Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Allahuakbar…
Hari ini permulaan hari yang tak berapa baik. Hari
ni bersiap awal, mandikan kakak awal, sebab kakak perlu ada di sekolah before
7.45a.m..Kakak excited ada lawatan ke Balai Bomba.. “Macam Upin Ipin tu
Bu…”… Ok, baiklah..next entry, Insya-Allah, aku
ceritakan..nanti nak try mintak gambar dari teacher kakak, kalau ada..sebab
pagi tadi angan-angan nak ambik gambar sebelum kakak naik bas, hancur musnah
sebab masalah yang berlaku..Allahuakbar, ujian di pagi hari…
Pagi tadi, 7.35am dah siap, kakak minta dandan
rambut dia cantik-cantik lagi. Then aku siap-siap tukarkan bekas susu dan
makanan kucing..haaa..itu pun another story, aku taklah rajin sangat nak dan
berani sangat nak membela kucing. Yes, aku adalah yang paling penakut sekali
dengan kucing, dan samalah jugak dengan incik daus…hahah..harap janggut aje
tebai…kih..kih…tapi anak kucing tu waktu aku balik keja Isnin lepas, tiba-tiba
aje ada dekat depan rumah kami. Mata dia buta sebelah. Tiba aku kesian…so
bagilah dia minum susu..dengan bisinglah mulut sambil halau-halau..so tak
tahulah kucing siapa, tapi begitulah kisahnya…
So, berbalik pada kisah pagi tadi…dah siap nak
keluar, ambil kunci rumah, kunci pejabat semua..aikkk..mana plak kunci kereta
aku? Puas aku geledah satu rumah, aku gagal kesan kunci kereta aku…sampai dalam
peti ais pun aku carilah…Ya Allah..terduduk aku sekejap..cari punya cari sampai
dah 8.05 pagi..panik aku semakin menjadi-jadi sebab kesian dekat kakak, takut
kakak kena tinggal bas rombongan…so aku call mak, mintak adik bawakkan kunci
spare..memang kunci spare kereta aku tinggal je kat rumah mak. Sampai je adik,
terus mintak hantar kakak dulu. Then sempatlah kakak ikut rombongan, teacher
tunggu..lega aku..
Then tengok tayar kereta, pancit ye…kena paku, ada
dua paku..ok…Allahuakbar..dugaan…
Tapi..dugaan itu taklah sehebat dugaan yang dihadapi
oleh penumpang-penumpang MH 370 semenjak tiga hari lepas…
‘Tanpa dugaan, manusia sering kali lalai dan alpa…dugaan
adalah ‘jambatan’ agar hati ini sentiasa mengingati Allah..Ambil setiap dugaan
yang berlaku di sekeliling kita sebagai iktibar buat diri sendiri...Allahuakbar...'
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)