Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, January 19, 2017

Jom Makan Best di Kuala Sepetang: Restoran Mee Udang Mak Jah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Salah satu tarikan kalau ke Bandar Taiping, pastinya Mee Udang di Kuala Sepetang. 


Kalau ditanya, aku pun tak pasti Mee Udang Mak Jah, Mee Udang Salleh, Mee Udang Pak Hashim atau mee udang siapa yang menjadi juara dari segi kesedapan. Tekak masing-masing, tentulah rating berbeza-beza sedapnya kan….

Untuk trip kali ini, kami memilih untuk singgah makan di Mee Udang Mak Jah.


Keputusan sebulat suara ini kami buat bukan sebab igauan terhadap mee udangnya tapi disebabkan menu ini….


Ya, cucur udang nipis rangup….kegemaran Mak Siah dari masa kunjungan pertama kami ke sini lagi. Adalah rasanya dah bawa mak ke sini dalam tiga kali sebelum ini. J



Mak suka sebab cucur udangnya digoreng panas dan kuah kacangnya yang terasa lemak kacang. Kiranya kuah dia dikisar walaupun halus tapi masih boleh terasa kacangnya. Setengah kuah tu kan kacang dikisar halus sampai macam berkrim pula bila masak.


Harganya, boleh jeling-jeling banner ini…


Selain cucur udang, aku pun try order sotong goreng tepung. Aku kan peminat tegar sotong. 


Tapi malangnya sotong goreng tepung dia tak mencapai piawaian tekak aku. Agak keras dan terlalu banyak tepung. Tapi mungkin sebab dah nama menu ini kat sini cucur sotong kot…sebab tu lebih banyak tepung dari sotong. Harga dalam RM 10 sepinggan.

Meh kita jenguk menu lain yang ada di Restoran Mee Udang Mak Jah ni….


Ok, dah alang-alang datang ke sini, kami pun orderlah Mee Udang Special.
Udang besor-besor….




Tapi mak cakap, kuahnya tak sesedap kunjungan yang dulu. Anak dia tak cakap apa, sebab anak dia bedal sajalah…hahahha….


Ini pula menu Incik Daus, sambal udang. Incik Daus kalau ke sini dia memang akan order sambal udang makan dengan nasi putih. Kakak pula makan nasi putih dengan udang goreng kunyit.




Ok, meh bergambar dulu sebelum kita semua melakukan serangan padu terhadap makanan yang ada.

Ok, now boleh fokus makan…hehehhe…


Punyalah fokus…


sampaikan selamba tidur lepas makan..suami siapalah ni…hahhaha…sila..sila..sila jangan mengaku…. Adulahai incik daus…

Bagi sesiapa yang nak mencuba makan di sini, ini alamatnya ye….


Restoran Mak Jah
Alamat: Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak, Malaysia
No. Tel: +60 5-898 1400

Waktu Perniagaan: 12.00Noon – 10PM

Ok, kami nak pulang dulu ye....


4 comments:

  1. Kuih udang tu memang nampak tempting sangatttt! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sis..sebab dia macam rangup-rangup dan tengahnya lembut...macam xsedar pun makan smpai licin..heheheh

      Delete
  2. Sedapnya... lama xmakan kt sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...cuma kuah mee udangnya terasa dah xsepekat dulu...faktor harga barang semua naik kot..so ada ramuan kena minimakan demi kestabilan harga untuk customer..heheheh

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)