Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
5 tahun dah usia perkahwinan kami…
Alhamdulillah..
Meh aku nak share sikit..sikit ajelah yer..bebanyak
kang, bahaya plak… (perasan macam ramai norrrr yg stalker kisah hidup
aku..muahahah…kasik kibas selendang ke belakang skit…hehehhe)
Dulu kan time mule-mule kahwin, aku selalu stress
bile dekat dgn burfday sendiri ni..sebabnya dalam hati berbunga-bunga
mengharapkan yang Incik Suami tampil dengan kejutan-kejutan yang marbeles…tetapi
malangnya, aku berkahwin bukan dengan Mat Jiwang atau Mat Romantik…uhuk!
Incik Daus ni kalau bagi kawan2 yang kenal dia dari
dulu, sangatlah pak lawak orangnya..tapi bukan main tibia aje lawak tak
menentu. In other side of him, dia jugak sangat reserve orangnya. Lambatlah
kalau nak tengok die leh sembang ramah dengan orang. Slow motion skit..lainlah
bini dia ini..kalau berborak tak sahih dengan intonasi dan gerak tubuh skali…heheheh..
Jadinya bile kawin, aura rileks die tu menyampailah
ke sambutan birthday atau anniversary..tiap kali tiba tarikh penting ni aku
sure akan merajuk-rajuk bagai.. (yer..sedikit emotional di situ..ahaks!) Sebab
pada aku, and I think to lots of other women out there, the remembrance that so
important to us. Tak semestinya bagi hadiah diamond beratus ribu, memadailah
dengan ingatan. Bawak g makan pun dah okay dah..Macam Incik Daus bukan dia tak
ingat, dia ingat kesemua tarikh2 penting hidup kami tu. Tapi pegangan die plak,
ucapan dan kehadiran dia disisi, itu lebih bermakna..errr…macam contoh tiap
kali birthday dia, aku selalu saja tanya dia nak apa sebagai hadiah and he
always replied me “Abang tak nak apa-apa, doakan abg selalu dah cukup…” yer…
*bagi kengkawan lama Incik Daus, jika terbaca, sila jangan gelak2 ya…this man
had totally changed okay…kata kawin dengan ex-pengawas sekolah..haruslah jadik
baik…muahahah*
So this is so vice versa of me, being typical women
or shall I said, being typical Erny! Sbab dari kecik-kecik pun arwah abah dah
biasakan kami dengan kejutan-kejutan bila birthday dan kami pun biasa buat
kejutan untuk hari bapa, hari ibu dan sebagainya. Jadi kebiasaan itu dah
menjadi ibarat satu kemestian pulak kepada aku sendiri.
By the way, lama kelamaan, Incik Daus belajar untuk
menjadi lebih memahami…lebih sensitive..Cuma satulah yang aku bersyukur
sangat2, sebab Incik Daus ni senang dibawa berkomunikasi, kalau ada hal yang
kami tak puas hati, kami akan praktikkan untuk bercakap. Tetapi bezanya aku
jenis yang suka memendam tapi Incik Daus plak suka berterus-terang. Contoh,
kalau aku merajuk sebab dia tak bagi hadiah harijadi, dia mcam tak faham kenapa
aku merajuk dan aku pula takkanlah nak kata aku merajuk sebab tak dapat hadiah
harijadi..muahahah (jatuhlah imej aku sebagai perempuan macho lagi brutal…heheheh)
But in anyhow, that is the beauty of marriage..bak kata kawan aku dulu..”Perkahwinan
adalah untuk saling lengkap-melengkapi”.
Tapi nak tergelak jugak, sebab bile Incik Daus
belajar plak cara-cara nak buat surprise event kat wife die ni..selalunya mesti
kantoi. Aku pun tak taulah kenapa my six sense ni, kuat sangat….hehehe..selalu
buat die macam alaaaa…dah tau ke..dan aku plak bile dah tertau, tak pandai plak
nak buat-buat terperanjat…hahaha! Siap gelak2 lagi..adeyyy..jenuhhh..cian Incik
Daus…
Macam insiden surprise gift tahun ni….
Di suatu pagi…
Lokasi: Ipoh Garden (tengah tunggu supplier aku
hantar barang, aku nak attend event..barang tempah lambat, jadik ambik pun
ngam2 je hari nak event, siap kena tunggu tepi jalan…hehehe)
Aida
supplier aku pun sampailah dengan kotak-kotaknya. Aku macam biaselah, kan
kalut..so cepat-cepat keluar..dan soh Incik Daus bukak bonet keta (Incik Daus
bawak keta dia, nak hantar aku g pejabat..sebab ari Sabtu, so dia bawak kakak
sekali)..
Aku: (Dalam hati: Eh, kenapa tak bukak lagi bonet ni..kotak
besar ni..ingat keringat pompuan hebat sangat ke nak memegang kotak besar ni
lama-lama)
Incik Daus
dari dalam kereta aku tengok masih teragak-agak nak bukak bonet kereta. Aku pun
ketuk-ketukla sikit bonetnya..)
Lambat
plak..
Bonet pun dibukak. Wifenye yang serba kasar ni pun teruslah bukak bonet.Sekali aku nampak kain tuala mcm menutup sesuatu..tapi aku dengan muka termalu-malu ngan supplier aku (yelah, kenapa tuala direntang macam itu..i is malu okay...)
Lepas tu aku pun dengan rakusnya terus menarik tuala itu..aku tergamam..sebab ternampak paper bag itu..hehehe...knowing Incik Daus, die bukan orang yang akan shopping 'item' sebegitu..segala pencuci muka, shaver cream ke..perfume ke..aku ni la haaaa....aku gaklah yang makesure die bawak toiletries bag dia setiap kali dia travelling...
So aku buat muka selamba. Muka Incik Daus yang baru keluar keta nak tolong angkat kotak lain, memang aku rasa kalau ditoreh pun takkan kuar darah..hehehe...
Dalam kereta, ikutkan hati memang nak usik terus..tapi issshhh...tak baik plak...member siap dah konon plan nak buat kejutan..hahaha...kesian Incik Daus..kejutan die slalu tak berjaya...mesti ade je yang buat kantoi...
Dan pada malam Ahad lepas (29.09.13), Incik Daus pun ngan tersengeh-sengeh malu kuarkanlah hadiah yang dibeli..
Aku
memang nak tergelak golek2..memanglah kami dua orang ni bukan stok jiwang tahap
gaban..bile nak romantik skit, gelak2..hahaha...
Walaubagaimanapun, aku hargai apa yang Incik Daus lakukan...dia bukanlah lelaki hebat yang menghafal setiap jenama atau mengikuti perkembangan trend social elite terkini..jangan ditanya die tentang Gucci ke Armani...hahahah! Yang die tau, Police, Suunto...Columbia Sportswear..dan jenama-jenama lasak yang lain..itu dia tahulah...aku plak yang tak tahu..macam..errr, ini jenama apa ni..hahaha! Dan kalau tetibe terasa bile kuar shopping tu teringin sangat nakkan sesuatu..baiklah terus-terang aje, jangan nak mengada-ngada konon kata, "Eh, takpelah..." Sebab dia jenis yang akan, ok, takpe,takpelah..takdenye nak pujuk kata, "Ambiklah...takpe..ambik.." hahaha...! Dari kecik ati sendiri, aku belajar untuk kata, "Ya, memang nak..tolong belikan..." hehehe...Incik Daus lebih selesa macam tu sebab dia memang tak tahu apa barangan perempuan dan tak tahu apa yang in trend.
Itulah perbezaan yang sebenarnya kalau difikirkan, menjadi satu WARNA dalam perhubungan...
To him: Your understanding and patience are highly appreciated even I am not always said it out loud. One thing for sure, when you were in love, you were capable of learning everything and of knowing things you had never dared even to think, because love was the key to understanding all of the mysteries.Thank you so much for everything!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)