Bila perut dah kenyang, marilah kita sambung kisah
perjalanan kami di Cameron Highlands ini…Angah ajak singgah dekat S Corner, nak
beli Strawberry kering, kata Angah kat sini sedap sikit..ok, jomlah kita
singgah…dia antara laluan dari Brinchang ke Tanah Rata..betul-betul di selekoh...
Dekat sini, macam-macam ada. Di antaranya adalah ‘Mushroom
Corner’ ini…
Dulu masa pergi bulan 5 last year, tak sempat nak
singgah. Jadi untuk percutian kali ini, marilah kita singgah dan ambil
kesempatan memungut cendawan ya…
Berapa bayaran masuk, tu ya kawan-kawan, sila baca
pada signboard ini…
Teruja sangat aku lihat cendawan yang ada kat
sini..gemookkss..gemokksss haaa..warna-warni plak tu..cam bunga kan.. *MAAFKAN
MOOD JAKUN KU INI…HEHEHE…*
Setiap kali masuk, untuk satu bayaran tu, hanya dua
orang sahaja yang dibenarkan. Maksudnya kalau bayar RM 10, dua orang
masuk..tapi finalnya tetap pada berapa kg cendawan yang u all kutip tu…
Wahh, ini muka penuh keterujaan dan takut juga
sebenarnya nak mula memetik ni…taklah mudah juga, nak kena tau cara. Tapi
takpe, ada staff dia sorang yang akan ushrer kita sepanjang kat dalam ni. Siap
pegang bakul lagi…sabar..sabar..nanti aku tunjuk wajahnya di hujung entry ni..hehehe..surpriseee….kih..kih..
Si Angah..
Lihat hasil kutipanku...mengkagumkan tak???? ahaks! ;-)
Mak yang mula-mula tak nak..last-last kami paksa, menjadi teruja juga..hihihi...rase macam tak nak kuar dari sini kan...
Haaaaa.... Inilah 'baaayyyaaa' yang mengiringi kami sepanjang kami di sini..heheheh..Incik Daus siap ajak 'baiiiyyaaa'' ni posing...adeyy, tak leh nak handle aku....
Macam biaselah..shopping time..kat sini ada jual cenderahati, strawberry kering dan buah-buahan juga..ada juga kafe untuk minum-minum dengan sajian ringkas ala kopitiam...
Suka dapat sarung tangan baru lagi...hmmmmm....
Ok..kita jumpa lagi next entry ya...tatatititiuuuu...
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)