Nampak gayanya bulan 10 ni aku kurang bersiaran di
blog, banyak jugaklah entry tertunda, tertangguh dan sebagainya. Sibuk..balik
je dah penat. Incik Daus plak banyak jugak out station, so bila dah berdua
dengan kakak, memang susahlah nak mengadap laptop kat rumah. Bukan apa, nanti
dia pun sibuk jugak nak hadap sama. So seperti yang aku mention dalam entry
sebelum ni, aku pun out station juga bermula dari Ahad baru ni sehingga selasa.
Alhamdulillah, semalam Public Holiday, so dapatlah rehatkan badan.. Taklah
rehat sangat, mendobi xsudah-sudah..biasalah kan.
Bila bangun pagi kelmarin (cuti Deepavali), lepas Subuh..aku dah start
dobi baju, dobi tudung, selimut segala..sebab nampak hari macam panas. Then
niat dihati nak ajak kakak breakfast kat luar..saja santai anak beranak. Incik
Daus semalam masih di Langkawi..dah 10 hari dah ya. Sekali Astro Ceria banyak
plak ceritanya. Kakak dok menengok, kul 9am, ada plak filem apa tu Gajah Biru
ke apa..
Hmmm..bersambung la sampai dekat pukul 11. Last-last kul 11am tu lah
yang keluar. Memang bukan breakfast dah tapi brunch. Lunch aku dah masak
siap-siap dah, so malas nak lunch plak kan kat luar.
Disebabkan kami berdua, dan kakak kata kakak nak minum
‘Milo Laksasa’… ;-)…
Jadinya aku pun bawaklah kakak ke sini..
Sambil-sambil nak tulis order, sambil-sambil kami ber
‘Wefie’…
Spend time, borak-borak..lebih kepada ‘Bonding Time’
sebab dah dua kali weekend aku kerja.
Ok..dah sampai pun menu ‘Milo Laksasa’ si kakak..ibu
tumpang sekalilah..teringin plak..
‘Milo Laksasa’ tu maksud kakak, ‘Milo Raksasa’..tapi
nama sebenar minuman ni rasanya semua orang pun tahu..Milo Tabur..atau Milo
Dinasour. Kakak je kreatif inovatif
menukar namanya…heheheh..
Tengok..abis comot mulutnya…
Ni menu aku..roti wholemeal stim dengan marjerin dan
kaya..
Kakak plak, peberet dialah, kuih pau inti kacang
merah, wholemeal jugak…abis 3 ketul kat dia…
Dekat 1 jam jugaklah kami bersantai di sini. Makin pot
pet pot pet kakak Bam Bam ibu ni..hehehe..macam aku gak kot..hahahah!
Inilah buah hati Ibu..BFF ibu..peneman Ibu sebab bapak asyik keja luar kawasan.....uhukk...uhukkk..
Love you so much kakak!!!
;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)