Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, October 2, 2014

Alhamdulillah..meningkat lagi usia ke satu angka... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Alhamdulillah…
Hari ni kan..adalah orang tu…dia sambut birthday dialah..birthday yang ke berapa?
Ehem..ehem…rahsialah you alls sekalian..mana boleh bagi tau.. ahaks!


Tapi dah 3series and above..hahahha!
Takpe, pada aku, itu lambang kematangan penuh eksklusif..ewah!

So hari ini..burfday girl ini rasa sangat bersyukur..
Syukur Alhamdulillah, kerana diberi peluang dan ruang..
Untuk masih bernafas di bumi-MU Ya Allah..

Alhamdulillah, bersyukur juga kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorang Isteri dan juga seorang Ibu..merasai segala nikmat berkasih sayang, disayangi dan menyayangi..


Alhamdulillah, kerana diberikan kehidupan yang selesa, cukup makan dan pakai…

Ya Allah,
Terima kasih yang amat sangat kerana mengurniakan hamba-MU ini seorang suami yang memahami..

Alhamdulillah…bersyukur aku terhadap-MU Ya Allah, kerana dikurniakan seorang zuriat yang cukup sifat, yang comel, yang menjadi kekuatan hidup kami…

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga atas umur yang diberi, atas segala-galanya Ya Allah..atas ujian susah dan senang, atas segala dugaan pahit dan manis..

Sesungguhnya, itulah yang menjadikan aku di mana tempat aku berada sekarang…

Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah…



Erny

2 Oktober 2014 

1 comment:

  1. Happy birthday. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan itu berterusan dalam rahmat Allah. Amiin.

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)