Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Allooooowwww..Ya Allah, dua bulan ni kesian
sungguhlah kat blog ni ya, aku asyik tak sempat nak update. Banyak keja yang
perlu diselesaikan, keja yang kebanyakannya adhoc. Bila adhoc didahulukan, maka
keja rutin yang dah dirancang pun terbengkalai. Bila terbengkalai, jadilah keja
yang tak berkesudahan. Gila aku pening!
Anyway, dalam letih dan stress, dan tak
cukup tidur, marilah kita santaikan minda update blog aku yang tersayang ini…
Apa yang aku busykan? Uhuk..uhuk…seminggu
ni keja aku adalah ulang alik ke Pangkor…
Meh tengok skiittt muka orang excited dapat sampai Pangkor tak sampai 5minit...
Pewiiiiitttttt...aku naik ni dari jetty marina island ya kengkawan....
Subhanallah..cantik dan damai...biru awan dan lautan menghijau... (errrr...aqua..errrr..bulehlah kot..hahahah!)
Apa aku buat di sana …?
Prepare untuk ini…
Hari ni, aku keja jugak…huuhuhu…
Dan Incik Daus plak, hari ni balik Ipoh kejap tapi esok kena
outstation dah…so imaginelah betapa kesiannya kami pada our kakak…
So, bangun awal-awal..kami bawak kakak ke Padang Polo.. (she called
it ‘taman’)…Incik Daus bawak kakak main-main sementara aku terpaksa setia
dengan notebook kecik dan phone kat telinga, sibuk dok urus itu dan ini.
Errrrmmm..tengoklah ‘hasil tangkapan’
kakak…
Ni apekah halnya anak pompuan ibu ni...aduiii..adiwira la plak dah...pengaruh bapaklah ni...
Ibu: Kakak, kata tadi nak main masak-masak...
Kakak: Takkk ahhhh, kakak nak ain "main" edang (pedang) aje,...
Oh anak ibu..bapak ni nak kena sound ngan Opah la ni nanti...hmmmmm...beli barang mainan lelaki kat anak.....
Kakak memang tak suka kisah puteri khayalan nampak gayanye..memilih sains fiksyen... *sambil ibu urut dada...*
Then, g brunch di Greentown Dim Sum tu,
sebelum aku check-in di Syuen Hotel…tak..aku bukan keja kat sini tapi event
kali ni berlokasi di sini… ;p
Then balik, kalut2 singgah Giant, beli
barang masak…
So inilah yang mampu dan berupaya aku masak
untuk my little family..
Tarrrrrrraaaaa......!!!!!
Aku masak sup sayur dan cendawan enoki untuk kakak, ayam goreng untuk kakak dgn bapak, sambal cili padi ikan bilis dan petai dan of coz sambal belacan sama timun jepun.
Makan panas-panas sambil kat luar hujan...huh, memang umphhhh!!!!!
Ini anak dara yang sibuk nak tolong hidang....bagus2, kekal rajin sampai ke besar ya anak....
Ok kengkawan..itu je yang aku nak share
hari ni…doakan aku mampu menaip satu ke dua story lagi untuk blog
ini..huhuhuhu…
Oh ya...mehle jenguk muka owner blog yang dah hampir lunyai ini...hehehhe
Inilah muka yang tak cukup tidur, dan sarat berpikir apa lagi yang tak siap..huhuhuhu..anyway, I still love my job...sebab kalau kita tak cinta, cammana nak keja dengan ikhlas, ye tak...pada aku setiap perkara baru yang aku belajar, adalah ilmu untuk masa depan..aku hargai sangat2 segala pengalaman pada setiap situasi yang aku lalui..alhamdulillah..
‘till then..tatatititutu….
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)