Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Meh nak share sikit teknik-teknik memasak kari yang
mampan pekat kuahnya dan mengancam rasanya…ewah! Macam hebat sangat ni
mukadimah aku…no..no..ngeri ahkak sendiri membacanya..hehhehe..
Mukadimahnya adalah..ini adalah menu aku lebih kurang
dua minggu yang lepas. Aku actually memang dah lama dah teringin nak makan
telur ikan ni. Last makan, rasanya time ni kot..
So memang dah lama pun mntak Incik Daus tolong
belikan. Asyiklah tak sempat..lupa memanjang..so akhirnya dua minggu lepas,
berjaya jugak telur ikan ni mendarat kat dalam periuk aku..hehhee..itu pun, org
suruh beli yang dah siap masak tapi dibeli yang raw, So takpelah, aku pun dah
lama tak masak memasak kari ni.
Gigih ke pasar, pi cari ikan sebab telur ni takdalah
banyak sangat. Ada banyak ni saja.
Haaa..sure pelik kan? Sure ada jugak yang tak pernah
tengok. Aku ‘berkenalan’ dengan telur ni semenjak aku kecil lagi. Dulu tinggal
kat Penang, memang banyak jual telur ni kat pasar dia. Ntah kenapa kat ipoh ni
susah nak dapat telur ni. Kalau dekat Shah Alam..hmmm..lagilah susah nak jumpa
kan..
Ini telur ikan plotan kalau orang utara panggil..aku
tak sure negeri lain panggil ikan apa..nak tau camner rupa ikan tu..lehlah
google ek..tapi bentuknya ala2 ikan keli gaklah skit..dia ada misai..
Ok, dah banyak sangat sembang sejarah telur ikan
ni..kih..kih..so ini bahan yang aku gunakan ya, untuk bikin ini kari..
Telur Ikan (kuantiti macam dalam gambar)
1 ekor Ikan Nyok2.. (ikan bawal pun boleh)
2 biji tomato (dibelah empat)
Kacang bendi (ikutlah nak letak banyak mana ya)
2 biji cili hijau (dibelah tengah sedikit)
½ mangkuk serbuk kari dan 2 sudu serbuk cili (dibancuh
dengan air suam dan diasing tepi. Aku suka pakai jenama Kari O..)
Sedikit air asam jawa
1 biji santan
Bahan
dikisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
1 tangkai daun kari
2 biji tomato
Sedikit cili kering
Sedikit cili padi
Bahan
Menumis:
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji bawang Putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari (dileraikan daun dan tangkai)
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan manis
NOTA:
Aku memang sukakan kari yang pedas dan pekat, sebab itu aku ada buat bahan
kisar tu juga. Aku belajar dari kawan aku time kat UiTM dulu, dia orang Penang.
Cara Membuat:
1. Panaskan Minyak.
2. Kemudian tumiskan semua bahan untuk menumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Sentiasa kacau sebab takut nanti bahan tumisan ni dia hangit di bahagian bawah dan elok di bahagian atas. Nanti tak sedap pula bau dan rasa.
5. Dah pecah minyak, atau dah masak bahan kisar tu, masukkan air dan sedikit air asam jawa.
6. Masukkan kacang bendi dan juga cili hijau. Perisakan dengan sedikit garam dan gula.
7. Masukkan pula ikan dan telur ikan. Biar seketika, sehingga mendidih. Jangan lama sangat, nanti telur tu akan masak keras. Aku suka makan telur ikan yang jenis bila masuk mulut aje, dia macam meletup-letup lembut. Ewah!
8. Kacau slow2 sebab ikan mudah hancur kan...
9. Bila dah mendidih tadi masukkan tomato diikuti dengan santan. Biarkan dalam 5 minit macam tu, then padamkan api.
10. Sedia dihidang...
Ini lah hasilnya..Selamat Mencuba tau!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)