Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, September 18, 2016

Aidiladha 2016: Ringkas, Sederhana tapi Penuh Makna....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Aku tak tahulah nak cakap tapi aku rasa tahun ni antara tahun terburuk dalam menyemarakkan blog aku..hahahha…mood ke mana ntah..dah habis Aidiladha, post Aidilfitri pun bertunggak-tunggak. Takpelah, walaupun cerita tu mungkin dah basi pada u all, aku tetap nak sembang gak…heheheh. Pada aku itu memori, esok-esok anak cucu aku nak baca. *Yakin sangat aihhhh*.

Sambutan Aidiladha tahun ini secara besederhana sahaja. Tak ada kuih raya beria. Mostly kami sambut di Masjid An-Nur sahaja. Bagi kakak peluang melihat ibadah Korban dilakukan. Dah besar sikit, dah makin faham.

Us…

Antara intipati khutbah Aidiladha yang sangat bermakna dan menusuk kalbu aku…
“Pertolongan Allah itu sentiasa dekat asalkan kita yakin dan sabar. Ujian itu penguji keimanan. Justeru, kala diuji sentiasa yakin pada Allah, teruslah berpegang kepada agama Allah. Ingat, jangan sesekali menggadaikan agama demi mengejar pangkat dan kuasa. Jangan pernah lemah demi menegakkan syariat agama. Berkorban dan berjihadlah hanya untuk mencari keredhaan Allah…”


Ya betul, zaman sekarang banyak cubaan dan dugaan. Bak kata seorang sahabat, “lebih ramai kak yang menjadi ‘Penunggang Agama’ dari yang bernar ikhlas beragama. Ramai yang suka menggunakan hadis dan petikan agama dalam mempertahankan salah laku yang dilakukan. Semoga aku dan sahabat-sahabatku terhindar dari benda-benda macam ini…Aamiinn…


Ni bukan baju raya yang dirancang..kami mix and match saja…Incik Daus dengan baju melayu dua tahun lepas manakala aku dengan kakak dengan baju kurung je…


Tahun ni ada 10 ekor lembu untuk dikorban di Masjid An-Nur. Ibadah korban bermula seawal 9.45 pagi dan berakhir dalam masa tak sampai satu jam. Setiap ekor lembu dah dibahagikan kepada pasukan urus setia yang berkenaan. Jadi urusan melapah, menimbang dan membahagikan daging dapat dijalankan lebih teratur dan lancar.

Makan pagi pun kat sini aje…makan ramai-ramai, kongsi-kongsi..best! 


Si kakak dua pinggan jugakla bihun goreng… ;-) Incik Daus tak mau makan, busy melapah…


Ye, nampak tu betapa beria mengasah pisau…nak kasi lagi tajam.
Sesi melapah pun bermula….




Alhamdulillah… tahun ini antara tahun yang sangat bermakna bagi kami semua. Semoga diberi kemurahan rezeki dan dipanjang usia untuk bertemu Aidiladha tahun hadapan..Insya-Allah….



Friday, September 16, 2016

Resipi: Ayam Goreng Vanggey yang mudah dicuba!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam semua, Selamat Menyambut Hari Malaysia….apa aktiviti u all hari ni? Lepak-lepak dengan family atau nak pi tengok Train to Busan? Macam aku hari ni, we all plan nak panjat bukit...xtaulah passaipa lately ni banyak sangat terlibat dengan aktiviti berstamina tinggi...hahaha...aku nak kurus balik macam dulu...help..help... tapi cammana ni cakap soal kurus tapi tetiba hari ni aku nak share entry makanan ni...saborlah ya wahai teman.. ;-) 

So sempena Public Holiday ni, sure u all pening fikir nak masak apa kan…meh..meh..aku share resipi cubaan pertama aku hasil invention ikut logik tekak aku..hehehe..

Dipersembahkan….


Ayam Vanggey versi diri sendiri…hahhaha

Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah mudah didapati dan ringkas sahaja…


1 ekor ayam (saiz biasa)
4 biji bawang besar (dikisar halus)
8 biji bawang merah kecil (dihiris nipis)
3 tangkai daun kari
Kulit kayu manis
Sedikit buah pelaga
1 paket serbuk cili
Sos tiram
Kicap lemak manis
Serbuk cili kasar (chillies flake) – sukatan ikut sukalah ya, kalau suka pedas, letaklah banyak. Aku as usual, sejenis yang suka pedas…hehhehe…

BAHAN PERAPAN AYAM:
Serbuk kunyit
Rempah daging
Sedikit garam
·         Aku perapkan dalam satu jam

Cara memasak:
1.    Ayam yang telah diperap tadi, digoreng dahulu dan ketepikan. Aku suka ayam goreng garing, jadinya aku goreng garing sedikit.
2.    Kemudian, tumiskan bawang yang telah dikisar, diikuti dengan hirisan bawang kecil, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau. Aku gunakan baki minyak menggoreng ayam tadi. Kalau ada serdak-serdak gorengan tadi, biarkan sahaja. Sedap sebab dia garing rangup kalau dicampur sekali.
3.    Masukkan sedikit air, dan masukkan serbuk cili. Perisakan juga dengan sedikit sos tiram, kicap lemak manis dan sedikit garam. Biar mendidih sedikit atau bila kuah dan memekat, masukkan ayam.
4.    Kacau gaul sehingga sebati. Masukkan serbuk cili kasar pula. Biarkan seketika, sampai nampak dah kering, barulah dipadamkan api.

Dari segi rasa, sedap…hahahha…Cuma kurang pedas bagi aku. Next time aku nak cuba masukkan cili kering dan kisarkan bersama bawang.

So, hidangan Ayam Goreng Vanggey ini aku kombokan seperti di bawah…heheheh….

Dari atas sebelah kiri: Udang Goreng Kunyit, Ayam Vanggey, Ikan Goreng, Ulam Timun 
Selamat memasak ya u alls....