Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, February 11, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highlands: Sarapan pagi di Hill Station Cafe, Tanah Rata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di Kea Hotel tu, breakfast tak disediakan, jadinya, jomlah kita pergi cari breakfast. Saja kami pusing-pusing di Tanah Rata. Tak banyak pilihan sangat pun. Akhir sekali kami buat keputusan untuk singgah di sini…


Restoran  ini diklasifikasikan HALAL, ada logo dan display sijilnya di kaunter ya...

Nak alas perut je pun, sebab lunch dah planning nak pekena skali lagi waffle dekat Big Red Strawberry Farm..ya kengkawan, sila rujuk link ini utk mengetahui kesedapan makanan di Big Red Strawberry Farm ini ya.. 


Ok, berbalik kepada kisah breakfast kami , kafe ini pada aku, oklah kalau nak duduk dan berborak santai bersama keluarga. Suasananya tenang, dekorasinya juga ringkas dan sedikit cosy, seandainya anda memilih untuk duduk di dalam. Tapi untuk kami semua pagi ni, kami memilih untuk duduk di luar sebab Incik Daus suka sangat mukanya ‘ditampar’ bayu pagi..hahah! ‘Ditampar’ tau kosa kata yang aku gunakan sebab dia punya suka tu melampaui batas sgt..macam contoh, bawak keta sambil buka tingkap, sambil sembulkan kepala dia kekadang kat luar, sebab nak kena angin..sob..sob..nak nangis tau kenangkan ‘keoveran’ itu…ohhh suamiku..

Upps…aku pun dah terover terbabas cerita. Baiklah, mari kita masuk kembali kepada subjek utama iaitu kafe ini… So inilah di antara menu yang ada di sini..



Si kakak sibuk dengan kamera mainan dia...pun sibuk nak ambik gambar jugak...isk..iskk....warisi perangai akulah ni..hahaha...

Tak banyak pilihan sangat, tapi oklah untuk yang tak cerewet. Jadi, marilah kita lihat apa yang kami order ya…


Haaaa..menu omputeh ni tentulah di order dari orang yang perasan omputeh ni..muahahah…akulah tu..


 Salted Egg Porridge..milik Incik Daus...rasanya biasa-biasa aje...bubur orang sakit..hahahah!


Tuna Chillies Sandwich with fries..milik angah..mak order roti bakar..gambor tak sopan nak ambik sebab mak nak makan..hahaha...orang lain, kita boleh tahan dieorang dari makan dulu sebab nak ambik gambor..kih..kih...


Kopi O kawww..panas-panas..minum dalam cuaca sejuk, pagi-pagi..memang 'A'!!!!

Then kami pun sambung borak-borak..melayan kisah masing-masing..rileks dulu..awal pagi lagi ni kan.... ;-)

Then kan..kami pun berposing...hahahah...acara wajib...


Ini budak, bukan main lagi dengan lollipop nye..ishhhh..ngan bapak lehla dapat kan...ermmm....

Baiklah, jumpa lagi ya di entry seterusnya..kami gi mana plak ek lepas breakfast ni? Hmmm... 




5 comments:

  1. Saya tgh carik2 tempat utk lunch. 2 mggu lg nk bwk rombongan 1 bas ke cameron. Search punye search jumpe la hill station cafe nih. Nak tanye la cik erni tmpt ni sesuai x kalau bwk 40 org gi mkn? Makanan die lak ok@sedap x? Jarang sgt gi cameron. xtau kt mana sesuai utk lunch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhaida, tempat ini kalau 40 orang, pada saya akan jadi sangat padat sebab keluasan dia sederhana, paling maksimum pun, kalau duduk di luar dan dalam, dalam 30 orang macam tu, oklah. Kalau breakfast, saya tak suggest sangatlah, sebab menu dia hanya yang saya tunjuk kat atas tu lah...tapi kalau lunch, adalah goreng-goreng yang lebih variasi. Kalau tak pun, dekat Hotel Titiwangsa, ada disediakan buffet breakfast, dalam RM 15 sekepala, lunch pun ada. kalau malam dia open for steambot dan Halal. Leh rujuk entry saya yang ini http://ernyfirdaus.blogspot.com/2014/01/cuti-cuti-cameron-highlands-nikmati.html....

      Delete
  2. Thanx sgt2 for the info. Terima kasih krn sudi membantu memberikan maklumat2 yg berguna sebagai panduan saya......10Q!!

    ReplyDelete
  3. Tq for info dear. Tgh survey2 jgak ni. Niat hati nk bjalan ke sana.

    Btw. Salam pkenalan 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 sis....sharing is caring..hehehe....salam perkenalan juga..tq sudi jengah blog kita ni.. ;-)

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)