Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Maaflah,
lama pula bercuti dari update kali ini….macam-macam yang berlaku. Malas nak
sembang..buat sakit jiwa kalau dikenang. Marilah kita sambung kisah percutian
yang tertunda siarannya tu….
KUALA
SEPETANG. Apa yang selalu terbayang oleh sebahagian dari kita berkenaan tempat
ini, pastinya menu popular Mee Udang. Namun begitu, tak ramai yang mengetahui
bahawa Kuala Sepetang juga mempunyai daya tarikan pelancongannya yang
tersendiri.
Bersempena
dengan #visitperak2017, jom aku bawakan u alls sekalian mengembara ke Kuala
Sepetang.
Aku
dah pernah ikut trip ke Kuala Sepetang ini dulu.. Boleh refer entry link ini… Jom Terokai Perak: Pagi yang damai di Kuala Sepetang
Tapi
masa tu pergi dengan kawan-kawan. Jadi untuk kali ini, kita kembara bersama
keluarga pula. Bagi menambahkan keseronokan itu, aku dan Incik Daus mengambil
kepeutusan untuk membuat tempahan tour guide dengan En. Khairul dari http://www.kualasepetang.com/
Kami
ambil pakej C, yang menawarkan sesi lawatan seperti berikut:
C. Kuala Sepetang River Cruise, Eagle Sighting
and Fish Farm
*New
Attraction:Well trained archer fish.
Minimum
RM280 Or RM50 per pax
My
Card Holder: Minimum RM140 Or RM25 per pax
Duration 60 minutes
Call
012-5145023 Khairul
Package
A + Package B + Visiting Fish Farm (Activities such as fish feeding, playing
with horse shoe crab and puffer fish)
Kami
tiba di Pekan Kuala Sepetang sekitar jam 10.00 a.m dan En Khairul dah siap
sedia menunggu untuk menyambut ketibaan kami.
Alhamdulillah,
cuaca pagi itu sangat baik. Kalau tidak, terpaksalah batalkan. Sambil berjalan
ke arah jeti, En. Khairul memberikan serba ringkas penerangan tentang aktiviti
pagi di Kuala Sepetang.
Sempat juga singgah tengok ketam nipah yang agak
popular juga di kalangan masyarakat di sini.
Selain itu, dipekan kecil Kuala Sepetang ini juga kelihatan deretan jemuran ikan yang dibuat ikan masin.
Di jeti ini terdapat beberapa pengusaha ikan masin di kalangan penduduk di sini.
Selain itu, dipekan kecil Kuala Sepetang ini juga kelihatan deretan jemuran ikan yang dibuat ikan masin.
Di jeti ini terdapat beberapa pengusaha ikan masin di kalangan penduduk di sini.
Ok,
ready semuanya dengan life jacket, jomlah kita gerak….tak sabar dah semuanya
kan....
Aku
tak pastilah orang lain, tapi aku dengan Incik Daus memang sukakan suasana yang
dekat dengan alam semulajadi seperti ini. Mendengar deruan air, kicauan
burung…merasa pula angin sejuk yang menampar ke pipi… rasa Subhanallah….seronok
sangat.
River
Cruise ke Kuala Sepetang ini lebih kepada satu aktiviti untuk santai sambil
menenangkan fikiran.
Suasana pagi di kiri kanan perkampungan di sini tenang tanpa banyak aktiviti melainkan kelihatan nelayan sedang mengemas bot-bot mereka.
Setiap bot ditandakan dengan tarikh bot dimiliki, mungkin senang untuk mengira usia bot atau mungkin untuk mengingati tarikh bagi maintenance kot… tak sempat pula nak tanya En. Khairul.

Kuala
Sepetang ini dahulunya lebih dikenali sebagai Port Weld dan sebahagian besar
dari penduduknya merupakan golongan nelayan terutamanya yang berbangsa Cina.
Di
sepanjang perjalanan ini juga, kita dapat melihat kehijauan Hutan Paya Laut
Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang
menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai
dan kawasan hutan paya laut.
Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai bentuk akar jangkang yang unik malahan ada juga di antara akar yang berbentuk seakan kon dan menunduk seperti lutut. Dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
En. Khairul selaku tour guide kami sangat baik, ramah dan rajin melayan soalan-soalan dari kami khususnya aku ni haaa..yang ex-wartawan sangat kan...hahahha....

Cuba berikan tumpuan pada kakak yang sejenis pantang kena angin ke, aircond ke...mulalah matanya xleh nak bukak...heheheh... Manakala ibunya pula sibuk acah-acah tourist sangat kan....
Manakala ibunya pula sibuk acah-acah tourist sangat kan....
Di sini juga ada Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang yang menempatkan kemudahan penginapan dan dewan untuk di sewa bagi aktiviti pembelajaran serta penyelidikan dan juga team-building. Sewaktu kami melalui kawasan ini, terdapat sekumpulan jurugambar yang datang ke sini semata-mata mahu menangkap momen burung-burung dari spesis yang jarang ditemui di tempat lain. Bagi kami yang xmemiliki lense panjang tahap dewata raya tu, memadailah dengan mengambil gambar-gambar helang yang berterbangan bebas di langit luas.
Tarikan utama lawatan kami kali ini, pastinya…taaaddaaa….

Lawatan
ke sangkar ikan ini….
Haruslah
teruja..nak jumpa sahabat karib dari zaman sekolah iaitu IKAN
BUNTAL…hahahaha…ya, zaman sekolah dulu Cikgu B.I panggil I dengan nama penuh
glamer..Ikan Buntal…atau Puffer Fish.
Kunjungan
kami ke sini jadi seronok sebab Angah berjaya mengorat uncle tauke tempat
ini…hahhahaha…..mak bakal bermenantukan saudagar ikan…hahaha… sat lagi aku
tunjuk uncle yang rajin benor melayan kami…dia kata xpa, org gumok pun ada
comey…
Jadi
bagi tidak membiarkan kami kegemukan berseorangan maka jomlah bagi ikan-ikan
ini makan sama…sila..sila..jemputlah makan…makanan ikan di sini diberi percuma
oleh uncle tauke yang sangat ramah-tamah. Siap dipaksanya kami ambil sorang
satu. Banyak mana pun orang yang datang memberi makan, ternyata ikan-ikan ni
punya ‘kantung perut’ yang besar rasanya…laju je makan….
Kini
tibalah masanya untuk ‘moment of truth’, meet my BFF, The Puffer Fish…please
handle with care…ahaks!
See…sama
tak kecomelan kami…hahhaha…So cute us both! #silajanganmuntah
Rasa
puas hati sangat dapat melawat BFF I ni….heheheh….tip untuk memegang BFF I ni
mudah yang amat, pegang dari arah belakang ikan. Jangan sesekali dihalakan agar
wajah bertemu wajah, mata bertentang mata. Kalau dilanggar ‘RULES’ ini, maka
buruklah akibatnya nanti…..
Selain
dari Ikan Buntal, satu lagi daya tarikan di sangkar ikan ini adalah Archer
Fish. Kehebatan ikan ini adalah dia boleh ‘Menyumpit’.
Ikannya
halus sangat. Tapi daya ‘tembakan’ sangat laju dan tepat. Encik Khairul
tunjukkan demo kepada kami. Group yang terdahulu tak berpeluang saksikan
kehebatan panahan ikan ini. Tiba-tiba mood ikan-ikan ini lari ke laut
agaknya…rindukan kampung halaman…heheheh…
Alhamdulillah,
bila turn kami, ikan-ikan ini memberikan kerjasama yang baik. Dapatlah kami
tengok dengan mata kepala sendiri macam mana ikan ini ‘menyumpit’ mangsa.
Ok,
sekarang satu lagi detik-detik kebenaran…
Dipersembahkan….uncle
yang cuba mengorat si Angah…hahahha…
Yang
sebelah tu..ya…yang tak pakai baju tu….
Tak
adalah, saja melawak…uncle ni sangat baik, sangat peramah dan sangat mesra….kiranya
macam ikhlas sangat menerika kunjungan semua pelawat ke sini.
Then
habis sesi lawatan di air, kami kembali ke Pekan Kecil Kuala Sepetang untuk acara
jalan-jalan jamu mata.
Di
kawasan pekan kecil ini terdapat kedai-kedai yang menjual ikan masin, udang
kering…dan segala benda yang seangkatan dengannya. Selain itu, kalau nak borong
ikan basah pun ada. Harga ikan masin di sini taklah murah sangat pada
aku..lebih kurang beli kat pasar Ipoh je..hehehhe…
So
kita wrap off entry ini dengan muka kakak ngan mak ngah yang asyik sibuk makan
eskrem kelapa….
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Khairul yang melayan kami dengan baik meskipun kami bukanlah pelancong dari jauh pun...hehhehe... bagi yang ingin merasai pelbagai keunikan Kuala Sepetang bolehlah mengambil pakej dengan En. Khairul. ikutkan masa ini, kami teringin juga nak tengok Dolphin tapi sebab bukan musimnya ditambah dengan cuaca yang kadang hujan tiba-tiba maka tak jadilah.
Pajang entri ni dah kira rajin tau
ReplyDeletehahahha...berminngu ambik masa nak siapkan satu entry...kih..kih..kih..haihh jenuh...
Delete