Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label October Girl 2016. Show all posts
Showing posts with label October Girl 2016. Show all posts

Friday, December 9, 2016

Kisah October Girl: Eh, sambut birthday lagi si kakak... :-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Bulan 10 bukan main sakan lagi kakak sambut besday…jenuhlah ibu asyik beli kek aje..hehehhe…

So ini gambar sambutan kat sekolah…


Inilah kawan-kawan yang lahir bulan Oktober…

Teacher dah pesan, kek saiz kecil untuk elakkan pembaziran….


Kakak request nak kek Hello Kitty…maka aku pun belikanlah dari kedai kek Twin Cake (dulunya Rizqin). Dyana yang selalu kami order kek tu sedang dalam pantang…so beli siap ajelah..

Then bawalah serba ringkas makanan untuk dikongsi kawan-kawan. Aku bawa jugalah gift untuk kawan-kawan kakak as usual.


Maka settle dahlah ya…so inilah baru finale…hahahha….


Tuesday, December 6, 2016

Kisah October Girl Part Finale: Meriah, happy, alhamdulillah...My Little Pony Birthday Theme

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar u all semua….aku semenjak minggu sudah badan terasa macam nak demam. Masih cuba bertahan untuk tidak mengambil MC. Pekerja cemerlang memang macam ni..hahahah….

So,  hari ini aku nak sudahkah kisah birthday girl iaitu aku dan kakak…weehuuu…

Tahun ini aku baru perasan kami kurang bercuti sebaliknya masa lebih banyak digunakan untuk organise acara makan-makan bersama keluarga…factor usia barangkali…ewah! Insya-Allah kakak, tahun depan kita cuba untuk berholiday kembali ya…

Jujurnya, ini adalah kali pertama kami membuat keputusan untuk menganjurkan Majlis Sambutan Hari Lahir kakak di rumah. Setiap tahun dari usia kakak setahun, selalunya kami akan buat di tempat lain. Aku ada takrifan tersendiri tentang sambutan hari lahir kakak. Jadinya aku nak kakak tahu bawaha tak semua orang mempunyai hidup yang indah. Rezeki harus dikongsi dan jangan dilupa pada arwah adik yang telah tiada.

Bagi tahun ini, idea nak buat majlis ini pun actually sangat last minute. Antara nak atau tak..sebab rumah pun baru sudah renovate, memang ada rupa kapal Titanic nak karam jugaklah. Then after some discussions dengan family, kami teruskan juga dan rumah mak dijadikan lokasi. Kebetulan angah pun nak buat kenduri kesyukuran sempena kenaikan pangkat dia.


Tahun ini kami memilih untuk buat tema My Little Pony as requested by the birthday girl. Alhamdulillah, kakak dah makin berani mengendalikan kuda. Ya, kakak tengah belajar menunggang kuda. Pada aku, bagus juga belajar bawa kuda ini sebab dia melatih keseimbangan tubuh dan fokus. Nanti Insya-Allah, aku up kan entry tentang kelas kuda kakak.


In about one week, aku bertungkus lumus cuba usahakan juga tema My Little Pony. Masalahnya, masa ini belum banyak barangan Little Pony yang ada di Ipoh. So aku buatlah sendiri mana yang mampu dengan nilai kekreatifan yang ada..ewah…


Goodies beg kakak all done…. Sticker tu ibu custom made sendiri okay…takda tempah2, jimat…hahahha….


Semua wording pun buat sendiri…ampunkanlah saya ye…saya bukan graphic designer…hahahha…so mana yang mampu diusahakan sajalah ye….in fact like I said, ini her first birthday yang beria macam ni..sebelum2 ni, beria juga tapi dari sisi yang amat berbeza….


Ya, kita perlu gunakan semua tenaga kerja yang ada….ditemani mandor kecik…she exactly like me…pandai bab memantau ni…hahahha…so dua2 Daus kat belakang tu silalah bekerja dengan penuh kesopanan…. She watching u both! ;-)


Stok aiskrim Malaysia, ini pun aku gigih buat sendiri. Aku actually ada perangai sikit, aku lebih suka tetamu makan makanan yang dihasilkan dari air tangan tuan rumah…so mana yang selagi upaya buat sendiri, jomlah kita buat. Mana yang tak upaya tu, kita tempahlah juga. Memang jenuh juga aku menggentel plastic aiskrim ni, aku buat dalam 100 lebih jugakla…dalam masa sehari. Ada perisa milo, sumi jelly, asam ko dan oren.


Tadaaaa…wording banner siap ditampal….aku print guna art card glossy dekat kedai Taman Cempaka.


Ini antara sajian manisan untuk birthday kakak.


Rainbow Dash Cake. Istimewa untuk kakak dibuat oleh Bake O’Clock Homemade. Kalau nak terjah, silalah ke FB Sis Diyana. Aku sangat berpuas hati melihat hasil kek ini. Tak sangka sebesar itu Rainbow Dash kakak. Keknya sangat sedap, xmuak bila makan. Rainbow cake with cream cheese. Aku tak fancy sangat kalau kek terlampau manis tapi kek ini sangatlah balance dari segi rasanya. Dan lembut gebu.


Ini pula Chocolate Indulgence….ini kek surprise untuk IBU…eh..eh…ibu pun ada kek…hahahha..untung birthday dekat-dekat dengan anak…so semua orang tak boleh buat-buat lupa especially bapaknya…hehehhehe…errr, sorry, gambor terbalik…ampun…hehehe



Brownies superlicious dari Tok Ma….khas untuk majlis hari ini. Tok Ma kakak pun memang pakar bab2 buat kek.. untung kan… ;-)


Cheese Tart juga dari Bake O’Clock Homemade…


Conga Bar dari Tok Ma…


Kakak bersama Opah dan kawan2…Opah and the Hologram…eh..eh…  ;p


Untuk birthday kali ini, Mak Ngah dan Opah buat kejutan mengimport maskot Marrybrown ke rumah…. Kalau u all nak pun boleh juga, tapi kena ambik pakejlah…kena bayar juga ya walaupun adik I kerja kat dalam tu…hidup ini janganlah asyik suka nak benda free sebab ada orang dalam, mak I marah buat perangai cam tu… ;-)

Kemudian, marilah kita memberikan perhatian sepenuhnya kepada gambar-gambar berikutnya….




Ya, boleh agak tak siapa yang over excited? Adakah anaknya, atau ibunya atau bapaknya…hahhaha..xpe..xpe, simpan saja dalam hati jawapan anda itu…. I faham…hehehehe…Oh sebelum aku lupa, Incik Daus pakai gitu sebabnya kami mulakan majlis dengan menjemput tetamu dari Masjid untuk turut serta bagi Doa Kesyukuran dan juga Tahlil….so dia dah tak sempat nak tukar outfit..maka terpaksalah I redha dengan Berboyfriendkan pakcik kopiah sepanjang majlis..hahaha….

Selain daripada makanan manis-manisan…kami letakkan juga buffet line di luar. Aku memang lupa langsung nak ambik gambar buffet line…

Antara yang ada, kari daging, roti jala..doughnut, laksam, agar-agar, ayam goreng, nugget…dan banyak lagilah.


Selesai acara potong-potong kek, untuk anak-anak ada games yang dikendalikan oleh Team Marrybrown yang sangat sporting. Adik bongsu I jadi Sound System Man…hahahha…apa guna ada ahli keluarga multi-tasking kalau tak digunakan…sila..silalah guna..ya tak… ;p



Alhamdulillah, anak-anak semua happy sangat…


Dua kembar lelaki ini, bukan main pandai lagi menari…suka aku menengoknya…lentik betul bila dia gelek…hehehhe…


Bergambar bersama family. Thank you so much for making time for us to celebrate this happy moments….


Kakak dengan kawan-kawan sekampung…. Dulu, ada di antara ibu ayah anak-anak ini kawan sepermainan ibu…melasak bersama, pergi sekolah bersama. Ibu dulu taklah nakal sangat tapi setakat bergayut mcm tarzan kat gua tepi rumah Opah ni dah macam aktiviti rutin di petang hari. Hahahaha….


Ini pula all the teachers and assistant from Little Caliph Bandar Baru Putera, thank you so much for your presence on our precious day…we really appreciate it!

Terima kasih juga kepada rakan-rakan pejabat yang sudi meluangkan masa untuk hadir…I tak jemput semua…orang limited edition macam I ni haruslah jemput yang limited edition juga…hehehhe…. Cuma backdrop burfday makin hujung majlis dah makin togel…hahahha…




Suka kakak dengan hadiah-hadiah yang dapat. To all, thank you so much for the gifts and most of all for your time… Kakak say thank you…kakak happy sangat.,… ;-) 


Terima kasih banyak-banyak kerana sudi hadir ikhlas dari kami sekeluarga. Semoga anda semua mendoakan kesejahteraan hidup kami sekeluarga..dan kami juga mendoakan kebahagian hidup anda semua dunia akhirat…Amminnn Ya Rabb….

Monday, November 21, 2016

Kisah Oktober Girl Part 2: Makan chinese food yang best di Restoran Caterbest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Sebagai orang yang disayangi ramai *cakap dengan muka blushing…hahahaha* tentulah sambut ulangtahun kelahiran harus sampai berhari-hari…so sila jangan kecam saya…hahhaha…

Malam 2 Oktober tu, we all dibelanja plak makan-makan. Mekasih daun keladi ya mak ngah..hahaha..we all suka saja.

Kami memilih, eh kami plak…Angah memilih untuk belanja kami makan di Restoran Caterbest. Restoran ini berhampiran dengan rumah dan memandangkan kami makan malam, betterlah. Some more, Chinese food..heheheh…dan mak pun suka Jus Mangga dia. Boleh dikatakan selalu jugalah kami memilih untuk makan di Caterbest ini. Oh ya, restoran ini HALAL. Boleh juga baca entry aku yang lepas tentang restoran ini.  Restoran Caterbest  Dan kunjungan2 lain, aku xtulis pun sebab lebih kurang sama menu yang kami pilih.


Sebelum apa-apa, marilah kita hadiahkan dengan gambar birthday girls yang always over excited…heheheh…comel kan kami berdua? Hehhee..

Tarrraaaa….inilah hidangan makan-makan kami. Marilah mari, kita menambah lemak..heheheh…


Ini telur dadar yang digoreng dengan hirisan bawang dan isi ayam..nama rasminya aku dah tak ingat. Tapi kalau makan di Black Canyon pun aku suka order telur dadar macam ni.


Ini plak blackpepper chicken…oklah, tak pedas.


Kerabu pucuk paku…sedap…rangup-rangup rasa kombinasi pucuk paku dengan udang kering. Segar sangat.


Ini pula steam fish taucu..selalu pergi rasa sedap sangat tapi tak tahu kenapa kali ni rasanya macam kurang umphhh…!


Ini menu khas untuk kakak…nestum butter prawn… suka sangat makan udang..tak padan dengan kecik, suka makan udang besar…hmmmm….


Ahli keluarga ‘Mak Siah’….


Si kakak yang memang sangat macam2..this kind of perangai hanya boleh dilihat bila bersama keluarga sahaja..kalau depan orang lain, bukan main segan, kakak malu…hmmm..itulah dia…asyik nak menyorok je…


So itulah serba ringkas sambutan makan-makan kami.

Pada yang suka dengan masakan Cina yang HALAL…bolehlah berkunjung ke…

Restoran Caterbest
74 & 74A, Jalan Bercham,
Taman Seri Dermawan,
31400 Ipoh, Perak, Malaysia





Thursday, November 17, 2016

Kisah October Girl Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ya, lama off dari bersiaran. Apalah halnya tahun ini, mood menulis teruk betul. Faktor penuaan kot…hahaha…Untuk itu, marilah berikrar untuk mencari mood itu kembali…Insya-Allah..aaammmiiinnn….

Sekarang seperti yang aku cukup maklum, dah masuk bulan November…hahhaha..tapi entry yang aku nak share ini adalah entry bulan Oktober. Kenapakah, mengapakah? Mestilah sebab tu bulan harijadi aku ngan kakak..iya..iya…birthday kami berdua…weeehuuuu…. 2 dan 6 Oktober…nak juga lahir dekat2 date dengan ibu dia… Kakak actually patut lahir third week of November…. ;-) 

Aku tak tahulah perasaan aku saja atau apa tapi tahun ini tak terasa teruja sangat nak sambut birthday. Too much to take agaknya this year… sampaikan banyak benda yang aku tak terasa nak terasa, hahahha…paham ke tak ni…ok, xpelah..janji aku sorang yang paham, hahaha…gituuuu….

Jadinya birthday kali ni disambut secara sederhana aje, sebab yang besar-besaran burfday kakak sahaja. 

Just having a cake sambil chit chat dengan Incik Daus. Then gi tengok wayang. 


Cheese Cake...all time favourite..tak kisahlah apa gabungannya..blueberry ke..strawberry ke..atau classic cheese cake ke..janji ada cheese je..memang suka bebenor...hehehhe...tu yang kena kerja keras skit nak bakor lemak...hahaha...

Segala mak nenek berasaskan coklat, memang kesukaan Incik Daus dan anak gadisnya...ewah...! 

Sambil menikmati the most sinfull drinks... *jom tutup muka*



Balik rumah, dapat surprise gift. Tapi actually kiteorg dua2 orang memang sejenis tak pandai nak buat surprise dan tak tahu how to react to surprise. Hahahah! Dan si kakak yang sibuk nak tahu semua surprise…hahhaha..sabor jelah….ya, kakak yang tulis...abis penuh satu sampul surat... :p


Ni haaaa…hadiah kakak..hadiah ibu kita rahsiakan ajelah ye…


Ya, kakak dapat helikopter ok…bukan anak patung ke..barbie ke…no okay. Geram jugak menengoknya..haihhhhh…


Nampak tak..begitu teruja..terus nak main. Bukan main bersungguh lagi….



Apapun, status terkini dari DCA melaporkan helikopter tu dah tak boleh diterbangkan lagi sebab keganasan kakak bermain maka kipas helikopter sudah patah…hahaha….

Hmmmlahaaaiii…anak ohhh anak.,…