Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

Tip & Perkongsian Pengalaman Perjalanan Ipoh-KL Sentral- Petaling Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar sahabat maya sekalian? Hari ini ingat nak berkongsi pengalaman waktu pergi training baru-baru ini. Bukan pengalaman beria sangat, Cuma teruja nak share apa rasa pergi training menaiki public transport.

Sejujurnya, lama dah aku tak naik public transport ini. So rezeki agaknya bila kena pergi training menaiki public transport. Actually aku boleh je drive kereta sendiri bila transport company fully booked. Cumanya malas pula nak drive, so why not to try naik ETS. Punyalah gayat, Uber, My Cab bagai, semua pun aku install kat hadphone. Sesekali orang kata, apa salahnya explore. J


Aku naik ETS dari KTM Ipoh. Harga tiket ETS adalah RM 35 (sehingga artikel ini ditulis), dan dianggarkan perjalanan ke KL mengambil masa dalam 2 jam setengah. 


ETS ini ada Gold dan Silver. Yang Gold tu tak salah aku, lebih cepat sebab lebih kurang pit stop dia.

Bila sampai KL Sentral, memusing aku cari kaunter tiket ETS…hahahha…punyalah rabun. Walhal, sebaik sahaja keluar dari area ETS tu, kaunter tiket adalah sama aras. Tip dia, you all keluar je dari ETS entrance tu, cari pintu yang menghala ke Hotel Le Meriden, Nampak kaunter tiket teksi, u all ke kanan. Di hujung tersembunyi sikit, itulah letaknya kaunter tiket ETS.

Sampai ke kaunter, berderau darah aku bila adik yang jaga kaunter tiket itu cakap, tiket ke Ipoh semua dah penuh untuk hari Jumaat yang aku nak balik itu. Kalau ada pun, hanya baki 8 tiket, itu pun jam 4.00p.m. Itu pun, aku kena ambil nombor giliran macam biasa. Bila aku tengok ramai yang menunggu, hati berdoa, semoga salah satu dari 8 tiket ke Ipoh tu jadi milik akulah hendaknya. Mintaklah yang menunggu ini nak beli tiket ke lain dan bukan ke Ipoh…hehehhe…boleh gitu.


Muka masih mampu senyum walau dalam hati memang berdebar gila. Satu lagi aku nak kena fikirkan, boleh tak trainer lepaskan aku balik awal sedangkan kelas habis 5.30p.m. Aku tawakal, beli dulu tiket.

Alhamdulillah, berjaya juga aku dapat tiket. So settle satu bab.

Now, macam mana ke gayanya nak beli tiket teksi untuk ke hotel. Aku tak sempat snap gambar kaunter. Cumanya, di KL Sentral, memang you all kena beli tiket dulu sebelum dapat naik teksi. Ini kalau di aras dualah. Kalau yang di bawah tu (yang hala jalan besar ke Brickfields  tu, aku rasa situ tak payah beli tiket).


So, inilah tiket teksi dengan harganya. Satu hala untuk ke Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya harganya adalah RM 21.


Hujan lebat mengiringi perjalanan aku ke Crystal Crown. Satu lagi tip aku bila naik teksi ini adalah sms/wassap nombor kereta dan nama pemandu kepada keluarga, kawan rapat dan juga suami. Ya, aku paranoid to that extend semenjak aku pernah ada kes dengan pemandu teksi waktu kerja di NTV 7 dulu.

Alhamdulillah, dalam setengah jam aku pun sampai ke hotel.


Buka saja pintu bilik, syoknya sebab bilik sangat besar ok. Yang tak bestnya sebab aku seorang …hehehhe…so marilah selesaikan tuntutan agama sebelum aku nak recce tempat training aku. Then boleh aku rancang Plan A dan Plan B. Hahahhaha…yes, aku memang sangat typical….suka plan. ;p


Di Crystal Crown ini ada disediakan shuttle bus juga untuk perjalanan awal pagi (8.00 a.m) dan juga perjalanan petang satu trip iaitu sekitar jam 3.00 p.m. Antara hentian yang dilalui adalah Midvalley, LRT Asia Jaya, Sunway Pyramid….syok betul kan…hehehhe….

Menurut maklumat dari pihak MIIM..oh ya, aku training dekat Malaysian Institute Of Management Malaysia (MIIM)….kalau walking distance ke sana dari hotel mengambil masa anggaran 30 minit. Aku tanya pula pihak hotel, adik tu cakap dalam 15minit. Cumanya aku nak kena naik dua jejantas. So jom kita explore. Setkan apps untuk rekod jarak dan masa.


Pada aku, agak selesa untuk berjalan kaki ke MIIM sebab laluan pejalan kaki dia sangat luas. 

Ok, sebelah sana itulah destinasi aku. Di sebalik bangunan yang aku tandakan bulat itu.

Aku tak tahu pula Bangunan Finas adalah bersebelahan hotel. Bukan dekat Zoo Negara ke? Ke dah pindah? :p

Then aku lalu jejantas pertama yang menghubungkan dua buah sekolah.


Ini pula view dari Jejantas Kedua. Actually aku tak perlu naik pun jejantas kedua ini. Sebabnya Jaya 33, adalah di sebelah kanan jalan.


Taraaa…itulah dia tempat training aku…Jom cari Tower 1.


So ini pula jarak dan masa yang aku ambil dari hotel untuk ke sini. Jalan santai sahaja…

Hari nak balik pun, aku hanya berjalan ke LRT Asia Jaya sebab aku Nampak ramai yang berjalan. Aku check google maps, hanya 1.2km sahaja jaraknya dari Plaza 33. So why not..ewah! Alhamdulillah, jogging and running banyak bantu pulihkan stamina aku yang dulunya asyik ke laut dalam. J


Ini pula total jarak dari hotel ke Plaza 33, dan dari Plaza 33 ke LRT Asia Jaya.


Sedikit info, aku baru tahu yang kalau nak minta resit LRT kena minta dari kaunter. So petugas kaunter akan tulis resit manual. Beli coin ticket tu tetap kena beli dekat machine dia. Walaupun ada tertera perkataan resit pada mesin tersebut tapi still tak boleh request resit dekat mesin itu. Pelik betullah…

Hari aku balik adalah Jumaat. So kelas stop at 12.30noon, jadinya awal jugalah aku sampai ke KL Sentral. Alhamdulillah trainer dan rakan sekelas sangat memahami sebab tiket habis. Baru aku teringat, esoknya itu dah start cuti sekolah. Apa daaaa…padanlah tiket habis.

Jadi aku rancang nak ke NU Sentral sekejap sebab nak carikan gift untuk teacher. Kakak ada konvo keesokkan harinya so boleh bayang tak kelam-kabutnya aku.


Aku pun plan nak simpan beg. Barulah aku tahu rupanya kalau nak simpan beg dekat locker di KL Sentral ini kena guna face detection. Fuyoooo…hahahha. Terasa diri sangat ketinggalan zaman ok. Harga yang tertera adalam RM 30. Sibuk aku dok baca instruction, pekerja dia bagi tau harga hanya RM 10 sahaja.


Inilah dia..so u all kena ambil gambar muka tiga kali. Settle 3 kali barulah pintu loacker yang telah ditempah (key in nombor dia), akan terbuka dengan sendirinya. Hebat tak? Hahahha… Macam itu jugalah waktu nak ambil nanti. Kalau tak sama mukanya, habislah…hahahah…

Oh ya, bagi sesiapa yang musykil...aku actually attend this training in MIIM...

Key Account Management. Belajar macam mana untuk uruskan potential client atau investor bagi syarikat. Mula-mula tu, hati ada sedikit risau bila melihat kepada module dan memikirkan aku bukanlah minat sangat pun buat marketing atau sales atau apa sahaja yang berkaitan. Cumanya, kita sebagai pekerja terpaksalah redha dengan sebarang perubahan. Cewah..positif kan aku...hehehhe...

Jadinya..inilah hotel aku menginap dan dengan semangat penuh berkobar-kobar maka aku bawalah kaki ini melangkah...




Bila first day masuk kelas, bertambah-tambah aku risau. Semua peserta adalah LELAKI. So terkontang-kanting kejap aku. Trainer pun LELAKI. Adulahai....ngeri tau. Namun alhamdulillah...segala urusan sepanjang di sini dipermudahkan. Semua baik-baik dan sangat banyak membantu memberikan idea, berkongsi pandangan dan juga memberikan motivasi pada aku yang sangat amatur ini...ewah! Yes, in this line aku sangatlah naif. Tapi aku yakin, Allah maha mengetahui..Insya-Allah...


Inilah rakan sekelas aku...rasa muda sikit pakai term rakan sekelas...semuanya otai2, tip top pengalaman masing-masing.... ;-) Terasa diri sangat kerdil dan comel..eh..eh..did I mention I comel? hahahha.... 

Oklah...itu jelah kot..ini pun dah jadi artikel panjang...hehhehe...Aku harap adalah isi perkongsian ini dapat dijadikan manfaat berguna bagi sesiapa yang mungkin nak travel ke area MIIM dan Crystal Crown guna public transport macam aku.

Mehla layan juice favourite aku sementara menunggu train sampai….

Jumpa lagi dalam next entry ya kawan-kawan sekalian….



Monday, November 9, 2015

Jom Makan Aiskrim Best di Midvalley: Magnum Cafe yang syok abis...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..I’m back…setelah berhenti siaran last week. Last week jiwa ada kusut skit..tapi xpe…kita kena yakin pada Allah..kena bangkit dengan semangat baru..Insya-Allah…doakan semoga segala urusan diri ini dipermudahkan ye kengkawan di alam maya sekalian… ;-) Mekasih daun keladi..hehehhe…

Ok..korang kan..pernah tak kalau stress, akan jadi manusia yang suka mengejar benda-benda manis…errr..untuk kaum lelaki..benda manis ni tak termasuk wanita ye..amboiiii….nakal sangat tu! Hehhehe…

Macam aku kan…bila hati kecamuk skit..suka sangat pi cari dessert…hehhe..coklat semestinya…dan aiskrim…ewah!!! Dulu kan aku suka makan cornetto tu je..macam aiskrim magnum ni xberapa sangat..tapi si kakak dan si suami suka plak dah…so hari tu kan masa pi KL..terjebaklah ke sini…


Yezzzzzzaaaa…sampai jugak akhirnya..tapi bukan si kakak dengan si suami yang ngajak…sebaliknya si ibu…hehhehe..aku lah tu…



Masuk sini…mula terasa sawan..tapi kena maintain..sebab first time, so xreti nak buat macam mana…hahhaha..so lagak nak kena cool..meh kita tengok apa menu yang ada…




Banyak jugak. Kami mulanya nak order macam hot menu gakla..tapi sebab ingatkan tingkat atas ditutup. Dia ada letak signage kat tangga. So frust..maka kami beratur jelah…rupanya boleh je naik atas kalua nak order set menu yang lain selain dari aiskrim kat bawah ni. Kalau duduk dekat bawah, tak boleh order signature menu yang lain. Baiklah…baru tau…next time bolehlah cuba.



Ni antara hiasan2 yang boleh di pilih untuk kita customize aiskrim kita ni. Boleh pilih tiga bahan utama...


Muka excited mengalahkan anak kan…hahhaha..as always…

Selesai, jom pilih nak milk chocolate ke..dark chocolate ke..atau white chocolate untuk coating dia….



Uissshhh..tangkap leleh menengok brader ni coating aiskrim kita kan....dia pun dah tahu tahap glamer dia..hahhaa..siap cakap..takpe kak..ambiklah gambar..semua datang sini pun akan ambik gambar...hehhe..baiklah dik...


Bukan main gigih dan pantas si kakak..xmenyempat nak tunggu dah..kakak dan aiskrim bagaikan irama dan lagu..what to do.. ;-P


Inilah barisan aiskrim...yang ikhlas berjuang..siap sedia untuk di ngapppp oleh tuan masing-masing..bukan main masing2 jadi chef..hahahha



Aku tak sure ni milik siapa..rasa macam Maksu punya...tapi rasenye ni campuran kismis, dried pineapple dengan gajus...


Ini aiskrim Boboy..dia pilih pop corn dengan ada taburan chillies flake...sebabkan jarang orang pilih chillies flakes so boboy Dapat extra satu lagi bahan secara percuma untuk topping dia...tanya Boboy..ape feeling makan aiskrim dengan cili..dia kata ok..sensation...hahhaha..


Ini plak aiskrim si Angah...siap bertaburang rose petals tanda cinta..awwwww...


Ini pilihan empunya blog..yes..yes I know..typical...hahahha...tapi puasnyalah hati ku ini..hahahha...craving satisfied!


Ni mak punya...kami kan memang suka yang banyak kacang-kacang ni...


Ok..semua..sila ikut arahan tuan director...gigit aiskrim anda dengan muka penuh wibawa...macam hebat sangat nak masuk dalam blog...hahhaha...

Muka si kecik ni the most wibawalah...hahha..abis baju semua pun makan sekali...kalau bagi dua tiga batang sekali makan pun confirm habis ni...


Hamboiiiiii bang...lupa bini kat sebelah kaaaa??? Khusyuk sangat ni....ni sorang lagi yang pantang nampak aiskrim..kalau kat rumah tu selalunya..aku tukang beli..then aku suka simpan dulu..bila teringin baru akan cari nak makan..tapi selalunya jugak bila aku carik nak makan tu..ermmm..dah selamat..kadang tinggal bekas kosong je..ye..bekas kosong..masukkan balik dalam freezer..kaum2 isteri..siapa ada pengalaman cam gini..silal angkat tangan!! ;p 


Kakak buat muka xpedulik ibu nak ajak posing..aiskrim di tangan lebih tempting nampak gayanya...


Ya..setelah diumpan dengan aiskrim jugak..maka kakak pun gigih memberikan kerjasama...nampak besar benor mulutnya..makan skit2 ye kakak..ibu nak acting je ni..hehhehe...


Eh..eh...Romantika di Midvalley...hahhaha..so suuuwwwiiittt... *poyolah sangat kan...*


Ok..lakonan paling mantap malam ni dimenangi oleh mereka berdua..hahahhahah! Mantap sangat sampai tak nampak mata tu haaa..sedap sangat le tu...

Ok..bagi sesiapa yang memang suka makan aiskrim...suka sangatlah..leh datang ke sini...kalau nak special dessert pun ada..tu nampak tangga belakang tu..silalah naik ke atas..dia tutup dengan palang tu la aku ingat tak bukak..rupenye nak mengelakkan customer yang hanya nak makan aiskrim standard macam kami ni dari naik ke atas...kiranya menu aiskrim kat atas tu mahallah lagi..tapi kalau customer nak order yang jenis macam di bawah ni pun boleh lagi.


Lokasi:

Aras 3, Midvalley Megamall (satu aras dengan GSC)
Waktu Operasi: 10.00 a.m- 10.00 p.m