Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, January 13, 2013

Resipi: Kerabu Pucuk Paku & Kerabu Jantung Pisang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ohhh, sekejapnya rasa bila menikmati hujung minggu. Esoh dah Isnin kembali, lemaunya rasa... ;-(

Anyway, jangan berhati walang, spend each and every minutes that you have like me! Hari ini adalah masa untuk bersama keluarga dan marilah memasak! Yes, aku sangat suka memasak dan Incik Firdaus plak suka makan, serasi bukan? Huh, itulah pasal badan kami dah bagai dipam2 ni, something need to be done..uhhh!

Ok, enuff say tentang beribu sesalan yang ada terhadap semangat diet yang semakin menipis. Sekarang marilah kita ke dapur Cik Puan Erny melihat menu hari ini. Aku teringin nak buat Kerabu Pucuk Paku, kesukaan aku itu. Resipi yang ditunjuk ajar oleh Mak Long yang sememangnya pakar dalam bab memasak lauk pauk ini.

Di antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Warak Utama: Pucuk Paku


Pucuk Paku (aku beli 3 ikat)
Tauge (anggaran ikut suka, aku masukkan dalam anggaran 1 mangkuk kecil)
1 mangkuk kecil kerang
Kelapa parut (digoreng dahulu)
Cili merah (dikisar atau ditumbuk bersama udang kering dan juga secubit belacan)
1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
Sedikit halia juga dihiris nipis
1/2 cawan air asam
Sedikit garam

Cara Membuatnya:

1. Pucuk paku yang telah dipotong, kemudiannya dicuci bersih sebelum dicelur di dalam air mendidih. Proses yang sama juga dilakukan ke atas tauge.
2. Isi kerang juga direbus berasingan.
3. Kemudian campurkan isi kerang bersama sayur pucuk paku tadi. Campurkan juga hirisan bawang dan halia.
4. Masukkan juga kelapa parut yang telah digoreng bersama dengan ramuan cili yang dikisar.
5. Satukan air asam dan sedikit garam. Gaul sebati.
6. Sedia dihidang.

Inilah hasilnya ya tuan puan sekalian....

Kerabu Pucuk Paku Bersama Kerang

Mak aku kata hari ini 'Hari Kerabu' sedunia ke..hehehe..sebab selain Kerabu Pucuk Paku, kami juga ada Kerabu Jantung Pisang. Asalnya aku memang tak pernah buat Kerabu Jantung Pisang. Jantung Pisang ni pun aku belajar semenjak kahwin. Incik Daus memang banyak makan ulam-ulaman. Jadinya, pagi tadi Incik Daus request nak makan Kerabu Jantung Pisang. Sambil tangan menggaru-garu kepala yang tak gatal, kepala dok pikir2 macam mana nak buat. So hasil dari pencarian dari Cik Puan Google sambil aku menggunakan kepakaran 'mix and match' ..yer...dalam bab memasak juga perlu ada 'sense pf mix and match'! Maka inilah di antara bahan-bahan yang diperlukan:

Watak Utama: Jantung Pisang

1 biji jantung pisang (Saiz Sederhana)
1 biji bawang besar (ditumbuk bersama bawang putih dan cabai merah)
2 biji bawang putih
Cabai merah (ikut suka, kalau nak pedas maka silalah letak banyak ya...)
10 tangkai cili padi (dihiris)
1 tangkai serai (dihiris nipis)
Sedikit daun selom.
Kelapa parut (digoreng dan kemudian dikisar sedikit. Jangan kisar lama sangat, nanti jadik kerisik plak ya..)
1 mangkuk kecil ikan bilis (digoreng, kalau suka banyak, letaklah banyak. Kalau tak suka ikan bilis, nak ganti dengan udang kering pun boleh saja....)
Limau nipis (ambil patinya)
Sedikit garam.

Cara membuatnya:

1. Didihkan air. Jantung Pisang dibersihkan dan di belah dua. Rebus sehingga jantung pisang bertukar warna dalam lebih kurang 15 minit. Angkat dan toskan. Jantung pisang dihiris nipis. Gaulkan bersama bawang merah, bawang putih dan cili merah yang telah ditumbuk ).
2. Masukkan pula kelapa goreng tadi. Ini diikuti dengan hirisan serai dan daun selom.
3. Masukkan perahan limau nipis dan sedikit garam. Kemudian, gaulkan bersama ikan  bilis goreng hingga sebati.
4. Sedia dihidang...tarrraaaa.....

Kerabu Jantung Pisang

Kerabu ini dihidang dengan ikan goreng dan juga sambal belacan. Walaupun hidangan yang ringkas tapi bertambah jugaklah..heheheheh...

Sekian dulu dari Masterchef Erny... ;-) Selamat Mencuba....

2 comments:

  1. Hye kak,

    Nyum nyum... Sumpah terliur bila Yuyu tengok kerabu ni. Terus rasa lapar. Hujung minggu ni rasa nak try buat kerabu ni la... ^_^*

    ReplyDelete
  2. Cubeler Yuyu..mudah jerk..kekadang makan gini2 yang tetibe jadik sgt berselera... ;p

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)