Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, May 20, 2013

Cameron Highlands: Chillax di Equatorial Hotel for our 5th Anniversary!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Seperti yang pernah aku sebut dalam entry sebelum ni, Anniversary kami kali ni Incik Daus telah menunaikan hajat aku nak climb up to Cameron Highlands. Aduuiii, asyik jalan je yer…hehehe…
Urusan percutian kali ini memang Incik Daus yang uruskan…selalu bab2 cari hotel, google lokasi menarik di sekitar..memangla keja aku..tapi alhamdulillah..setelah lima tahun, Incik Daus sudah semakin menunjukkan kemajuan…hehehe..kalau dua tiga tahun pertama kahwin dulu, kejanya gaduh n merajuk sebab Incik Daus asyik lupa tarikh….dan bila buat surprise plak, tak romantik langsung…muahahah! 

Jom tayang skit gambor 'honeymoon' kali ke-5 ni... (sila sediakan baldi bg yg tak sanggup tengok aksi konon manja kami ni...heheheh)

Cewah2....



Romantik tak kengkawan...berlatarbelakangkan bebunga lavender...so sweeettttt!!! muahahahah..korang halalkan jelah ya tatabahasa di atas...hahahah!


Kami bertolak lebih kurang 11a.m macam tu dari Ipoh, ikut laluan Simpang Pulai. Jalannya ok, luas dan tak teruk sangat bengkang-bengkoknya macam laluan Tapah.


Sejuk mata memandang..nampak tak kabus tu..walaupun hampir tengahari. Banyak jugak keta yang naik atas tu, mungkin sebab Public Holiday.  Ohhh..Ada yang bertanya, adakah benar ini percutian berdua-duaan sahaja? hehehe..of cozlah, kata anniversary..mestilah nak dating2 gitu...


----


----


---


----


----

----


-----



------




Haaaaa...mana mungkin tak bawak ini budak kecik....haaaa...nilah kejanya sepanjang jalan naik ke atas tu...tiddoooooo..jenuh Ibu memangkunya..dengan nak bertarung ngan jalan kona-konanya..ohhh My Anak!



Ok...Yeaaayyyy!! Akhirnya kami pun sampai setelah hampir tiga jam perjalanan, banyak kereta juga mungkin sebab time ni org dah start nak balik mengundi...kami stay di sini....


Bitik kami di tingkat 5, lebih mencabar sebab kuar-kuar lif je terus nampak swimming pool..aduiii, memang tak sudah2 bertanyalah budak kecik ni bila nak g 'eennanggg'?


Sangat senang dan selesa tinggal di EQ ni sebab dia berada di puncak Brinchang dan banyak akses tempat menarik yang berhampiran. Macam kalau jalan saja turun bukit ni kita dah boleh nampak Strawberry Farm, sebelah Strawberry Farm, ada Butterfly Farm dan sebelah kirinya pula adalah Kea Farm, tempat banyak sayur-sayuran di jual tu...so kalau yang malas nak drive, boleh je jalan turun...tak berpeluh pun..walaupun cuaca di Cameron sekarang ni pun bukanlah sejuk sangat...just berangin jer...dan still rasa dingin...


Sementara Ibu selesaikan urusan check in, kakak pula (yang telah terjaga dari tidurnya), telah ternampak sudut rekreasi kanak-kanak di sebelah kiri kaunter check-in..maka, jadinya, teruslah meluru lari ke sana....


Dalam bebanyak permainan, ini yang kakak sangat teruja..okaay..adakah 'honeymoon' ibu ngan bapak atau sudah menjadi 'percutian riang-ria' si kecik..hehehe...takpe, pada kami, yang paling membahagiakan adalah apabila we stay put together..sebab kesian pada kakak jugak dengan kesibukan ibu ngan bapaknye..bapak lagilah kan..slalu out station..kekadang ujung minggu baru ader..so this is the time where we may be able to spend our quality time together... -LOVE-



Sungguh2 ya mainnya..walaupun tak tau apa yang ditujunya...hehehe

Setelah selesai urusan check-in, kami pun menuju ke Cricket Lounge  untuk menikmati welcome drinks..sangat cozy dan selesa untuk chillax tempat ini...


Inilah airnya, fruit cocktail...sedappp, tak manis sangat..



Haaaa...!!! betula tak aku kata tempat ni cozy..kemain lagi Incik Daus merenung masa depan...hehehe...caption ikut suka aku... ;p

Ok tuan puan sekalian, inilah bilik kami...hmmm, nampak gayanye Upin Ipin dah landing dulu tu atas katil...hmmmlah Our Kakak....





Cuma sedeyyy, bilik airnya takde bath tub...


Ini plak pemandangan dari bilik kami...



Begitu juga dengan yang ini....hijau mata memandang..

So apa aktiviti malam? Takde apa sebenarnya melainkan bermalas-malasan dalm bilik saja...dan memandangkan ibunya nak kena siapkan slide presentation..aduiilahaii..ohh kenapakah begitu efisyen? Takde maknenya..tapi sebab dah boss nak pakai urgent ya kengkawan..so misi malam ni adalah supaya kakak tidur cepat dan ibu dapat buat keja cepat...heheh...


Okay Ibu..kakak dah ready to bed....

Daaannnn bagi mendapatkan semangat, motivasi dan inspirasi sewaktu percutian, jangan lupa bawak peneman setia ini....sejuk2 makan maggi pun sedapppppp!! Kirenya must have in list while going for vacation la kirenye...heheheh



Okay...kite jumpa lagi di entry berikutnya ya....ke mana lagi kami pergi bergumbira di Cameron Highlands...selamat menunggu ya...tatatititutu....


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)