Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, September 13, 2013

Politik Pejabat, Rasuah dan Si Tupai itu....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Allooowww semua...hari Jumaat yang dingin..alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk berada di atas bumi-NYA...

Kengkawan sekalian, sorrylah ya kalau entry kali ni agak panjang celotehnya yang barangkali susah nak difahami, lebih kepada luahan rasa.

Office Politic and rasuah? Sure sume org pernah dengar dan sedia maklum atau mungkin jugak ada yang pernah melaluinya...mengalaminya..

Duit dan pangkat...dua perkara utama yang menjadi matlamat kebanyakan orang zaman sekarang. Maaf, kalau andaian aku ni tak betul..dan bukan plak arguement aku ni nanti nak menunjuk-nunjuk betapa baiknya aku. Tak sama sekali, okay!! Aku hanya luahkan rasa.

Minggu ni dan mungkin jugak minggu yang seterusnya, akan menjadi minggu-minggu yang berat untuk aku lalui. Katakanlah anda perlu melihat orang jahat bermaharajalela di depan mata, tetapi anda langsung tak boleh nak buat apa. Rasa terkilan, kan? Tapi apabila aku tersedar, segera istighfar, tak mungkin ada manusia yang kuasanya melebihi kuasa ALLAH..kalau tak, tak mungkin ada pepatah sepandai-pandai tupai melompat...ya, tupai..

Si tupai ini mempunyai sekumpulan haiwanan lain yang menjadi pengikut tegar. Aku kadang tak mengerti apa hala perjuangan itu. Aku akui dalam zaman serba mencabar ini, duit boleh menjadi segala-galanya. Semua orang pun nak bergaya, nak menunjuk segala. Apatah lagi dengan kecanggihan dunia maya, segalanya mampu diupdate sebagai bahan tatapan. Bila ada yang mahu menjadi lebih, sedangkan diri sendiri kerdil yang amat hakikatnya, maka bertuankan duit...

Jauh di sudut hati, aku amat mengharapkan si tupai ini terjatuh dengan sendirinya...lambat atau cepat, aku tawakal. Ya, tupai ini mungkin ada ramai kuasa besar di sekelilingnya, cakapnya saja mampu meyakinkan sesiapa saja...tapi aku masih di sini, tetap utuh dan yakin bahawa KUASA DOA ORANG_ORANG YANG TERANIAYA itu lebih besar kesannya..insya-Allah...Ujian Allah ini pasti ada hikmahnya...

Seandainya perjuangan kami ini menemui jalan buntu, aku redha sorakan gembira sekawanan tupai-tupai itu...menang di dunia, tak bererti menang di akhirat. Namun aku juga tak akan hakimi apa-apa kerana Allah lebih suka andai kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saudara kita yang lain. Mendoakan semoga ada sinar kesedaran dihati mereka. Semoga mereka tersentak dan berfikir, "Ini rezeki, pencarianku untuk keluargaku..duit gaji ini untuk aku beli makanan..yang bakal menjadi darah daging zuriatku...rezeki yang aku suapkan untuk anak-anakku inilah yang akan menjadi asas kepada peribadi anak-anakku.."...

Semoga ingatan ini sentiasa menjadi ingatan buat aku sendiri juga, sehingga nyawa masih dijasad...Insya-Allah....

- ErnyFirdaus-

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)