Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, October 20, 2014

Resipi: Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Nak share menu ni, masaknya macam biasalah dah lama juga. Tak salah aku masa Aidiladha yang lepas atau mungkin selepas tu ke…hehhee..biasalah dah tak ingat. Ikan siakap ni, rasanya memang kegemaran kebanyakan dari kita. Cara masaknya pun macam-macam, ikut kegemaran kitalah kan. Macam aku, lebih sukakan ikan siakap yang dimasak stim tapi Incik Daus lebih suka ikan siakap yang dimasak pedas atau tiga rasa. So selalunya asyik masak ikut tekak aku je kan, apa kata kali ni kita masak ikut citarasa Incik Daus plak kan..bagilah keadilan skit..heheheh…

Ini antara bahan-bahan yang aku gunakan..

Ikan, of coz lah kan..ikan siakap ya ni adik-adik..sampai dua ekor aku goreng, punyalah makan besor gayanya kan…



Ini plak bahan-bahan ramuan yang terdiri daripada tomato, timun dan lobak merah. Kali ni aku tak masukkan nenas kiub tu..kalau nak lebih umppphhh masam manisnya boleh juga ditambah nenas ya.


Bahan-bahan lain yang tak ada dalam gambar adalah seperti:

1 biji bawang Bombay (dihiris bulat)
Sos Tomato (Anggaran ikut saiz ikan dan kadar kepekatan yang u alls semua nak ya, macam aku, aku masukkan agak-agak je..tak ada plak sukat pakai sudu bagai)
Sos Cili (Sama juga, ikut pada selera masing-masing)
Sos Tiram ( Ini aku letak dalam dua sudu besar)
1 cawan pes cili
Sedikit garam dan gula
Daun Sup dan Daun Bawang (dihiris untuk hiasan)

Bahan Untuk Perapan Ikan



Sedikit Garam dan lada sulah (lumurkan pada ikan setengah jam sebelum menggoreng)
Putih Telur
Tepung Jagung

Cara Membuat:

1.      Panaskan kuali dengan minyak yang cukup untuk deep fried.
2.      Salutkan ikan dengan Putih telur sebelum dilumur dengan tepung jagung.
3.      Gorengkan sehingga garing keemasan. Angkat dan ketepikan.

Cara Membuat Sos:

1.      Macam aku, lebih suka buat sosnya dulu, sebab nanti ikan masih panas lepas goreng, boleh simbahkan terus.
2.      Mula-mula tumiskan dulu pes cili.
3.      Setelah naik bau, masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit garam dan gula.
4.      Setelah mendidih, masukkan pula bawang dan juga ramuan sayuran tadi.
5.      Biarkan sehingga mendidih kembali sebelum padamkan api.
6.      Tuangkan ke atas ikan yang tersedia digoreng dan taburkan dengan hirisan daun sup dan bawang tadi. Daun saderi pun boleh.

Dah siappp....!



 Kala u alls membaca entry ini, aku tengah tersadai di Swiss Garden Damai Laut, Lumut..kerjalah wei..uhukk..uhukkk..sedihnya...tak sabar tunggu esok boleh balik... ;-) 

2 comments:

  1. Waaa...sedapnyaaaa. Dah lama betul akak tak memasak ikan siakap. Bolehlah nak masak nanti....

    Swiss Garden Damai Laut? Waa...terpencil tu. Hanya sesuai untuk honeymoon, hehehehehe. Tapi oklah juga...boleh shopping kat Lumut.

    ReplyDelete
  2. Kak Aziela: Ya, memang terpencil Damai Laut tu..pergi kalau Honeymoon, syok jugak..tapi malangnya kali ni..pergi sebab kerja..dah siap2 bwk stok biskut..takut lapor malam2..erny ni pelik skit, asal stress aje, mulalah mencarik makanan.. huhuhu...

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)