Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Ok..jom, jom sambung citer jenjalan..bila masuk je
kawasan meniaga Pasar Satun ni, aku seakan rambang mata. Knowing me, memanglah
sangat rajin memborong barang perkakasan rumah kan. Di area Wang Kelian pun
memang ada jugak kedai berjualan, tapi tak banyaklah.
Ni kedai mula-mula yang kami singgah. Sebab kakak
Tarik tangan paksa singgah sini.
Hmmm..tak ada maknanya kakak menengok patung tu..dia
actually aim skateboard tu sebenarnya..aduiii..last2 memang beli jugak..ni
dialog si kakak ya..
“Kakak kan macam Code Lyoko”…sabar je ibu
mendengarnya..Ya, itu citer kartun animae ya kengkawan…masalahnya kat mana plak
nak terbang dengan skateboard tu..adulahai…
Then kami jalan-jalan lagi..
Ni antara yang banyak dijual kat sini..kerongsang batu
Putih ni..
Haaaa…unik kan..aku puas membelek apalah bendanya
ni..rupa-rupanya tempat juice..
Kakak stop lagi kat sini..haaaiii, sapa yang banyak
shopping ni..ish..ish..
Ni burung unta kait..tak sempat tahan lama pun benda
ni..jenuh aku sorok so that tak rosak teruk lagi…hehhehe..
Muka excited si kakak..
Ni aiskrim sana..ala2 aiskrim potong tu, kami tak beli
pun.
Ada melepak jugak kat kedai kopi ni. Kedai ni ala-ala ‘Starbucks’ tu
konsepnya..tapi bagi aku yang memang suka sangat minum kopi..rasa kopi dia out
pada tekak aku ni..
Kerepek-kerepek pun murah sangat kat sini..dengan
gajus..aku mohon ampun dan maaf sebab aku tak ingat harganya.
Tapi aku borong
kerepek halus yang ada seaweed. Sedap, memang sedap. Ini keropoknya..
Keropoknya yang sebelah kiri tu..yang macam cone tu pun sedap jugak..perisa jagung..
Satu bungkus besar ni berapa belas ntah, aku xingat..tapi
setengah kilo.
Selain dari tu, ikan bilis pun murah dekat sini. 100gm
dalam rm2 lebih je.
Cuma masa kami pergi ni currency RM kan dah jatuh
skit..so agak jenuh jugaklah kalau nak menawar.
Tikar, toto..bekas makan dengan cooler memang murah
kat sini. Kalau yang kat luar kecik aje cooler box tu pun dah cecah RM 30 lebih
kan..kat sini boleh dapat rm10-rm15 aje. Set toto pun murah..aku ada tanya set tilam bujang dengan comforter baru RM 100. Tilam tu tebal jugak. Aku beli selimut dengan cadar jenis cotton..murah jugaklah dapat dalam RM 35 tak salah aku..memang lembut..sedap jugaklah pakai.
Barang gift2..sudu2 dalam packaging pun banyak, kalau ada yang nak bagi sebagai doorgift hantaran kahwin kan. Barang2 bercorak camouflage pun banyak dan murah jugaklah kat sini, bak kata pengumpulnya, Incik Daus. Aku tau harga periuk cap Crocodile aku jer..hahaha..
Dan Thai Silk pun murah..boleh dapat di antara RM 60-RM 100 ikut jenis. Kalau kat online atau kedai..murah2 pun RM 150 kan. Aku rembat jugaklah sepasang..sebab design lain xmenarik minat aku. Banyak yang dah habis kata orang tu. Musim cuti katakan..ramai yang datang..
Ini cotton batik 4m, harga letak RM 80, harga lepas tawar RM 58...sebab aku borong baju tidur kakak jugak kat sini. Kalau kat IG, online ke..hmm..murah2 pun memang RM 150.
So itu jelah cerita dari ahkak untuk u alls jamu mata dan isi masa lapang utk membaca..hehehe...
Jumpa lagi nanti ek..tatatititutu.. ;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)