Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, October 24, 2014

D.A.T.I.N.G

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nampak gayanya bulan 10 ni aku kurang bersiaran di blog, banyak jugaklah entry tertunda, tertangguh dan sebagainya. Sibuk..balik je dah penat. Incik Daus plak banyak jugak out station, so bila dah berdua dengan kakak, memang susahlah nak mengadap laptop kat rumah. Bukan apa, nanti dia pun sibuk jugak nak hadap sama. So seperti yang aku mention dalam entry sebelum ni, aku pun out station juga bermula dari Ahad baru ni sehingga selasa. Alhamdulillah, semalam Public Holiday, so dapatlah rehatkan badan.. Taklah rehat sangat, mendobi xsudah-sudah..biasalah kan.

Bila bangun pagi kelmarin (cuti Deepavali), lepas Subuh..aku dah start dobi baju, dobi tudung, selimut segala..sebab nampak hari macam panas. Then niat dihati nak ajak kakak breakfast kat luar..saja santai anak beranak. Incik Daus semalam masih di Langkawi..dah 10 hari dah ya. Sekali Astro Ceria banyak plak ceritanya. Kakak dok menengok, kul 9am, ada plak filem apa tu Gajah Biru ke apa..

Hmmm..bersambung la sampai dekat pukul 11. Last-last kul 11am tu lah yang keluar. Memang bukan breakfast dah tapi brunch. Lunch aku dah masak siap-siap dah, so malas nak lunch plak kan kat luar.

Disebabkan kami berdua, dan kakak kata kakak nak minum ‘Milo Laksasa’… ;-)…
Jadinya aku pun bawaklah kakak ke sini..



Sambil-sambil nak tulis order, sambil-sambil kami ber ‘Wefie’…




Spend time, borak-borak..lebih kepada ‘Bonding Time’ sebab dah dua kali weekend aku kerja.
Ok..dah sampai pun menu ‘Milo Laksasa’ si kakak..ibu tumpang sekalilah..teringin plak..



‘Milo Laksasa’ tu maksud kakak, ‘Milo Raksasa’..tapi nama sebenar minuman ni rasanya semua orang pun tahu..Milo Tabur..atau Milo Dinasour.  Kakak je kreatif inovatif menukar namanya…heheheh..

Tengok..abis comot mulutnya…



Ni menu aku..roti wholemeal stim dengan marjerin dan kaya..



Kakak plak, peberet dialah, kuih pau inti kacang merah, wholemeal jugak…abis 3 ketul kat dia…



Dekat 1 jam jugaklah kami bersantai di sini. Makin pot pet pot pet kakak Bam Bam ibu ni..hehehe..macam aku gak kot..hahahah!





 Inilah buah hati Ibu..BFF ibu..peneman Ibu sebab bapak asyik keja luar kawasan.....uhukk...uhukkk..

Love you so much kakak!!! 

;-) 

Monday, October 20, 2014

Resipi: Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Nak share menu ni, masaknya macam biasalah dah lama juga. Tak salah aku masa Aidiladha yang lepas atau mungkin selepas tu ke…hehhee..biasalah dah tak ingat. Ikan siakap ni, rasanya memang kegemaran kebanyakan dari kita. Cara masaknya pun macam-macam, ikut kegemaran kitalah kan. Macam aku, lebih sukakan ikan siakap yang dimasak stim tapi Incik Daus lebih suka ikan siakap yang dimasak pedas atau tiga rasa. So selalunya asyik masak ikut tekak aku je kan, apa kata kali ni kita masak ikut citarasa Incik Daus plak kan..bagilah keadilan skit..heheheh…

Ini antara bahan-bahan yang aku gunakan..

Ikan, of coz lah kan..ikan siakap ya ni adik-adik..sampai dua ekor aku goreng, punyalah makan besor gayanya kan…



Ini plak bahan-bahan ramuan yang terdiri daripada tomato, timun dan lobak merah. Kali ni aku tak masukkan nenas kiub tu..kalau nak lebih umppphhh masam manisnya boleh juga ditambah nenas ya.


Bahan-bahan lain yang tak ada dalam gambar adalah seperti:

1 biji bawang Bombay (dihiris bulat)
Sos Tomato (Anggaran ikut saiz ikan dan kadar kepekatan yang u alls semua nak ya, macam aku, aku masukkan agak-agak je..tak ada plak sukat pakai sudu bagai)
Sos Cili (Sama juga, ikut pada selera masing-masing)
Sos Tiram ( Ini aku letak dalam dua sudu besar)
1 cawan pes cili
Sedikit garam dan gula
Daun Sup dan Daun Bawang (dihiris untuk hiasan)

Bahan Untuk Perapan Ikan



Sedikit Garam dan lada sulah (lumurkan pada ikan setengah jam sebelum menggoreng)
Putih Telur
Tepung Jagung

Cara Membuat:

1.      Panaskan kuali dengan minyak yang cukup untuk deep fried.
2.      Salutkan ikan dengan Putih telur sebelum dilumur dengan tepung jagung.
3.      Gorengkan sehingga garing keemasan. Angkat dan ketepikan.

Cara Membuat Sos:

1.      Macam aku, lebih suka buat sosnya dulu, sebab nanti ikan masih panas lepas goreng, boleh simbahkan terus.
2.      Mula-mula tumiskan dulu pes cili.
3.      Setelah naik bau, masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit garam dan gula.
4.      Setelah mendidih, masukkan pula bawang dan juga ramuan sayuran tadi.
5.      Biarkan sehingga mendidih kembali sebelum padamkan api.
6.      Tuangkan ke atas ikan yang tersedia digoreng dan taburkan dengan hirisan daun sup dan bawang tadi. Daun saderi pun boleh.

Dah siappp....!



 Kala u alls membaca entry ini, aku tengah tersadai di Swiss Garden Damai Laut, Lumut..kerjalah wei..uhukk..uhukkk..sedihnya...tak sabar tunggu esok boleh balik... ;-)