Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, September 30, 2016

Resipi: Sayur Tau Meu Tumis Sos Tiram dan Ikan Bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selamat berhujung minggu, lega rasanya hari ini dah jumaat. Boleh dahlah cari-cari resipi apa nak masak esok ni, alang-alang dah cuti 3 hari kan. Hari ini aku nak share satu menu ini, masakan sayuran yang Incik Daus beria introduce pada aku. Jadinya masa ke Cameron Highlands baru ini, aku belilah sebungkus. Aku selalu Nampak sayur ini tapi tak pernah cuba nak masak. Bila dah cuba masak dan makan, aku rasa sedap pula. Rasanya rangup-rangup sedap.

Resipinya bila aku search, semuanya Nampak dari gabungan yang mudah. Jadi aku decide untuk jadikan dia masakan Tau Meu Tumis Sos Tiram dan Ikan Bilis. Dari kajian (ewah, kajian..hahahha), ada juga yang memanggil sayur ini sebagai teow meow, dikatakan addik-beradik tauge juga. Kat pasaraya pun banyak sayuran ini yang telah siap sedia dipek.

Ok, apa bahan-bahan yang aku gunakan?



*4 biji bawang merah kecil
*5 bii bawang putih
* Sedikit halia
(Kesemua bahan ini dihiris/dicincang halus)
Segenggam ikan bilis (ditumbuk sedikit kasar)
Sedikit sos tiram, air, dan lada sulah.

Cara Memasak:

1.    Panaskan minyak.
2.    Tumiskan bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. Masukkan pula ikan bilis yang telah ditumbuk.
3.    Kemudian, masukkan sedikit air. Perisakan dengan sos tiram dan juga lada sulah.
4.    Akhir sekali, masukkan sayur Tau Meu dan goreng seketika. Siap!


Mudah sangat kan? Sedap sayur ni kalau dimakan dengan nasi putih dan hidangan lauk lain yang dimasak kering seperti sambal tumis, ikan goreng atau telur masin. Memang membangkitkan selera.


Thursday, September 29, 2016

Jom Jamu Selera: Nescafe Tarik Kaw-Kaw Kasi Buih Paling Sedap di Ipoh...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Life must go on…sebabkan aku adalah manusia positif, marilah kita bercerita tentang benda yang aku suka…yeahhh!! Apa yang aku suka? Nescafe Tarik Kaw-Kaw Punya…. Hehehe….


Aku dengan kaffein memang bagaikan lagu dengan irama, tak mungkin dapat dipisahkan…hehehhe…jadinya Necafe Tarik Kaw-Kaw Kasi Buih ni (errr…kami yang bagi nama macam ni, tiap kali order sure sebut mcm ni), memang di antara minuman kegemaran kami.

Nak tau ke kat mana lokasi?

Ok, lokasinya adalah di belakang Tesco Extra berdekatan dengan Tasek. Bagi yang tak biasa, di Ipoh ini ada dua Tesco. Dua-dua pun namanya Tesco Extra. Satu adalah berdekatan dengan Aeon Kinta City manakala yang aku maksudkan ini adalah sebelum ke Taman Anda, Tasek dan sebagainya. 

Nama kedainya adalah tadaaa….




Ye, Restoran Gany. Selain Tesco, restoran ini juga berdekatan dengan Maybank dan juga Hotel Indra. Kalau nak guna waze, silalah guna alamat Hotel Indra ini pun boleh… 20-24, Laluan Tasek Timur 1, Pusat Perdagangan Tasek Indra, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia.

Mari kita teruskan dengan gambar-gambar minuman yang pada aku sangat menggegarkan jiwa raga…




See, semuanya berbuih tinggi kan. Air dia sedap, pekat dan tak terlalu manis walaupun buih dia meninggi. Aku kalau orang bancuh nescafe tak kaw…tak bestlah. Selain Nescafe, milo, teh..semua pun boleh kasi tarik..mention je kat dia nak sejenis yang tarik ada buih punya...

Selain daripada air, menu best pada aku kat sini adalah Maggi Sup dia…hahhaa…


Biasalah kan, makan kedai mamak, menu typical mestilah maggi goreng atau maggi sup…

Menu nasi campur kalau kat sini, kurang skit..pilihan tak banyak. Menu lain, biaselah...roti, telur separuh masak..xlah meletup sangat semeletup air dia...hehehe



Berapa kerap kami ke sini? Errrrr…kadang tu like every weekend…hahhaha..semata-mata nak minum air je…poyo kan?

Tak caya..meh aku kompilasikan gambar-gambar kami…hehehhe



Kakak dan bapak….sweetlah sangat…


Aku dan Daus…ni kategori masam manis…hahahahha…



Kadang-kadang, dengan mak pun kami bawak sekali….


Cuma kekurangan dia, tempat dia xbanyak….so kadang bila full house, nak kena tunggulah…apa pun, kalau nak cuba, amatlah dialu-alukan...

Ok friends, sign out dulu ya..sharing is caring... ;-)