Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, April 21, 2014

Gotong-Royong @ Taska Permata Kemas Batu 8...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Cammana hujung minggu anda semua? Ok ke? Aku keja semalam..huhuhu..so Sabtu tu, macam Super Mak la, membasuh baju, melipat baju, memasak, gosok stok baju keja seminggu, kuatkan semangat dan cekalkan hati juga untuk menulis stok blog update…heheheh…xtaulah berapa banyak stok je yang mampu..ntah2 ini satu-satunya...hehehhe...

Baiklah, sekarang mari kita share story weekend yang lepas, bersama my kakak tersayang. Actually, ada gotong-royong kat taska kakak. Macam biasalah, ibu bapa dijemput bersama-sama bergotong-royong. Atas semangat PIBG yang kuat, hahahah…aku pun menghadirkan diri. Sajalah bermasyarakat sikit, nak meluaskan pergaulan. Ewah!

Inilah taska kakak..nampak tu..kegigihan..banyak carpet nak kena ketuk habuknya ni…


Ok, ini muka ceria kami sebelum memulakan khidmat khas ini…



Aku ambik tender cabut rumput dalam pasu..hahaha..kless keja yang dipilih..tapi time kena suruh trim dahan-dahan halus pokok-pokok bunga ni, aku mulalah menggelabah. Oh sesungguhnya, tangan aku tidak memiliki efek ‘seni bonsai’ atau yang seangkatan dengannya. Demi keselamatan pokok-pokok ini, maka biarlah aku jadi tukang angkat pasu aje…hahaha!




Inilah mak-mak dan opah-opah students kat sini yang gigih bersatu-padu..apa yang penting??? Kerjaaaasssssaaammmaaa!!! Kan... ;p



Haaa..Ini adalah pak cik makcik yang dah melihat aku membesar..dari dulu suka naik beskal petang-petang, masuk gua ngan baju kurung...naik beskal laju-laju sebab dah lambat gi sekolah..tup tup, skrg melihat aku yang dah kawin, ada anak dan semua..mereka masih lagi kuat dan cintakan aktiviti gotong-royong macam ni..Mak Cik Pah ni, mak kawan sekolah aku...heheheh....kekadang malu je ngenangkan betapa nakainya kami dulu...hahaha! 



Nilah gayanya nak berselfie tanpa monopod...hahaha..tengok tu, tangan kotor, bukti memang aku buat keja, bukan auta semata...heheheh


Kakak dengan kawan baiknya..Kiki...mula-mula dulu aku ingatkan Kiki ni pompuan, rupanya lelaki...kawan-kawan kakak semua pun lelaki..adey...kakak kata budak pompuan asyik nak tido aje, tak nak main..sabor jelah...yang dia tu bukan pompuan jugak ke...kakak..kakak...

Inilah tenaga pengajar dengan kwan-kawan school kakak...



Yang Qayyum ni, di antara bestfriend kakak yang paling kakak suka. Selalu balik aje, asyiklah cerita tentang Qayyum...hmmm..cubalah kutuk si Qayyum ni, mau kena marah kita ni balik...tapi seronok menyakat kakak..bermati-matian kakak akan pertahankan kawan baik dia..


Sempat aku ambik gambor hasil kerja seni anak-anak ni..adeyyy...cantiknya...yang bersepah itu seni..heheheh..kat bawah ni dah ok skit tekniknya...


Ok...dah lama-lama, kakak mula bosan sebab ibu asyik suruh cabut rumput aje...so mehla aku akhiri ngan gambar kakak tunjuk perasaan...


Apapun, pada aku, inilah di antara kelebihan bila tinggal di kampung. Amalan gotong-royong ini memang baik kalau diteruskan. Dapat merapatkan hubungan kejiranan dan dapat memberikan view pergaulan yang baru terutamanya untuk ibu bapa yang asyik keja macam aku ni kan...

Akhir kata dari kakak dan ibu.. "Gotong-royong amalan mulia.."

Wokey...tatatititutu....


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)