Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, March 8, 2013

Jom Makan Best di Shah Alam: Yazid Supersized Burger..puas hati!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Hmmmm..aku kalau tengah sibuk menggila atau tengah penat akibat tak cukup tido dan sebagainya, dapat enjoy comfort food memanglah sangat syiok. So last weekend, kami baliklah rumah Shah Alam. Penat mengemas barang, (banyak gak lagi barang yang nak dikemas) kami pun plan nak kuar makan since dah janji jugak dengan adik ipar aku a.k.a adik Incik Daus. Dah alang-alang datang Shah Alam ni, tekak ni mengidam la plak nak rasa Burger Supersize yang jadik sebut-sebutan ramai itu.

Yazid Supersize Burger, lokasinya dekat Seksyen 7 Shah Alam, belakang UNISEL gitu, yang ada macam food court area tu. Kalau area atas ada jual mee ketam segala, turun tangga bawah ikut signboard nasi arab. Kalau tak  salah aku nama kawasan itu adalah Pusat Perniagaan Anjung 7, Shah Alam... 

Taraaaa…inilah kedainya….

Mee Rachun tu pun mcm hebat..hehehe..next time nak cubelah!
Masa kami sampai tu, orang tak ramai lagi. Nak order pun senanglah sikit, bulehlah dok mencongak menu berkali-kali. Selain kena pilih saiz, bahan ramuan sampingan pun kite leh pilih gak. Bayangkanle kalau sosnya aje macam-macam, ada black pepper, mayonis, mustard segala..belum masuk intinya ada nenas, epal, dan macam-macamle, bukan typical burger yang just letak kubis ngan bawang tu.

Kami order burger yang 500gm jer, harganya RM 20. Kalau 1kg, harga RM40 dan saiz burger paling kecik adalah 250gm dengan harga RM 10.


Haaaa...itulah dia burgernya..kalau u alls nampak tak berapa besar..mungkin salah angle gambar aku...hehhe..ini yang berat 500gm je..tapi bila aku potong 4 bahagian, rasenye macam 1 bahagian tu bersamaan dengan makan sebijik burger normal size tu dia punye kenyang...

tebal kan isi daging dia...aku pilih yang ada epal...nenas tak mau sb kalau aku makan nenas nt gatal2 lidah, allergic!

My Verdict: Aku suka burger dia lagi berbanding Rawang Burger. Makan tak rasa muak walaupun isi daging dia tebal dan besar. Daging dia masak sampai ke dalam dan lembut.

So moral of the story, next time boleh makan lagikkk…huhuhuhu.,..sedihnya nak tinggalkan Shah Alam secara rasmi…uhukk…uhukkk…


1 comment:

  1. terima kasih memberi cerita yang hebat pasal yazid burger.. jasa pihak anda amat kami hargai sepanjang hayat.....

    ReplyDelete

Sila beri tunjuk ajar...