Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, April 15, 2014

Resipi: Kek Batik Biskut Marie Bersama Gajus dan Mentega Kacang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Resipi yang nak dikongsi kali ini, bukanlah satu resipi yang luar biasa. Dah ramai yang share di blog masing-masing. Resipi yang mudah dan sangat digemari oleh bukan sahaja kanak-kanak tapi orang dewasa macam aku ni jugak..hihihi..

Siapa tak pernah dengar KEK BISKUT MARIE?

Pernah, pernah kan?

Inilah dia....

Marilah kita kongsikan cara aku buat kek ini..

Bahan-Bahan:
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
½ cawan gula
½ cawan susu pekat
1 cawan air panas
1 ketul butter cup
1 cawan gajus (dipanggang dan dikisar)
100 gm mentega kacang
1 sudu kecil serbuk Nescafe
2 bungkus biskut marie

So sekarang, mari kita lihat cara membuatnya pula…

1.      Bancuh milo dengan air panas. Kemudian, biskut dipatahkan dua.
2.      Cairkan butter cup di dalam periuk. Bila dah cair, masukkan milo, gula, susu pekat, serbuk Nescafe dan kacau sehingga pekat. Masukkan juga gajus yang telah dikisar.
3.      Dan sebati semuanya, barulah dimasukkan biskut yang telah dipatahkan. Biasanya masukkan biskut waktu adunan dah pekat, supaya biskut tu tak sebati semuanya. Nanti tak ada pula corak batik yang cantik ya…
4.      Angkat, masukkan dalam bekas. Tekan sehingga padat. Kemudian, masukkan dalam peti ais untuk tempoh sekurang-kurangnya dua jam. Kalau nak padat betul, semalaman lagi ok.


Kemudian..jangan segan-silu..jemputlah makan ya…


memang sedap…lemak-lemak coklat dan gajus yang bergabung…pewwwwiiitttlahhh! 

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)