Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hari ni meh kita share resipilah ek, mengenangkan
esok kan cuti hujung minggu. Lehlah sesapa yang plan nak masak memasak kan.
Aku ni semenjak kahwin, banyak betullah masakkan
makanan yang petai sebagai menu utama. Selalunya, ikan bilis petailah, kalau
tak pun sambal udang petai. So baru ni, aku teringin nak makan sambal telur
puyuh. Ya, aku memang suka sangat dengan telur puyuh ni. Dan bukak fridge, ada
plak baki petai. Macam sayang je plak kalau tak abiskan, sebab tinggal sikit
aje. So, aku pun gamble jela, try campak sekalilah kot dalam sambal puyuh ni.
Bila makan, macam sedap je, macam masyukkk je..heheheh…
So tanpa membuang masa lagi, meh ahkak sharekan
resipinya bersama..
Bahan-bahan:
30 biji telur puyuh (direbus dan dikupas kulit)
Sedikit petai
1/4 cawan air asam jawa @ 2 keping asam keping
(kalau suka masam, lebihkan, kalau sebaliknya, kurangkan)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk Dikisar:
1 mangkuk kecil cili kering (digunting halus dan
direndam seketika)
1 biji bawang besar
4 biji bawang Putih
Sedikit halia
Sedikit belacan
Cara Membuat:
- Panaskan minyak. Tumis bawang yang dihiris. Masukkan pula bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk telur puyuh dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan sos tiram, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, dan ikan masin goreng…Pehhhh, sure terangkat!!!!
Jemput cuba ya... ;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)