Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, July 8, 2015

Aktiviti Riadah yang jimat kos di Kompleks Kolam Renang Ipoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Boleh dikatakan Ramadhan kali ni cuaca agak panas juga, memang mengundang untuk lebih duduk di rumah daripada keluar. Nak keluar setakat ke Bazaar Ramadhan pun terasa malas. Tapi kenangkan dah janji dengan kakak, maka ibu dengan bapaknya gigih jugaklah membawa kakak g swimming. Mula Incik Daus nak ajak check-in hotel mana-mana yang ada pool tapi sebabkan bulan puasa, aku malas. Terasa selesa nak duduk rumah aje. Jadinya, awal pagi Sabtu tu pun keluarlah kami membawa kakak gi swimming. Awal bangunnya, kul 7a.m kakak dah siap pakai baju swimming..hmmm..budak2 kalau excited memang gitulah..ala..macam kita masa kecik-kecik dulu..eh..eh..hahhaha...

Kesudahannya, kami decide nak bawa gi Kompleks Kolam Renang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)  aje...tak pernah pun ke sini. Dulu masa kakak kat Permata, teacher akan bawa ke sinilah untuk belajar swimming. So kami pun redah jelah. Kul 9a.m dah start buka.

Beli tiket dulu..bacalah ya info kat signage tu... ;-)


Masa kami sampai ni tak ramai orang lagi kecuali ada group yang buat kelas renang di sini.

Besar juga kawasan dia..ada 4 kolam renang yang berbeza iaitu 'diving pool', 'beginners pool', children pool' dan 'wave pool'.

Punyalah excited budak kecik ni...hmmmm....





At last kami pilih kolam yang untuk kanak-kanak ni. Incik Daus je teman kakak turun..aku duduk tepi je.







Puasa, tak leh swimming lama-lama..hehehhe...Incik Daus pun banyak duduk kat side aje menengok si kakak...





Tetap diajak bapaknya main..so mainlah jugak kejap..xsampai hati kan...




Manja sangatlah ni..aishh kakak...



Kejap tak kejap lebih dua jam juga bagi dia swim barulah nak berhentinya....abis pujuk dah ni...

Ni haaaa...syarat nak stop swimming..kakak nak ice cream..adeyyy, sabor jelah bulan-bulan puasa ni kan..baiklah kakak...



Ok, kalau u all nak bawa anak-anak riadah dengan kos yang berpatutan, bolehlah ke sini. Pool dia banyak, besar dan bersih...cuma yang xbestnya toilet dia..agak kurang memuaskan dari segi kebersihan...tu yang si kakak last2 tukor baju kat kereta aje..dia ni lagilah..penggeli...

Alamat dia..

Kompleks Kolam Renang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Jalan Ghazali Jawi
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

* dekat area stadium Ipoh tu..kolam renang ni berdekatan juga dengan Restoran Tasik Raban, Restoran Sabar Menanti dan Restoran D'Patin... 


7 comments:

  1. bestnya...siap dapat makan eskem lagi...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..tu lahhh...menggugat betul menengok die dok slurpp..slurp eskrem tu..hehehe

      Delete
  2. hehehe agak2 dahaga boleh teguk =P okay gurau.. kalo kat penang ni CT pun ske p public swimming pool.. dlu pun amek lsson kt situ hehe.. bleh cuci mata apek2 ramai wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah siti..memang yg trainer kebanyakannya apek...hehhehe...

      Delete
    2. both trainer dan trainee hahaha.. kalo trainee best sikit la kak..
      muda muda.. trainer tua bangka tamo la haha.

      Delete
  3. Seronoknya berendam dalam pool! :)

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)