Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, March 15, 2016

Panduan Makan Malam di Langkawi: Mana yang sedap dan mana yang tak best!.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Hy u alls...sihat ke..hehhehe..harap sihatlah ya semuanya...

Kali ni aku nak share tentang mana tempat makan yang best, kurang best dan xbest langsung berdasarkan pengalaman kami sekeluarga sewaktu di Langkawi. Ini pandangan kami sahaja tau, ikut anak tekak kami bertiga. Kalau tekak kita berbeza citarasa, mohon jangan dikecam tekak kami ni ye.... *gituuuu...*

Ok, mehlah kita mulakan dengan kedai yang sedap dulu. Sedap dan mempunyai pemandangan yang cantik juga..Subhanallah....


Nak naik bot persendirian cam gini, macam tak mampu..jadinya empunya blog hanya mampu bergambar sahajalah dulu buat masa ni....gaya kena WIN okay...hahahha....

TANJUNG TIRAI VIEW CAFE..inilah destinasi makan malam kami. Lokasinya juga di Pekan Kuah, berhampiran Pelabuhan tu, dan kedainya adalah yang paling hujung sekali berdekatan dengan tempat naik bot dan feri semua inilah.


Itu kawasan bertentangan adalah De Baron Hotel dan deretan kedai. Yang Arabic Tent tu sebab waktu kami datang ni tengah hangat ada Pasar Barangan Kemboja tu...yang dok buat tour sana sini tu....


Melihat keindahan matahari terbenam



Subhanallah...aku suka sangat suasana di sini....tenang..aman. Bot-bot di persisir ini juga ada yang tinggal tau...maksud aku yang jenis konsep holiday tidur dalam bot. Mostly outsider touristlah. Sepanjang kat sini, nampak jugalah mat-mat salleh yang berulang alik beli barang keperluan sebelum kembali ke bot. Sebelah seberang sana actually ada sebuah Pulau kecil yang merupakan penempatan tetapi kepadatan penduduknya adalah sangat kecil iaitu Pulau Payar.



Macam aku cakap...air oren bancuh ni adalah satu kewajipan sepanjang di sini..hahahha


Yeaaa....nasib baik sotong goreng tepung dia cam gini..sama seperti yang aku suka. Aku tak suka sotong goreng tepung yang jenis macam cucur tu. Tepung tebal semacam....


Tom Yam Putih....ok, sesedap rasa...kakak acah-acah je tu nak makan. Walhal menu kakak ayam goreng kunyit je...dia mana makan tom yam...


Ok..meh nak share, ini adalah signature dish bagi kedai ini. Ikan masak air asam. Boleh pilih nak ikan bawal ke..ikan siakap, kerapu dan sebagainya. Tauke kedai yang suggest kami mencuba menu paling WIN di kedai ini.

Alhamdulillah, rasanya sedap sangat. Ikan pun digoreng rangup. Puas aku meratah. Aku suka bahagian sirip..hehehhe...siapa macam aku? Sila angkat tangan!! Hehehheeh....Harga di sini taklah terlalu mahal dan terlalu murah. Overall kami makan adalah dalam RM 80-RM90. Memang sangat disarankan untuk dicuba okay....

Ok, next lokasi yang aku nak share adalah RESTORAN ALIAH SEAFOOD MALAY RESTAURANT


Aku nak describe pun tak pandai sangat lokasi kedai ni sebab dia terletak di belakang bangunan hotel, di Pantai Cenang. So dari main road memang payah nak nampak kedai ini melainkan ada satu signboard kecil menunjuk arah ke lokasi ini. Kedainya adalah di belakang bangunan ini...




Ok, ini di antara pelbagai makanan laut yang menunggu untuk dipilih oleh 'tuan perut' masing-masing....hara juga diletak terus kat situ, so senang nak congak bajet mengikut keperluan citarasa.


Lokasi pameran barangan segar ni diletakkan di sudut belakang kedai. Kalau duduk di bahagian depan, biasanya tak perasan pun tempat ni. So jenguk-jenguk ya...


Aku tak pernah makan siput ni..siput retak namanya....tapi malam tu tak terasa plak nak cuba..orang tu kata masak pedas yang sedap untuk siput macam ni.


Malam tu kakak request nak makan ikan masak kicap. So orderlah untuk kakak. Ikan masak kicap dia sedap..dia goreng ikan tu rangup-rangup..so sedap meratah..maka hidangan ini xjadi hidangan kakak seorang la jawabnya..hahahha...


Muka pose suam-suam malas nak layan ibu...hahaha..


Sotong goreng tepung dia kureng skit kat sini sebab aku tak rasa ada sebarang perisa. Aku pun xsure dia lupa nak campurkan garam ke apa. Rangup-rangup dah. Digoreng cara yang aku suka tapi malangnya tawar...


Kami order Ikan Siakap 3 rasa...tapi tak sedap. Sebab kuah dia macam cair dan xnampak kemerahan macam selalu ikan 3 rasa kan....


Kailan Goreng Ikan Masin dia ok. Sayurnya segar dan rangup. Secara kesimpulannya makanan di sini ada yang sedap dan ada yang xsedap. Environment dia agak sederhana di mana dia xmaintain sangat tempat ni. Agak sayang sebab kedai makan ni mempunya satu kawasan yang luas di mana sangat sesuai dijadikan tempat makan bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Kedai makan ni juga mengadap laut, so terasa sejuk semulajadi dengan angin malam waktu makan di sini.


Nampak x muka kakak...hahahha...overall dari segi harga, kedai makan ni agak berpatutan. Semua menu kami tadi dianggarkan dalam RM 72.

So now, mari kita ke lokasi seterusnya. Lokasi yang AKU TAK CADANGKAN LANGSUNG. Sila jangan kecam aku tau...you all kalau nak cuba, aku tak larang. Boleh cuba, tapi aku bercerita berdasarkan pengalaman aku tau. Tempat ni memang nampak sangat class...environment menarik dan sentiasa ramai orang. Jadi, berdasarkan pemerhatian mata kasar, aku rasa nak mencuba.

TELAGA SEAFOOD  yang juga terletak di kawasan Pantai Cenang ni, memang sentiasa penuh dengan orang. Malam-malam memang meriah sebab ada live band juga. So kami pun, why not, jomlah try. Sesekali pergi bercuti. Aku bab makan ni, kalau harga mahal tapi sedap..aku ok lagi. Cuma yang marah kalau harga mahal tapi xsedap..memang hangin..aishhh!


Ni kawasan di dalam Restoran, sangat penuh dengan orang. Dia macam konsep dalam taman juga.


Muka kami yang naif tak tau bakal dapat makanan xsedap..huhuhuhu..*nangis...*


 
Ni display life seafood. adakah kerana kami memilih ikan yang dah mati seperti di bawah maka nasib makanan kami berbeza...huhuhuhu...*nangis lagi...*


Ok, buat pengetahuan kami order carbonara untuk kakak. Carbonara dia sangat berminyak dan aku tak leh terima kalau carbonara ada isi ayam. Macam xkena. Dan rasa dia sangat tawar. Memang tak rasa apa. Kakak yang memang suka makan carbonara pun makan skit je. Ohh, kalau ada yang bertanya kenapa tak mintak tukar..sebab orang terlampau ramai malah kami tunggu makanan pun lama sangat. So xpelah.

Menu kami pula ikan siakap stim halia, tom yam campur dan telur dadar. Ikan siakap dia pun out, macam distim dengan kicap cair dan halia semata-mata. Tak rasa pun lemak-lemak ikan. Tom Yam dia pun kurang bahan. Aku cakap ni sebab harga dia mahal, so aku expect mutu dari makanan yang disajikan. So malas nak cerita..sebab harga makanan kami semua in total RM 200. Paling mahal dalam sejarah makan di Pulau Langkawi...sekian.. *nangis lagi dan lagi...* 



5 comments:

  1. Replies
    1. makan bessor adalah utk org yg besor mcm kami... ;p

      Delete
  2. Gambar 1st tu dah macam duta langkawi... He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..duta geeemmmmmuuukkksss...huh! terus terasa nak lari keliling pulau!

      Delete
  3. Asalam,kepada saudara erny firdaus...sy wakil dari Tanjung tirai view cafe...terima kasih ke atas feedback yang diberi... Blog encik banyak membantu kepada pelanggan yang datang kepada kami...serta mempromosikan lagi restaurant kami...kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan itu kami menawarkan encik 30% discount kepada encik sekiranya encik datang kembali makan di restaurant kami...

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)