Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, June 9, 2012

Untuk GEN-Y #1: Gula Kabung


Aku yakin, teramatlah yakin…tidak ramai GEN-Y tahu apakah bendanya ini…..



Apa? Tengah fikir? Nakkan masa tambahan? No,no, no! Masa dah cukup! Hmmm...Inilah yang dinamakan Gula Kabung. Bukan ‘brown sugar’ ye adik-adikku sayang. 

Gula ni nak buat apa? What the ***** to know? Aissshhh...jomle ambik tau..kot2 esok kena masak...hehehe...

Suka makan itu buah melaka? Tau tak macam mana rupa paras kuih buah melaka tu? Ala, yang bulat2, warna hijau disaluti kelapa dan bila dimakan anda terasa ada gula mencair didalam mulut? Sorrylah, nak tempek gambar, takde la plak..Itu di antara resipi makanan yang menggunakan gula kabung ini. Ada juga yang memanggilnya dengan nama ‘Gula Melaka’.

Selain buah melaka, kuih-kuih lain yang dibuat menggunakan gula ini adalah seperti kuih koci, lepat liat, dodol dan juga sedap kalau dibuat bubur manis. Rasa dia lebih enak kalau dibandingkan dengan gula merah.

Gula kabung ini diproses tanpa pengawet dan pemutih. So lebih baik untuk kesihatanlah. Jika dibandingkan dengan gula pasir, gula kabung lebih mudah larut di dalam air dan memiliki rasa serta aromanya tersendiri.

KHASIAT LAIN: Protein, mineral dan vitamin. Warna coklat pada gula kabung adalah serat yang bermanfaat untuk kesihatan pencernaan.

TAPI…yer, dibold dengan warna merah yer..kandungan kalorinya agak tinggi iaitu…

368 kalori/100 gram

PESANAN PENAJA: 40 minit aerobik boleh bantu anda bakar semula kalori itu!!! Yeayyyy!!!

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)