Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, March 6, 2014

Reset Minda: ALLAH..CEO hatiku... *LOVE*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dua minggu ini adalah minggu yang penuh dengan nikmat ujian. Alhamdulillah…Allah datangkan segala ujian untuk aku sentiasa mengingatinya..sentiasa bertawakal dan sentiasa memohon pertolongan dari-NYA tanpa henti…

Seminggu last week di KL, attending  kursus. Balik plak, busy arranging another company retreat..and now, jerebu kan..so tak sihat..selsema, batuk..tapi hati kena cekal datang kerja, tak boleh MC..tanggungjawab perlu dilunas..nanti orang kata kita tak ada kerja pula.. *DIRI ORANG YANG BUAT TU BUAT,DIA TAK NAMPAK..TAPI KALAU DIRI ORANG LAIN BUAT DIA NAMPAK SANGAT…ALLAHUAKBAR, PADAMU AKU BERLINDUNG…*

Minggu-minggu kebelakangan ini, ujian Allah sangat banyak..dalam dunia kerjaya umpamanya..pernah tak anda semua rasa yang anda melihat perbuatan tidak berintegriti di hadapan mata tetapi anda tak boleh buat apa-apa. Tangan terasa diikat, mulut terasa dikunci…? Ia akhirnya menjadikan ‘moral down’.
Ermmm..oklah..mood pun ke laut, untuk menulis panjang…

Yang pasti…aku jumpa tulisan ini dari http://muslimdoktor.blogspot.com/

Aku rasa inilah titipan motivasi yang paling baik untuk aku rumuskan segala yang bersarang dihati dan minda…

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.


Ya Allah, jauhkanlah kami dari perasaan tidak bersyukur Ya Allah…

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)