Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, May 22, 2014

Resipi: Nasi Goreng Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kadang-kadang nak memasak pun boleh jadi buntu…nak-nak bila badan letih, rasa nak masak yang ringkas-ringkas saja. Yang semuanya ada dalam satu hidangan. Macam hidangan makan tengahari kami Ahad baru ini. Fikir punya fikir, jomlah masak nasi goreng daging. Dapat ilham ni sebab asyiklah teringat nasi goreng daging pasar malam hari Sabtu dekat Taman Perpaduan tu…so dengan kreativiti mengagak, maka terhasillah hidangan ini..ewah!


Bahan-bahan:

Nasi  (aku masak 1 pot setengah)
1 biji bawang Bombay (hiris nipis, halus-halus)
10 biji cili padi (hiris nipis)
2 biji cili merah (hiris nipis)
10 batang kacang buncis (hiris nipis)
1 biji telur
Sos Tiram
Garam
Serbuk lada sulah

Bahan daging:

500 gram daging (sukatan ikut suka. Hiris daging ini nipis-nipis, supaya mudah masak dan empuk)

  • Lumur daging ini dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, sos seasoning Maggi, sedikit garam dan sedikit serbuk kari daging. Perapkan dahulu dan biarkan dalam 15-30 minit.

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak. Gorengkan daging dahulu. Biar sampai garing dan masukkan pula bawang, cili padi dan cili merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit air, sos tiram, garam dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan telur dan hancurkan. Kemudian, masukkan kacang buncis.
  4. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau rata.

Mudah saja kan…nasi, lauk, sayur..all in 1..siap untuk hari malas masak…hihihihi….



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)