Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera…
Kengkawan..semalam masak apa? Saja nyibuk nak Tanya
kan..atau makan kat luar aje? As for us, aku duduk umah je..sebab kakak macam
dah xsihat…so aku pun taklah ke kedai semalam..duduk rumah, temankan
kakak..sambil buatlah apa yang patut dibuat untuk mendapatkan title ‘Isteri
Mithali’ kannnn…maka jomlah basuh baju yang berbeg-beg itu..ya, sebabnya last
week, aku ke kursus di Cameron Highland, balik last Selasa, hari Rabu masuk
office, bos antar aku pi satu lagi talk..khamis, off we go to Felda Residence
Hotspring, Sungai Klah, Sungkai, Perak. Maka, beg aku pun tersadai. Incik Daus
plak balik Rabu malam, dihumban lagi satu beg hasil outstationnya itu. Abis
balik dari weekend getaway tu. U all rasa, berapa banyak lagi beg akan tersadai
di hari Ahad yang permai ini… hmmm… akak terasa sangat pasrah…uhukk…uhukkk….
Wahhh..panjang dah intro aku ni..kate nak cite pasal
masak-masak..skali pasal beg plak dah…ko nak masak beg ke kaedahnya ni Cik Puan
Besar…??? Hehehhe..ampun akan kemelalutan aku okay…actually semalam, ajak mak
aku melepak kat umah..saja, dah lama rasanya tak main masak-masak…buleh gitu?
So aku pun menunjukkan master skills aku, eceh..ceh..master la sangat..setakat
masak Ayam Goreng Kunyit, Ikan Kembung Singgang dengan sotong goreng
tepung…sambil masak, sambil mendobi baju…
*tetap nak jugak citer pasal kain baju….orang lain pun basuh baju gak la
erny oiiii…sudah2lah okay…*
So untuk hari Isnin yang permai ini, meh kita share resipi
Ayam Goreng Kunyit dulu la ye…ringkas je, tapi saja..suke ati aku nak perasan
hebat share resipi…hahahahh!
Isi Ayam (potong kecil-kecil, lumur garam kunyit, biarkan
seketika)
Bawang Bombay (dihiris bulat)
Bawang putih (dihiris, kuantiti, ikut citarasa)
Cili merah (dihiris nipis)
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Cara membuat:
1.
Goreng dulu isi ayam tadi, kalau suka garing,
gorenglah sampai garing. Kalau tak suka, gorengla ikut yang you all suka
ya…then toskan.
2.
Kemudian, tumislah bawang Bombay tadi ngan
bawang putih. Agak naik bau, masukkan pula hirisan cili merah.
3.
Masukkan isi ayam yang dah goreng tadi,
kemudian, masuk sos tiram dan serbuk lada hitam. AKu dh tak tambah garam dah
sebab sos tiram tu pun dah masin kan…
4.
Tara…sudah siap! Tutup api tu, dah..silalah
menghidang…
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)