Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, May 7, 2015

Jom Makan Best di Johor: Nasi Briyani Gam JDT yang sedap di Abah Beriani House

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Ok..ape khabar kengkawan sekalian? Apa bikin cuti panjang yang lalu? As for us..kami ke Temerloh, kenduri adik ipar…penat jugak since ke area pantai timur macam biasalah bila cuti panjang jalan pun jammed je memanjang kan… ;-)

So arini, kengkawan sekalian..marilah tabahkan hati kerana entry cuti2 JB masih belum tiba ke penghujung…aku pun dah rasa nak menangis dah ni..tapi demi kenangan dan info to share..marilah mari..kita menulis..ewah!

Selesai je shopping2 di JPO..maka kami geraklah ke Abah Beriani House..apelah ertinya kunjungan ke Johor kalau tak singgah merasa keenakan nasi biryani gam kannnn…so marilah kita ke restoran Abah Beriani House yang terletak di Bandar Baru Uda ini.


Restoran ini berhampiran sangat dengan LHDN Johor…nuuunnnn…so nak cari restoran ini selain menggunakan khidmat waze, bolehlah juga mencari landmark LHDN itu okay….


Waktu kami bertolak dari JPO tu dah hampir 3.00 petang, so aku pun call restoran tu dulu sebab tak sure masih buka atau dia tak sebab dalam kebanyakan review yang aku baca tak terjumpa la plak waktu operasinya. So bila call, adik yang jawab call tu bagi tau masih buka, so ape lagi booked tempat cepat. Bagus betul adik yang jawab call ni, sangat membantu dan ramah. Boleh dikatakan hampir semua tempat makan di Johor ni customer service dia adalah tip top! Buat pengetahuan anda semua Restoran Abah Beriani House ni dibuka dari jam 11.00 a.m sehinggalah jam 9.00 malam.

Walaupun waktu kami sampai ke sini boleh dikatakan dah petang jugaklah tapi restorannya masih penuh dengan orang ramai. Alhamdulillah, kami dah reserve tempat siap-siap. Dekorasi restoran ni bercirikan arab gituuu..nak ambik gambar beria sangat pun xberapa nak boleh sebab tempat ni tersangatlah padat, berhimpit-himpit duduk nak makan…


So since perut dah menggelegak lapar, cepat2 panggil adik waiter dan order. So semua sepakat nak merasa set Nasi Briyani JDT…lepas makan pi main bola okay…hehehe..apekah kena-mengena? Ahaks!




Sementara menunggu order sampai..sempat jugaklah makan ini…



Ye, peberet ni..blueberry cheese tart..oklah..tapi lembut sangat crust tart dia..mungkin sebab disimpan dalam fridge kot..aku kalau makan cheese tart suka yang crust dia rangup2 gitu…

Selain cheese tart ni ada macam2 jugak jajan yang dijual dan ade jugak tiramisu segala….lehlah buat kudap-kudap kan…


Ok..niiii dia set biryani JDT..kami ambik ayam, daging dan daging kambing…set ni sama je semuanya kecuali lauk tu la..set ini didatangkan dengan papadom, jelatah timun nenas, kuah kari dengan yang speselnya di sini adalah tuuuu..telur pindang…ini lah rupa paras set biryani JDT. Lagi satu uniknya, set ini juga didatangkan dengan minuman Drive M7 Energy Drink..haaaa..canggih kan u alls…



Secara keseluruhannya biryani dia sedap, xmuak makan. Dan rasa dia xberlemak atau rasa minyak sapi tu kuat sangat. So ngamlah bila makan dengan lauk…kalau kat sebelah utara banyak ditumis dengan minyak sapi dan pelbagai rempah yang sangat kuat..kadang terasa muak. Ni nasi biryani dia macam solid, so tak rasa full sangat…memang sedap..Cuma aku dapat daging bahagian liat urat tu..ayooo..potong skit di situ!!!

Eh..eh..motif sangat tetibe ade gambar mesraaa di hujung entry..hahahha..

Ok, bagi anda2 yang teringin nak ke sini, meh ahkak bagi alamat penuhnya okay..

Restoran Abah Beriani House
Alamat : No 12, Jalan Padi Emas 6/1,
Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru
Johor, Malaysia
Tel : 0127337007


6 comments:

  1. nasi briani mmg fav ni, bila2 masa saja aduhhh teringinn

    ReplyDelete
  2. kenapa gam ? melekit ke ? melekat ? hehehe.. CT penah makan yang kat batu pahat je..

    ReplyDelete
  3. Kak Noor: betul tu kak noor..dapat yang pandai membuatnya, lebih syok! ;-)

    ReplyDelete
  4. Siti: Nasi tu kontroversi sangat..tu yang kena GAM! hahaha...

    ReplyDelete
  5. Anum: Alhamdulillah..memang sedap...

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)