Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, January 18, 2017

Jom Terokai Perak: Keindahan Taman Tasik Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hello semua…heheehe..tumpang rajin…jomlah kita menulis…so far dah ok dah…ahkak dah boleh adapt dgn alarm hp yang asyik berbunyi sharp 5a.m tu..hehehhe…. mula-mula tu letih jugak rasanya..now dah ok…u can do it babe! Ewah!

Ok, sebelum melalut, nak sambung entry bercuti ke Taiping hari itu. Ye, Taiping. Oh, kalau nak tahu, dulu pernah stay di Taiping dengan warwah Tok Wan dan Opah sampailah ke Tadika…hehehhe…so why not kita ke Taiping.


Taiping merupakan di antara kawasan tadahan hujan yang turut dikenali sebagai Bandar Warisan. Taiping ini mempunyai pelbagai sejarahnya yang tersendiri di mana ianya hanya bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hinggalah menjadi ibu negeri pertama di Perak. Nama asalnya actually Klian Pauh. Klian membawa maksud lombong. Bandar Taiping juga merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama.


Salah satu sebab kenapa aku suka ke Taiping adalah Taman Tasik Taiping. Bandar Taiping ini boleh dikatakan terletak di kawasan muka bumi yang tinggi terutamanya di Bahagian Bukit Larut. Faktor Taiping sebagai kawasan tadahan hujan di mana bandar ini menerima purata hujan lebat sebanyak 320 hari setahun menjadikan kawasannya sentiasa lembap dan nyaman terutamanya di sekitar Taman Tasik Taiping ini.


Antara tarikan Taman Tasik Taiping yang aku suka adalah kehijauan pepohon di kiri kanan jalan dengan keunikan dahannya yang menjalar di sepanjang laluan.
Semua pepohon ini ditandai dengan ketinggian 3M. Unik kan..macam seni lukis yang indah pada aku. Kalau tak salah, nama pokok-pokok ini adalah pokok angsana.

Taman Tasik Taiping ini berkeluasan 64 hektar dengan kawasan sekitarnya yang memiliki 10 buah tasik dan kolam yang indah.


Ini pemandangan sangat awal pagi. Sekitar 7.30a.m. Berjogging sambil ambil gambar…hehehe..hidup kena multitasking kan… ahaks! Tapi ada satu area tu, terkejut aku tengah jogging tiba dengar harimau mengaum. Makk aiiii..terus I pecut kalah Watson Nyambek. Nak buat cammana, jogging sorang..Incik Daus dengan Kakak bagi sokongan kat garisan permulaan jer…. *nangis sambil sapu ayaq mata…*


Selain dari keindahan panorama menghijau di sekeliling tasik ini, terdapat perlbagai kemudahan riadah untuk seisi keluarga. Ada trek untuk berjoging serta refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga-bungaan, pokok dan hidupan liar. Untuk kanak-kanak, terdapat gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, dan taman permainan. 


Kalau petang-petang ada sewaan basikal yang boleh naik berdua, berempat semua tu lah. Sayangnya kami tak dapat nak explore waktu petang di Taman Tasik ini sebab musim hujan. Nama pun kawasan tadahan hujan kan…. ;-)


Apa pun, satu aktiviti yang wajib dan berjaya kami buat dekat sini adalah….


HAhhaha…ye, berposing…hehehhe…kakak xmau bergambaq..dia offer nak jadi photographer je…pewwittlahhh..hehehhe…. mekasih kakak….


Nampak tak pokok-pokok atas kepala tu....unik yet creepy...heheheh.....tapi pose tetap pose!

Then mak, angah..brisk walking…. Syok mak dapat jenjalan waktu pagi…. J



Ok, sekian dulu akak bawakan Taman Tasik Taiping utk tatapan anda semua…



next…kita up entry makan-makan plak nak tak??? Yeayyy makannn…. Hehehe..

Sehingga itu, babai… adios!


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)