Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, September 19, 2016

Resipi: Kerabu Ikan Rebus yang sedap dan mudah sangat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Cammana weekend u all sekalian? Enjoy ke mana? 

Nanti ya aku update xpdc memanjat bukit kami….sejenis kegigihan dan kepuasan yang bukan kepalang. Alhamdulillah, rasa happy dan bersyukur tu aku rasa sampailah ke saat ini…more activities like that in the future, Insya-Allah…

Hari ni ahkak nak payung resipi masak memasak dari dapur ahkak dulu…pesan mak ahkak, berjimba…berjimba juga..memasak untuk keluarga jangan dilupa..supaya akrab kasih sayang keluarga..hasil dari air tangan isteri/ibu…ewah… *Bunyi dah macam pantun berkerat-kerat..hahahha*

Resipi ini adalah resipi asal mak..kalau berpeluang ke Pasar Besar Super Kinta tu (now UTC Perak), sure akan borong ikan rebus kat situ…. Then balik buat kerabu….ya, kerabu ikan rebus..pernah makan tak?

Ok, nak buat kerabu ikan rebus ni mudah yang amat….

Pertama sekali, marilah kita sediakan bahan-bahannya dulu…

  • Ikan Rebus (aku guna dalam 5 ekor yang bersaiz besar, cuci bersih. Sekarang ni ikan rebus dah ada yang dijual dibuang siap perutnya..jadi pilihlah yang itu untuk lebih mudah)
  • Bawang merah (dihiris nipis)
  • Cili Merah dan Cili Hijau (dibuang biji dan dihiris nipis…kalau nakkan pedas, hiris juga cili padi)
  • Limau nipis (untuk diperah ke dalam kerabu, ikutlah tahap kemasaman masing-masing ya).
Cara Membuat:
1.    Ikan rebus tadi diambil isinya.
2.    Kemudian satukan sahaja dengan semua bahan yang telah dihiris.
3.    Perahkan limau nipis, gaul sebati.
4.    Siap…sedia dihidang. Ikan rebus biasanya dah dicampur garam waktu direbus. Jadinya, aku memang tak tambah garam.


See, sangat mudah as an A,B,C kan…

Selamat mencuba ya rakan-rakan… ;-)




No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)