Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, April 10, 2014

Resipi: Mee Goreng Tom Yam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dah lama dah tak share resipi kat sini kan…meh nak share resipi Mee Goreng Tom Yam ek..meh adik-adik, kawan-kawan sekalian..actually memasaknya dah tak ingat dah bulan bila..hihihihi…

Resipinya sangat mudah, sangat simple…

Bahan-Bahannya:
1 bungkus mee
1 paket pes tom yam
Sedikit cili kering kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing- aku kisar ngan sedikit cili padi, bawang merah, bawang Putih dan dua biji tomato)
Sotong
Udang
Kicap, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
Garam dan gula secukup rasa
Daun Limau Purut
 Lobak Merah (dihiris nipis)
Tomoto (dibelah enam atau empat)

 Cara Menyediakannya:
1.      Tumiskan cili kering. Kacau seketika atau sehingga naik bau. Kemudian, masukkan pes tom yam. Biar kejap, bagi cili kering tu masak.
2.      Kemudian masukkan sotong. Biar sampai air rebusan sotong itu keluar. Tambah air kalau agak kering.
3.      Masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap (agak-agak ikut citarasa ya)
4.      Masukkan udang, hirisan lobak merah, garam dan gula sebagai perisa.
5.      Biar seketika. Kemudian, masukkan mee. Sebelum tutup api, masukkan daun limau purut yang dicarik-carik, dan akhir sekali masukkan tomato.
6.      Hiaskanlah dengan hirisan daun saderi dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.

Ok, mudah kan? Kacang aje, sambil-sambil buat tu, olahlah ikut kreativiti dan selera anda ya…




Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)