Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, October 3, 2013

Jom Terokai Perak: Jejaki sejarah Ngah Ibrahim @ Muzium Matang.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Setelah puas berposing, memborong ikan masin segala..kita teruskan perjalanan dengan menjejaki peninggalan sejarah di sini… (serius, dah lama tak guna ayat cam gini…huhuhuhuhu)…


Kami singgah di muzium ini…masuk adalah PERCUMA ya…


Mula-mula sampai tu macam, “Bukak ke tak muzium ni….????” Sebabnya nampak lengang dan memang tak nampak any attraction that shows it was open. Pintu masuknya ke dalam sikit, dan bila tengok tingkap semua bertutup, kami ingat tutuplah kot. Rupanya bukak tapi sayang, sunyi sepi. Mungkin tempat-tempat peninggalan bersejarah macam ni perlu dilakukan aktiviti sampingan di kawasan berhampiran supaya dapat dijadi daya penarik.


Ok, mailah kita share sikit storynya…

Muzium Matang ini terletak di Mukim BUkit Gantang dan dulunya didirikan oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Kalau tak salah aku, bangunan tapak muzium ini dulunya merupakan kawasan pejabat Larut dan juga kediaman rasmi Ngah Ibrahim sendiri pada tahun 1856 dulu.

Meh aku tunjuk sikit gambar Ngah Ibrahim yang telah diilustrasikan…


Muzium ini pada aku menarik, kemas dan terjaga..sangat bersih. Cuma perlukan usaha yang lebih untuk mempromosikannya…

Di antara gambar2 sekitar muzium ini...


Yang ditunjuk pada kaki gajah ini adalah penemuan bijih timah..cerita detailsnya ada di dinding sebelah kanan gajah ini ya...


Peralatan perlombongan bijih timah...

Dan di bawah ni plak antara peralatan yang digunakan di mahkamah dulu2...


Ingat lagi tak kengkawan tentang siri Perang Larut...ni antara gambar2 yang telah diilustrasikan bagi menggambarkan suasana Perang Larut itu...bagus untuk adik-adik yang nak mendalami ilmu sejarah...bagus jugak untuk kita-kita ni refreshkan ilmu sejarah yer...


Meh kite layan gambar-gambar kami yang ala-ala kanak-kanak ribena ini….hihihii…


'Kakak' pun pening melihatkan kelakuan ibunya dan kakak2nya yang lain...muahahah...



Helllo..hellooooowwww...yer..yer..hehehe...

Ok..sila lihat aksi kakak dengan budak grafik aku si daniel ni...amboi2..kemain lagi yer...ngikutkan aje...


Ha..cer nengokkan mulutnye tu..abg tu soh muncung..die pun muncunglahhh...semangat si Daniel ni, siap pakai baju ada lambang 1 Malaysia lagi...



Amboi....hebatnya office...suka-suki lagi yer... dapat boss mat salleh...ahaks!

Dan di bawah ni of cozlaaah...i dengan my boyfriend...hahahah...yang kat depan blur2 tu..mcm biaselah kakak..mule2 nak joint ambik gambar..lepas tu larinya...nasib ibu dengan bapak maintain je mcm takde apa jadik..muahahhaha!


Apa lagi yang menarik kat sini?

Sekitar kawasan ini ada ditempatkan Makam Ngah Ibrahim dan juga ada perigi lama, runtuhan tembok kota akibat rempuhan pesawat Jepun dan Rumah Kapten T.C.S Speedy…Kapten Speedy, jangan main-main ya..tapi kan dalam banyak-banyak gambar kat muzium ni, aku paling teruja ngan gambar Pandak Indut you alls…hahahha! Ha…cepat2 recall Sejarah sekolah dulu…ingat2 balik siapakah Pandak Indut itu…

Bagi sesiapa yang nak pergi bawa anak-anak, ini alamatnya ya….

Muzium Matang
Jabatan Muzium Malaysia
Kota Ngah Ibrahim
34750, Matang, Perak.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad – 9.00 a.m hingga 5.00 p.m
                            Jumaat – 2.45 p.m hingga 5.00 p.m

Kami sampai semula ke Taiping, hari pun dah petang..jom makan dulu..perut pun dah lapar..lepak makan di Doli, Taiping..yang femes dengan kuey teow doli itu…nak tau kat mana, bolehlah merujuk kembali entry aku KUEY TEOW DOLI DI TAIPING



Kakak dan anak-anak dara KPerak..hehehe...aduii, cammanelah kakak bile dh besar nanti...sob..sob..sedeyyy sudahhh... *Sambil ditenung poyo oleh Incik Daus*..selalu Incik Daus cakap aku over emosi bile bab2 anak ni...hehehe...naluri keibuan okay....


Masing-masing sempat senyum lagi walaupun kelaparan..

Hmmm, jangan ingat ni destinasi makan terakhir kami sebelum balik Ipoh ya..itu En Khairul (yang dah tukar uniform..klesss tau, die sorang aje ada dua pasang baju..kalah hero Hindustan..muahahahah...)...nanti next aku up tentang cendol marbeleeesss plak ek...tunggu tau!

Tatatititutu.....



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)