Hahahah! Muak tak minggu ni empunya blog ini perasan Masterchef asyik nak share resipi aje..bukan resipi 5bintang pun presentationnya..simple aje..tapi rasa tu memang aku guarantee, 5stars! *kibas apron skit..hahahha!*
Sotong goreng tepung ni, aku buat ikut suka selera aku dan Incik Daus...kalau makan kat kedai tu, kadang-kadang rasa frust sangat bila makan sotong goreng tepung, yang tepunngnya macam nak buat cucur, lebih tebal dari isi sotong yang cinonit aje kat dalam..maka atas rasa frust itu, aku pun beria-ia lah cuba dan cuba membuatnya sampailah jadi macam ini...
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sotong (pilih saiz besar), potong ikut saiz boleh sekali ngap
dalam mulut.
Serbuk Mc Cormick, yang untuk bagi empuk daging tu..aku pun
tak ingat nama penuhnya..tapi bubuh serbuk ni dahulu pada sotong supaya dia
lebih lembut dan tak liat…)
Tepung tempura
Serbuk kari daging
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
(segala jenis serbuk ngan tepung tempura ni, satukan dan
gaul sebati. Kemudian, hiris daun kari bagi naik bau)
2 biji telur (ambil putihnya sahaja)
Cara membuat:
1.
Gaulkan sotong ke dalam putih telur. Kaup
balikkan kemudiannya di dalam adunan tepung.
2.
Goreng di dalam minyak yang panas. Minyak biar
banyak, sebab teknik gorengannya biar deep fried.
3.
Angkat, toskan, dan sedia dihidang. Makan
panas-panas, lagilah yummy!!!
Senang je kan..cuba ya jangan tak cuba..!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)