Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, April 22, 2013

Resipi: Fried Pasta Malay Style


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pewwwitttt, tajuk resipinya macam hebat..hihihii…

Ya, yang sebetulnya aku nak bagi tau hari ini aku bawak bekal…tak caya? Yep, walaupun dah keja, aku still bawak bekal bila berkesempatan memasak. Memang Incik Daus jenis yang suka bawak bekal ke pejabat. Aku pernah gak tanya dulu, “Tak seganke?”…Rileks jer dia jawab tak…so bila sempat aku akan bangun dan masak..tapi bila ada anak ni memang jaranglah yang sempat…heheheh..

Pagi ni..inilah hasilnya…




Bahan sume dah kasi standby siap-siap sebelum tidur.Simple jer…

Bahan-Bahan:

1 bungkus (500gm) pasta angel hair
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji lobak merah (dihiris panjang dan nipis)
1 tin cendawan butang (dipotong empat)
Udang
Bebola Ayam (dipotong empat)
11/2 cawan air
2 kiub pati ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara Membuat:

  1. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang.
  3. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Kacau seketika.
  4. Masukkan air, biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan sos tiram.
  6. Kacau dan masukkan bebola ayam. Masukkan pasta.
  7. Kacau sehingga sebati. Kemudian taburkan lada sulah.
  8. Sedia ditapau…heheheh…

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)