Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, December 3, 2015

Tip Kesihatan: 11 cara terbaik hilangkan STRESS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Sorrylah ye semua..lately ni agak sibuk sampai masa pada blog ni terabai skit…maklumlah nak hujung tahun kan..macam-macamlah bendanya..dan line celcom kat rumah ni sangatlah hampeh…kena naik tingkat atas baru nak ada line. Tengah nak cari alternatif masukkan internet atau langgan apa-apa yang patut. Normally weekend laju skitlah..sebab tumpeng wifi Maxis Incik Daus..hehhee…Maxis laju skit sini..so malam ni Incik Daus ade..meh kite CSR kan line wifi…hehhehehe….

Ok..topik penceritaan takda kena-mengena dengan line telefon..hehhee..tapi untuk kita yang memang jenis suka check macam-macam dekat online..bile line slow..memang sangatlah stress kan. Rasa macam nak gi panjat Menara telco tu..eh..eh..itu dusta! Hahahah…

Kali ni aku nak share tip la..lama dah rasa xshare tip-tip bernas ni… *errr…bernas ke pun..ahaks!*

Kalau u all stress kan..u all selalu suka buat apa? Cer share skit….

Macam aku..ni tip bila aku stress….santai-santai saja tau tips nya..jangan ambik serius plak tau…tapi sebelum tu meh kita share skit ape tanda-tanda yang memang kita dilanda stress…


Pernah tak bila satu waktu dalam kehidupan harian kita, u all merasai satu rasa seperti di bawah?

  • Jantung secara tiba-tiba berdegup laju.
  • Pening kepala dan terasa bagaikan menangkap dekat bahagian belakang kepala tu sampai ke leher.
  • Otot bahu dengan leher rasa macam lenguh, sakit atau tegang. Apa pun secara rumusannya adalah rasa tidak selesa.
  • Sakit belakang.
  • Pernafasan semakin laju. Rasa macam tak cukup oksigen tu..aku kadang-kadang kalau stress sangat akan rasa macam ni.
  • Badan terasa semacam..nak kata nervous x nervous..dan kadang-kadang berpeluh.
  • Perut macam xselesa, rasa memulas tanpa sebab dan adakalanya rasa macam angin menolak dan kadang-kadang sampai ulang alik ke toilet cirit-birit. Tapi bukan sebab salah makan atau keracunan makanan. Ya, kadang-kadang stress sangat-sangat pun cenderung buat kita rasa sakit perut.

Kalau kita kerap sangat stress dan kita biar aje berpanjangan, stress ni boleh membuatkan tubuh badan kita lebih lesu dan ia juga akan memberikan kesan pada imunisasi tubuh. Stress pun tak baik untuk kesihatan jantung, kulit dan juga cenderung mengganggu sistem pernafasan sehingga kita mudah terkena serangan asma atau pernah dengar tak ‘panic attack’. Aku pernah je ada kawan masa sekolah dulu yang mengalami masalah ‘panic attack’ ni. Sampaikan kami ingat dia kena histeria. So call ambulan jugakla sebab dia dah macam nak putus nafas, mengerang dan semualah. Memang suspens. Bila dekat emergency ward tu, doktor kena suruh dia bernafas dengan betul dulu. Macam dieorang ada soh dia bernafas melalui satu beg plastik tu, and ikut counting. Sampailah dia boleh rileks balik. Ngeri jugak…

So kalau u all ada pernah alami situasi macam aku nyatakan di atas dan memang you all sedar yang u all tengah stress, cepat-cepatlah cari alternatif untuk hilangkan stress tu ya….macam aku..ni yang aku selalu buat bila aku rasa aku tengah stress..hehehe…setiap orang berbeza cara tau…so ni cara aku okay…

1. Cari Kaffein.


Aku memang penagih kaffein. Tahap kronik kot. Dulu masa kerja lama, lagilah gila minum kopi. Sebab kerja lama dulu memang perlukan aku selalu berjaga malam dan mata celik terbuntang besar time-time deadline kan. Sekarang pun masih lagi. Setiap pagi, at least awal pagi mesti kena secawan kopi dulu. Tapi aku cuba kurangkanlah sekarang ni. Ntah..bila minum kopi ni rasa syok semacam..macam alahai nikamatnya kan. 


Cabaran aku tentang kaffein ni paling teruk waktu mengandungkan kakak..Ya-Allah, jenuhlah ni Sembilan bulan not to drink coffee. So ex-bos aku hadiahkan aku biji kopi…dia kata kalau ketagih sangat..ko cium jelah bijik kopi tu…hahahah…baiklah…! Menjadi habaq hang…. ;p


2. Coklat, Aiskrim segalalah yang tinggi kalori!

Hahhaha..xtaulah habit ni…kalau stress aku ni mesti nak makan. So jangan terpedaya kalau tengok badan aku mengembang tu..no..no..no! Itu bukan tanda suka hati…tapi tu tanda sakit hati okay! So ubatnya..aku akan mulalah mengidam benda yang merepek bagai…sebagai contoh..nak makan kek la…nak makan coklatla..aiskrimla..fuhhhh..semuanya berupaya menambah berkilo-kilo lemak ke tubuh badan..hahhaa..kalau coklat..suka sangat cadburry zip tu…atau fruits and nut..leh bikin lega tau! 


Aku pernah je..stress sangatla konon..aku leh je tersadai kat Secret Recipe sorang-sorang, pi order chocolate lava…pehhhh..sedap sangatla..menengok coklat cair tu…fuyoooo…ok..aku terliur dah… gulp!




3. Tengok Wayang

Aku kalau datang angin gila..boleh je aku marathon tengok wayang. Dulu masa bujang selalu sangat buat. Aku leh tengok 3 filem in a row. Masuk keluar, masuk keluar cinema sambil perut kembung makan pop corn..hehehhe…. Tapi kalau stress aku suka tengok cerita yang light atau romantic comedy ke….leh feeling-feeling…kalau citer sedih pun ok gak..leh nangis konon sebabkan cerita..hahah…best gak tu…

4. Berlari
Ok..dulu ini adalah antara terapi aku untuk hilangkan stress..berlari sampai basah kuyup..balik..minum air panas…dan leh rasa lega yang amat…tidur pun rasa sedap sangat…tp semenjak dah bertukar status dari slim kepada errrrr…hahhaha..ngeri nak mention…maka berlari tu xmungkinlah kan. Kena la berjalan laju je dulu…. So nil ah aktivitinya bila ada masa. Aku nak try displinkan diri balik, sebab tak nak kena marah dengan abang tall, dark and ensem…hahahha… 

Lagipun apabila kita berlari, kita akan memaksa tubuh untuk memberika tenaga tambahan sekaligus memberikan kita masa untuk fokus kepada kaedah pernafasan. Berlari juga boleh membantu otak merembeskan hormon secara semulajadi yang berupaya memperbaiki kualiti mood kita. 


5.  Membaca


Bila aku buat entry ni kan…barulah aku perasan yang betapa banyaknya minat aku yang dah jarang sempat aku buat. Di antaranya adalah membaca. So now..aku dah kembali cuba cari masa untuk membaca dan mostly trend sekarang banyak buku yang bersifat santai dengan menggunakan pendekatan communication writing. Maksudnya gaya percakapan dan penceritaan yang direct. Currently ada baca buku Mat Lutfi ni. 


Dia dah keluarkan buku kedua, tapi aku baru nak berjinak-jinak baca buku yang pertama.  Teruk kan keciciran keretapi….

6. Memasak
Aku tak tau nak describe macam mana pada aku memasak tu dapat digambarkan sebagai satu ketengangan. Seronok sgt memasak dan kemudia dapat jamu orang makan masakan kita. Aku sangat suka the enjoyment of pergi pasar dan jadi histeria menengok ikan-ikan yang segar. Masak, makan..layan tv..then zzzzzzzzzzz…… ;-)

7. Bercuti



‘We travel not to escape life, but for life not to escape us…’ so travel sebanyak mungkin… sebab dgn itu aje kita dapat melihat pelbagai keindahan budaya dan negara orang. Dulu masa bujang aku memang suka sangat backpack sb jimat dan lebih mencabar. Cumanya bila kahwin dan dapat kakak, aktiviti tu terbatas atas masalah kakak kena selalu g medical check up dan sebagainya. Dan since kakak dah besar, aku macam nak aktif berjalan kembali…hehhehe…sementara belum mengandung lagi kan..ye..kadang-kadang asyik diasak dengan soalan bila nak mengandung pun boleh bikin stress tau….so baik kita jangan fikirkan sangat. Tapi aku percaya kalau kita tenangkan fikiran, Insya-Allah..ada tu nanti rezeki…aaammmiiinnn….



Aku sejenis yang suka berjalan sambil mencatat nota tentang percutian tu. Dan aku sejenis yang gigih plotting peta tempat-tempat menarik nak pergi. So Insya-Allah…dapat mengurangkan risiko sesat di tempat orang..heheheh…Cuma buat masa ni kami just bercuti di dalam negara dulu…kaki dah menggedik jugak nak melangkah bertapak-tapak ni…hehehhehe….

8. Menulis
Menulis. Aku sangat suka menulis dan disebabkan minat itu jugalah aku belajar pun bidang yang berkaitan malah kerja pun sama. So kerja aku sekarang ni xmemerlukan aku menulis secara sepenuh masa. Jadinya aku divert ke menulis blog. Tak bolehleh nak tinggal..memang suka menulis..suka berceloteh. So aku suggestkan kalau yang jenis stress tapi tak suka share masalah dengan orang, apa kata u all try menulis macam diari ke. Iyalah, kalau luahan itu bersifat personal..aku tak galakkan sangatlah luahkan dalam blog atau menerusi status FB ke twitter ke yang macam-macam sangat. Might as well keep it to yourself kan. Kalau tak pun, cuba tulis luahan tu dan terbangkan aje atau koyakkan aje lepas tu. Cubalah..boleh rasa lega juga.

9. Balik rumah peluk yang tersayang…
Ini pada aku ubat paling mujarab malah kelegaan yang dirasakan tu sangat best. Meluangkan masa dengan keluarga juga adalah antara aktiviti yang aku sangat inginkan kalau stress di tempat kerja. Dapat gelak-gelak dan mendengar si kakak ni bersembang pun dah syok. Budak-budak selalunya penceritaan mereka kan jujur. Jadinya aku suka spend time ajak kakak g main ke, atau ajak kakak mengeteh ke…dan borak-borak kosong. Satu lagi jadikan habit untuk peluk insan yang kita sayang sebelum tidur. By saying I love you, you felt way much better. Tidur pun lena…hehehe… 


Meh aku share sedikit info yang aku dapat ni….

Neuroeconomist Paul Zak, also known as "Dr. Love," recommends at least eight hugs a day to be happier and enjoy better relationships.1 Psychotherapist Virginia Satir also famously said:2

"We need 4 hugs a day for survival. We need 8 hugs a day for maintenance. We need 12 hugs a day for growth."



So, jadikan hugging as a MUST in your daily life…peluk yang muhrim aje..jangan yang cintan cintun tu pun nak berpeluk jugak..ahkak rotan karang!!!

10. Letakkan ALLAH dalam segala hal…
Ok, tip nombor 10 ni adalah tunjang utama pada kita semua. Bagi yang Muslim, apabila kita pelihara hubungan kita dengan Allah…Insya-Allah, segala urusan kita akan dipermudahkan. Aku xnaklah bicara yang seakan menghalusi memandangkan aku kurang arif, masih bertatih. Tapi aku rasai dari pengalaman sendiri. Bila kita belajar sedikit demi sedikit untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan Allah…aku mulai rasa lebih aman..tenang dan lapang. Ingat selalu, kalau stress…mengadulah apa sahaja dengan ALLAH..bukan sahaja rasa lega..malah segala aduan kita tu, menjadi satu rahsia yang tak akan bocor sampai bila-bila. Kalau kita cerita masalah kita dengan orang…kadang-kadang jadi lagi stress kan..bila rahsia tu bocor ke pengetahuan orang lain…..


Bila kita berupaya lapangkan hati..tenangkan minda..Insya-Allah..kehidupan akan lebih ceria.... macam kami...yipppiiiieeeee...

11. Keluar dari kebiasaan....
 Dalam erti kata yang lain..sesekali moh kite buat perangai gila-gila. Seperti contoh, lakukan aktiviti yang spontan atau yang 'surprise dengan sahabat anda. Ketawa dan memberikan ruang kebebasan pada diri adakalanya mampu menepis segala rasa stress yang kita alami.  

Carilah kawan yang berupaya memberi aura positif kepada kita. Kawan-kawan yang penuh dengan 'kelulusan Ph.d' tu jauhkan saja. Nanti bukan lagi aman damai...lagi stress! ;p

Akhir sekali dari empunya blog...selamat menceriakan hari anda...  :-)




4 comments:

  1. bila kita stress.. kita apa ?? ya.. kita makan ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha..yang itu yang betulnyaaaa....maaaakkkkaaaannn...kih..kih..kih

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)