan cara sihat plak…hahahha…yang sebenarnya nak share menu Kuih Cara
aje haaaa…ya, ada satu pagi tu, kegigihan hadir dalam minda si ibu kakak
ni..nak membikin kuih cara…. *clap!Clap!*
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan pati pandan (hasil
dari gabungan 5 helai daun pandan bersama sedikit air, dan dikisar halus. Kemudian
ditapis).
2 cawan santan (aku guna
jenama Kara)
3 sudu besar marjerin/mentega
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau (sedikit saja
sekadar nak bagi naik warnanya)
Cara
Membuatnya:
Senang yang amat sangat.
Kisarkan sahaja semua bahan-bahan tadi. Kemudian, tapiskan. Selepas ditapis,
barulah dimasukkan beberapa titik pewarna hijau.
Panaskan acuannya, dan
sapukan marjerin sedikit sebelum dimasukkan adunan kuih cara tersebut. Then
cepat-cepat masukkan gula ke bahagian tengah kuih.
Tutup dengan tudung periuk
bagi memastikan masaknya sekata.
Tak lama nak masak, xsampai
satu minit pun. Nanti bila nak keluarkan kuih cara yang dah siap dimasak,
cungkilkan ikut tepi gunakan sudu ya….
TIP MY MAK: Mak pesan, acuan
kuih cara ini, jangan sesekali dicuci guna sabun. Memadai dengan lap
menggunakan tuala bersih.
Bagi adunan coklat tu, aku
hanya gantikan pati pandan dengan membancuh dua sudu besar serbuk koko, dua
sudu besar gula dengan air suam sedikit dan selebihnya adalah susu cair (atau
susu biasa).
Bahan yang lain adalah sama,
dan aku gantikan gula dengan coklat cip hershey’s sebagai filling dia.
Verdict: Kakak dan bapak
memilih kuih cara versi klasik. Baikkklllaaahhh…
:P
ReplyDeleteAishhh terlioq lak tengok gambar kuih cara tuh..
ReplyDeletebolehlah mencara weekend ni...hehehhe...
Delete