Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, May 6, 2014

Resipi: Ikan Kembung Masak Singgang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Ok puan-puan, mai rapat-rapat, chef nak kongsi resipi kedua-dua berturut-turut minggu ini…ikan masak singgang..
Ikan masak singgang ni memang Incik Daus suka, tapi kalau aku masak untuk dia sahaja, syure tambah cili padi ngan cuka sikit. Tapi since masak untuk mak juga, aku tak bubuhlah cili padi ngan cuka. Nak rasa masam tu, gantikan aje dengan asam keping. Resipi ni mudah yang amat kalau nak buat, pejam mata je, bukak mata balik, dah siap.. *eh over gambaran pembuatannya di situ…hehehhe*



Dulu kan, time aku diet.. (wahhhh..diet u alls…yelah, tak diet, tak muat baju kawin karang..sanggup ke? Tak sanggup? Ha…makanlah ikan singgang okay… ;p )
Meh aku share bahan-bahan dan cara nak memasaknya…

Bahan-bahan:
Ikan kembung (dapat jenis lemak, lagilah sedap)

Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)

Halia (dihiris)
Serai (diketuk)

Suhun (yang macam bihun tu, kalau ada yang tak tau ek..rendam dulu)
Ubi kentang (dipotong kiub saiz sederhana, aku masukkan ubi kentang sebab kakak suka makan ibi kentang..ermm…jadi ibu-ibu ni memang kalau masak kena fikir 2 dalam 1)

Cili merah (dihiris)
Asam keping (ikut tahap kemasaman masing-masing)

Tomato ceri
Garam secukup rasa

Serbuk kunyit sedikit

Cara membuatnya:

1.       Rebus air bersama bawang, halia, dengan ubi kentang.

2.       Bila dah mendidih, masukkan pula asam keping dengan suhun.

3.       Masukkan garam secukup rasa dan serai yang telah diketuk.

4.       Biarkan sampai mendidih semula, kemudian masukkan ikan. Tutup periuk dengan tudung periuk, biarkan dalam seminit dua.

5.       Bila Nampak ikan dah masak, masukkan sedikit serbuk kunyit untuk bagi warna kuning. Akhir sekali, masukkan tomato ceri dan bolehlah padamkan api.

6.       Sedia untuk dihidang.

 

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)