Ok, marilah mari kengkawan, kita sambung kisah penerokaan kami di negeri Perak Darul Ridzuan ini... (bunyi macam bukan dilahirkan dan dibesarkan di Perak saja gayanya...heheheh). Have to admit that, dulu memang tak pernah tahu yang Perak ni banyak jugaklah tempat menariknya. Yang aku tahu, balik umah kat Ipoh ni, duduklah melepak kat umah. Kalau jenjalan pun setakat Jusco Kinta City...hahahah!
Ok, ok..hentikan melalut wahai diriku sendiri..mari kita sambung ini story. Alhamdulillah, perjalanan kami ke Kuala Sepetang berjalan lancar. Walaupun cuaca kelihatan mendung tapi tak hujan. Just nicelah, dingin gitu. Kami sampai di Jeti Kuala Sepetang sekitar jam 11 pagi.
Inilah dia ‘Keluarga En. Khairul….’
Hehehhehe…
.
Kenapa 'Keluarga En. Khairul'?? Tak, aku tak salah..belum hilang ingatan lagi pun..tau yang nama bapak aku En. Hashim...hihihihi...En. Khairul ni, tu haaaa..yang berbaju jaket biru tu..yang t-shirt dalamnya warna putih belang-belang tu..itulah ketua rombongan yang aku cakap kat entry 1: Sarapan Pagi di Taiping aku yang terbabas tu..haaaa...dielah tu..ahaks!
Kami ambik pakej seorang RM 10
sahaja..pakej basic sahaja yang merangkumi tour ke perkampungan nelayan di
sini, eagle feeding dan bird watching. Nak ambik pakej ni mesti minimum 10
pax..kire satu bot ngam-ngamlah.
Subhanallah, pagi yang damai..cuaca yang
dingin..pemandangan menghijau dengan keindahan semulajadi. Melihat kehidupan
masyarakat di sini, buat aku rasa tenang. Rasa hilang stress seminggu tu…
Kita layan gambar-gambar kami yang sangat
ala-ala tourist ini ya…sampaikan terlupa yang kami tak pakai life jacket. Bila
dah balik baru perasan…kami yang terlupa atau tourist guide saja nak prank
kami? Perasannya pun bila aku belek-belek gambar yang diambillah...cuba tengok gambar pertama di atas..itu team sebelum kami yang naik bot...dan di bawah ni gambar-gambar kami yang naik bot...selamba sangat kan...Ermmmm….sabor ajelah…
Siap masing-masing rileks aje...macam everything was perfect....heheheh..so u alls yang lain, kalau uncle bot tu lupa ke nak bagi life jacket, silalah tanya ya..jangan ikut perangai kami yang tersangatlah selama a.k.a pelupa ini yer....
Siap riang-ria berposing lagi....rileks kan kami????...
Yang berbaju merah itu namanya En. Yusri, itulah tourist guide kami...
Perjalanan bot mengambil masa 45min macam
tu..sebab tak boleh nak jalan jauh sangat, air tengah surut…walhal berhari-hari
hujan sebelum tu.
Dekat sini ada pakej bernilai RM 15 dan RM
30 seorang jugak. Kalau pakej RM30 tu best lagilah sebab dia bawak gi trekking,
pergi tengok proses tangkap kerang, pergi melawat kilang arang dan sebagainya.
Mungkin next time kita extend tour kite lagi ya kengkawan…
Hari kami pergi ni alhamdulillah tak hujan, tapi cuaca dingin, tak panas sangat dan tak mendung sangat...just nice...
Then, kami pergi tengok proses buat ikan
masin plak. Kedai tauke ni betul-betul di jalan masuk sebelum ke jeti Kuala
Sepetang.
Sempatlah memborong ikan masin fresh….
Sikit punya banyak ke dia punya ikan masin...
'Kakak' kecik ditemani 'Kakak' besar...kemain lagi die..sukelah tu ramai yang melayan...ohhh my kakak..
Borong Kenny, jangan tak borong...
Pulang dengan hasil 'tangkapan' masing-masing..eh, siapa yang nak pulang? Kita nak sambung lagi perjalanan kita okay..ke mana plak...tunggu ye kengkawan, entry aku yang seterusnya..heheheh...
Murah jugaklah…inilah hasil tangkapan aku
kat Kuala Sepetang ni…yeayyyy!
Tunggu tau, jumpa kami di entry seterusnya...
Salam Erni
ReplyDeleteSalam... tq singgah..
DeleteTerima kasih penulisan yang sangat baik untuk mempromosi Kuala Sepetang
ReplyDeletewww.kualasepetang.com
Sama-sama En Khairul...semoga lebih ramai lagi yang sudi menerokai negeri Perak, Insya-Allah...
Delete