Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, June 5, 2015

Anak sorang je?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni aku cuti..

Uruskan rumah...

Prepare untuk buat tahlil dan kenduri kesyukuran menyambut Ramadhan..Insya-Allah minggu hadapan...

Semalam, dapat wassap...



Tibe hati terasa sedih sangat..yes, sampai sekarang, sukar rasanya untuk padamkan kerinduan dan kesedihan itu meskipun aku tak sempat pun untuk menyusukannya..tak sempat untuk meluangkan masa hatta seminit sewaktu dia masih bernyawa...

Tapi dia anak kami...

Anak yang ku pangku dalam balutan kafan...hanya aku yang tahu dan faham erti rasa itu...

Satu rasa yang sesiapa tidak pernah laluinya tidak akan mungkin memahami...

Atas keperitan rasa itulah, kadang aku jadi sangat sensitif..meskipun kadang jawapan yang aku berikan kedengaran tenang..hakikatnya hati ini sayu..

Tatkala soalan ini menyapa...

"Sorang je ke anak..kenapa tak nak tambah..masa muda inilah nak tambah anak..merancang ke?"

Jawapan di realiti: Aku senyum..dan selalunya aku jawab...Insya-Allah..tengah mencuba..saya tak merancang...

Jawapan halus yang ikhlas terbit dari hati: Ko cakap sedap mulut je kan...siapa yang berkahwin dan tak nak zuriat? To be exact, I am actually wanted to have 4 kids...that's my plan..but Allah had better plan for me..siapa kita untuk meneka?

Atau pedihnya ayat-ayat ini..

"Ala...awak anak sorang je..cuba nanti ada anak dua, tiga baru tahu macam mana rasa...."

Jawapan di realiti: Senyum..dan aku biasanya akan avoid dah perbualan lanjut...

Jawapan halus yang ikhlas terbit dari hati: Yes, aku tak pernah tahu betapa havocnya hidup ada anak dua, tiga dan empat. Sungguh aku tak tahu dan aku teruja ingin tahu. Tapi adakah itu menidakkan kebenaran untuk aku berkongsi pengalaman bagaimana membesarkan seorang anak? Adakah itu menidakkan yang aku juga berstatus ibu dan punya anak walaupun anak aku hanya sorang? No, actually I have 2 kids..2 daughter to be exact. Memang betul aku tak pernah laluinya, tapi u all semua pernah ke lalui perasaan di mana anak yang dikandung..yang almost two weeks in due..dimaklumkan telah meninggal dunia? Sedangkan seminggu sebelumnya doktor memberitahu anak itu sihat dan you may prepare for the delivery. Pernah tahu betapa aku terduduk dan kehilangan kata-kata saat perkhabaran itu menampar telinga? Tak pernah rasa kan? Jadi jangan bercakap tentang rasa bagaimana payahnya nak membesarkan anak lebih dari seorang kerana aku merasai bukan sahaja membesarkan anak malah kehilangan seorang anak juga. Tahu apa rasanya?

Ya, aku belum merasai rumah kecah bersepah dengan anak dua, tiga atau empat yang sedang meniti alam tumbesaran. Tapi pernahkah yang bercakap itu melalui tempoh setahun untuk doktor dapat sahkan anak yang sedang berada di depan mata ini akan membesar sebagai anak normal atau sebaliknya. Pernah harungi apa yang aku lalui? Jika kata-kata ini dilontarkan kembali...yang mana yang anda mahu rasa? Rasa nikmat melihat keletah anak-anak membesar di depan mata atau seakan tunggu untuk menghadapi 'hukuman gantung' setiap kali bertemu doktor? Tunggu untuk doktor maklumkan yang anak anda sihat atau tak sihat, atau terencat sebabkan jangkitan darah akibat one fetus died in the pregnancy process? Mana satu yang anda mahu rasa?

Tulisan ini bukanlah medan meluahkan amarah, sekadar ingat mengingati...

Adakalanya, hidup kita dan hidup orang lain tak mungkin sama..tapi tak salahkan untuk kita menghormati...

Adakalanya rezeki kita adalah anak..dan orang yang tak punya anak itu bukanlah Allah menghukumnya..as I said, Insya-Allah..Allah janjikan perancangan lain untuk orang itu..susahkah untuk sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja...

Anak satu, dua, tiga atau empat...susah atau payahnya kehidupan...bukan wajar dihakimi dengan mata kasar...

Menghormatilah perasaan kita sesama saudara di muka bumi ini...kerana pada aku yang kerdil ini..yang masih cuba untuk memahami dan memperbaiki diri...Sesungguhnya nikmat Allah itu pelbagai..luas...Maha Suci Allah, yang mengetahui segala baik buruk perancangan...




Terima Kasih Suami..kerana terus untuk sama memahami perit rasa dan emosi seorang isteri....Alhamdulillah....


4 comments:

  1. Waaa.....akak dah nanges. Dah la pg ni sensitif lebih. Anak akk pun sorang...dah besar. But, yakin dgn Allah. Allah Maha Tahu. Kasih Allah, kita mesti yakin. Sekurang2nya hubby awak ok. Bygkan lelaki yg beri alasan anak satu untuk nikah lain...ramai kan zaman sekarang. Alhamdulillah, Erny tak melalui itu. Na'uzubillahi min zalik

    ReplyDelete
  2. Sedihnya...sabar ye kak...rezeki Allah tu luas...insyaAllah lepas ni ade rezeki akak..itu doa saya kak.. Akak beruntung, anak da di syurga menanti akak dan abang.. =)

    ReplyDelete
  3. Kak Aziela: Itulah..pagi tu pun memang erny teremosi lebih...tiba2 rasa sayu sangat..Terima Kasih kak atas nasihat tu..Insya Allah...sama2 kita doakan kehidupan yg lebih tenang dan diberkati dunia akhirat..ameeennn... ;-)

    ReplyDelete
  4. Nisa: Itu sebenarnya yg bersarang dekat hati ni sekian lama... lega sgt dapat luahkan... mekasih Nisa... ;-)

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)