Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, June 10, 2016

Ziarah Masjid: Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam Jumaat yang penuh kemuliaan…

Esok cuti, mesti ramai yang dah tak sabar. Ada yang merancang untuk pulang ke kampong berpuasa bersama keluarga? Berhati-hati di jalanraya…

Hari ni nak berkongsi sedikit…


Siapa tahu ini masjid apa?

Ya, inilah Masjid Kapitan Keling yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Dikunjungi sewaktu kami ke Pulau Pinang beberapa bulan yang lalu. Mulai tahun ini aku akan cuba untuk memperbanyakkan lagi kunjungan kami ke masjid-masjid pada setiap destinasi yang kami kunjungi. Mungkin dapat memberikan info kepada kawan-kawan yang lain juga selain melatih kakak dan aku juga untuk lebih menghayati keindahan bersolat di dalam masjid. Jangan salah anggap tau apa yang aku cakap ni sebab aku pun tak pasti ayat yang bagaimana yang paling bersesuaian untuk aku terangkan tentang salah satu dari resolusi 2016 aku ini. Semoga apa yang dikongsikan ini berupaya memberikan manfaat..Insya-Allah…

Masjid Kapitan Keling ini merupakan di antara masjid yang tertua di Malaysia dan telah dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim sekitar tahun 1800. Meskipun telah melalui fasa pemulihan dan penambahbaikan, masjid ini masih lagi mengekalkan ciri senibina lama yang berkaitrapat dengan senibina Islam di India. Berlatarkan putih dengan kubah berinsipirasikan seni reka Moghul, dua latar warna yang terus membuatkan mata terasa kemas memandang struktur masjid ini. Aku tak pandai sangat dengan term-term seni bina ni, tapi memang terasa keringkasannya membuatkan masjid ini Nampak unik dan tersendiri.

Apa yang menariknya, masjid ini juga dibuka untuk dilawati oleh pelancong mengikut ketetapan waktu dan mesti mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan. 



Bagaimanpun, di sini turut disediakan pakaian, macam robes labuh tu sekiranya ada yang masih dating dengan pakaian kurang sesuai. Apa yang aku perhatikan, mereka yang ditugaskan memberikan penerangan dan informasi berkaitan masjid ini sangat peramah dan mesra. Taklah rasa seram sangat kalau banyak soalan nak tanya kan….hehehe…


Ini adalah ruang solat wanita…


Menjengah ke segenap ruang solat utama. Masih bercirikan rona putih dan sangat dijaga rapi…aku tak ambik banyak gambar sangat kali ini, battery about to die la plak time ni…huhuhu..Insya-Allah, jika ada peluang dan kesempatan, akan dating lagi ke sini….



2 comments:

  1. Pernah sampai masjid ni. Suka rekaan luarnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah sis... sangat unik dan klasik...

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)