Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Legoland. Show all posts
Showing posts with label Legoland. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

Cuti-Cuti Johor: Legoland Part 3: Teruskan keriangan bermain sambil makan di Burger Junction

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Allloooowww anda2 sekalian..hari ni mehla kita sambung story Legoland. Ternyata, banyak sungguh gambar-gambar yang ada dan terbukti betapa sukanya kami mengambil gambar. Satu hari memang tak cukup rupanya untuk betul-betul menikmati segala permainan yang ada di Legoland ini. Berhenti nak main lagi, nak bergambor lagi..hehhehe…

Abis posing2, kakak masih lagi nak teruskan main dekat tempat ni. 


Tempat ni area dia berhadapan aje dengan dragon roller coaster tu. Sambil main kat bawah ni sambil mendengar orang menjerit2 lalu atas kepala kita.




Yang mainnya sorang..cer tengok berapa ramai pengawal dia…hmmm, princess sangat…


Waaahhhh, mentang2 ular tipu, berani sangatlah kan… hehehhe..

Ni lagi tak leh tahan posingnya…hahahha!




Wolf..wolfff….auuuuwwwww…..!

Then aku teman kakak main kapal pusing2 ni..



nampak macam simple, tapi mula-mula dia pusing tu, terasa urat perut macam takde jugaklah..hahhaa..over..lama-lama naik ok..Cuma pusing2 pening daaaa…



Lepas tu kakak ajak main itik ni plak..main ni senang aje, kasi sauk ini itik. Then markah yang terkumpul akan tentukan hadiah apa yang u all akan dapat. Tapi mostly anak patung, beza kat size aje. Kakak dapat marks untuk anak patung size sederhana tu, kakak nak kaler pink..game ni kena bayar lain tau..dalam RM 10 untuk 2 kali sauk cam gitulah.

Lepas je main game ni, nun di sebelah tempat kami ni dengar si Angah jerit2 suka..cissss..rupanya Incik Daus telah berjaya menang hadiah utama….ooo, dalam diam ek pi main…nak tau hadiah apa..

jeng..jeng….

Ni dia….



Ye, patung minion yang besor gedabak ni ya..

So si kakak hampir merajuk tak puas hati, kakak pun nak main jugak. 


Main ni nampak senang tapi susah sebenarnya. Bayar RM 10 jugak, dapat 3 bola. U all kena baling bola ni bagi masuk dalam bakul. Tapi kena baling pada kayu. Normally, bila kita baling, bola sure melantun kembali kan. So itulah thrill game ni. Kena ada teknik untuk make sure bola tu tak melantun jauh sebaliknya masuk ke dalam bakul itu semula. Kakak kurang berjaya dalam game ni..hehehee..budak kecik lagi kan..so terpaksalah pujuk kata anak patung besor tu kakak punya…hahahah!

So inilah hadiah keseluruhan yang dimenangi…pesta anak patung…hmmmlahaaaiii…



Settle segala ‘drama swasta’ perebutan anak patung, kakak berjaya dipujuk dengan ajak naik train. 



Mak Ngah jadi teman main…hahaha..jenuh nak masuk sebab train ni kecik ajo. Yang teman kakak semuanya badan jenis ‘cute miut’. But never mind, for you our dear girl, we will survive! ;-)



Sempat lagi tu bermesra-mesraan dengan cik zirafah yang super tall ini…




Then kami teruskan plak dengan menonton 4D short movies ini. Setiap tayangan mengambil masa purata di antara 25-30 minit. Ada 4 cerita untuk dipilih dan u all boleh tengok preview schedule untuk pastikan pukul berapa cerita-cerita ini.



Ada dia bagi spek 4D ni. So semua real, dapat rasa angin, dapat rasa hujan..salji segala. Si kakak tak nak tengok pakai spek 4D sebab dia takut menengok benda2 tu semua datang dekat kat dia. Alasan kakak, “Kakak xpe kalau tak pakai spek ni..ia tak marah kakak sebab kakak kan kecik lagi…” Hmmm…gitu kakak..baiklah!

Habis semua, marilah kita solat sebentar. Ok, dalam Legoland ni ada juga disediakan surau. 

Ni di hadapan surau 

Suraunya luas dan dianggarkan boleh menempatkan lebih dari 20 orang dalam satu-satu masa. Suraunya bersih Cuma pengudaraan dia agak lemah skit…. Kain telekung semua pun ada dalam ni. Cuma aku dah terbiasa bawak telekung sendiri…apa pun, yang penting boleh solat dengan selesa, Alhamdulillah….

Dalam surau ni jugak kami telah transform si kakak…bagi tukar baju semua. Dah basah lencun dah aku tengok.

Habis selesai segala, perut pun dah nyanyi lagu heavy metal dah, mintak diisi. Seperti yang aku rasa ramai ketahui, harga makanan dan minuman di dalam Legoland ni boleh dikatakan mahal jugak. Air tin satu pun dalam RM 5. Makanan apatah lagi. Tapi aku dan Incik Daus memang dah siap2 bajet untuk benda-benda ni semua. Iyalah, bawak anak kecik dengan mak, normally kena prepare benda-benda ni. Kesian kalau nak paksa tahan lapar sampai habis tour kan…

Food area yang paling dekat dengan kawasan surau ni adalah Burger Junction.



Aku ambik set..dua set burger dan satu set ayam goreng. Setiap satu set harganya RM 25. Tapi pada aku berbaloilah dengan tempat macam ni sebabnya portion dia besar. Serius memang besar. Burger tu leh share dua orang. Kenyang dah. Yang kami siap order potato wedges tambah sebab takut tak cukup. Sudahnya ayam goreng tu pun tapau aje bakinya sebab semua dah full.




Setiap satu set ini selain main dish iaitu burger@ayam goreng akan didatangkan juga dengan fries, air dan buah-buahan. Buah tu dia dah potong siap2 dalam cup tinggi tu. Time ni kami dapat buah tembikai merah.



Bagi potato wedges ni plak, harganya RM 7..

Kami pilih untuk makan dekat bahagian tepi yang bersebelahan dengan tempat terjunam bot untuk ride Dino Island. Bolehlah tengok semua orang menjerit-jerit bila bot tu jatuh menjunam dalam air.




Si kakak bukan main bersungguh bila menyembang. Tapi kan, aksi ni, mulut muncung cam gini pot pet pot pet tu..akan jadi sebaliknya bila ada orang luar yang tengok atau perhatikan dia. Terus aje menyorok kat celah ketiaklah, menyorok kat belakang kitalah…bila tanya kenapa..”Kakak malulah Ibu..”.. depan orang kakak memang pendiam…susah sungguh nak dengar dia bercakap…tunggu bila dengan family..lepas dia, dia..dia lagi yang akan bercakap… ;-)

Eh..eh..tuan punya blog nak enterframe jugak..hhehehe

Tak dapat gi itu Mesir ka..Turki ka..dapat posing senyum sama unta pun sudah cukuplah…hahaha…




Keterujaan bermain diteruskan lagi. Kali ni bagi kakak rasa pengalaman bawak keta bomba di Rescue Academy. 



Kakak masa pergi rombongan ke Bomba time Taska dulu pun bukan main seronoknya. So bagi kakak merasa real experience bawa kereta bomba dan padamkan kebakaran (api dia olok-olok aje..no worries okay..). As usual, kakak partner dengan bapak. Ibu mana larat nak pusing besi bulat tu untuk menggerakkan lori bomba ni. Incik Daus pun aku nengok berpeluh-peluh..hahaha…

Kakak jugak yang senyum rileks…


Bila habis main je..tak menahan aku mendengar statement si kakak..

“Ibu, bapak tak tolong kakak bawak pun lori bomba ni..kakak yang bawak sorang2 ibu..kakak terror kan Ibu..”


Hahhahaa…seriously nak tergelak. Incik Daus hanya mampu tersenyum sumbing sambil mengelap titisan peluh yang mengalir…hahahha…sastera tak aku? Mana aku tak gelaknya..actually game ni..memang dia suruh anak2 yang pegang stering di depan tapi actually yang menggerakkan lori ni adalah orang yang control stering di belakang. Jadi kakak sangat confident kata dia yang bawak without knowing actually bapaknya yang bertungkus lumus bawak. Hahahhaa…

Abis bawak keta bomba, kita bawak plak aeroplane di  Lego City Airport.



Aku game yang terbang2 pusing ni kurenglah skit, sebab aku tak tahan pening. So Incik Daus lagi sekali kena jadi peneman. Sebabnya di sini kalau kanak-kanak bawah 120cm (tak salah aku..) kalau nak naik apa-apa ride perlulah ditemani dengan ibu bapa atau penjaga yang dewasa.



Masa lepas main game ni, jam dah menunjukkan 6.30pm. Memang tak sedar sangat waktu berlalu dan banyak lagi game tak sempat naik. Ikutkan Legoland ni ditutup jam 6.00p.m tapi mungkin cuti sekolah kot..dia extend sampai kul 7.00p.m. So kami teruskan lagi lawat Mini Land plak.





Di kawasan Mini Land ni banyak monument-monumen Lego yang menarik untuk kita lihat. Kemas dan bersih, sempat aku terfikir macam mana diaorang buat maintenance.

Kat kawasan ni memang sesuai untuk ambik gambar.





Si kakak kagum melihat susun atur bangunan Lego ni...


Cantik kan monumen yang dibina, memang nampak real...

End up kami keluar dari kawasan Legoland ni lebih kurang jam 7.00 malam. Time tu hujan dah rintik-rintik. Berlari...

Anyway, alhamdulillah..seronok sangat..hajat tercapai nak bawa kakak, mak dan semua ke sini. 

Mana plak next destination kami di Johor? Nanti ya, kita sambung Insya-Allah di next entry..jauh ni datang Johor..so jom jalan puas-puas okay... ;-) 



Tuesday, April 7, 2015

Cuti-Cuti Johor: Legoland Part 2 - Kami sudah sampai!!! Apa yang best ek?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ok meh kita sambung ye kengkawan sekalian…

Masuk Legoland ni, senang je sebab aku dah beli siap2 tiket online. So tak perlu susah payah lenguh2 kaki nak beratur panjang kat kaunter. Aku beli 2 minggu sebelum date kami ke sana. Alhamdulillah, time beli tu ada plak dapat diskaun, tengah promosi gitu. End up aku berjaya beli tiket dengan harga RM 500 sahaja untuk 3 tiket dewasa dengan nilai RM 110 setiap seorang , 1 kanak-kanak, dan untuk mak dikira harga warga emas pada harga RM 85. Jimat sudah di situ.. 



Kalau ikutkan harga published rate tak salah aku, dewasa dalam RM 125 dan kanak-kanak RM 105.
Sampai sana, tunjuk aje menda alah ni..dah boleh masuk. Ini actually the second time aku ke sini. Dulu pi single2 aje..hahahah..single sangat u alls!

Sebelum masuk Legoland ni, mehlah berjimba-jimba posing gedikkkksss dulu..eh..katakan itu acara wajib kanak-kanak Ribena macam aku ni…errrkkk…aku ke kakak yang over actually? Errrmmm..biarlah gambar saja yang berbicara, ewah!


Kami nak bunga tu...pllllllllzzzzzz.....


Mata bertentang mata nampakkkkkk...... 








Ok, kalau dah tau jawapan siapa yang over itu, silalah simpan jauh di sudut hati…hehehhe…dah abis posing baru perasan anak xda ke apa ni? Hahahha..kakak awal2 dah cari tempat berbumbung, panas katanya..haaa cannner tu, xmasuk lagi dah kata panas... ermmm...

Opah prihatin, takut cucu panas..bila si ibu takde plak teringat nak bawak topi..hahahhaa…so Opah senyap2 pi beli topi bila ibu kata, ala takpe mak..skit je, kakak boleh tahan punya….



 *mood ibu, nak latih anak jadi lasak..manakala mood Opah lebih sentimental,hehhehhemood si kakak plak..kakak nak main lego, lain-lain kakak tak tahu..hahhaha..adeyyyy*

Ni pe’el yang aku tak paham..belum round lagi pun keliling Legoland ni, masing-masing sibuk nak bagi cadangan penambahbaikan..baiklah!!! 





Eh, eh, mana Ibu dengan Opah? Of cozlah shopping kat kedai sebelah..hahaha..tu lagi epic, jalan pun belum, sibuk nak shopping souvenir dulu kan..eh..mana ada shopping, jamu mata aje dulu..ahaks!



Biarpun boyprenku ini sudah tua..tapi ongkosnya banyak okay....hahhaha..sebabkan patung lego lehlah pose manja cam gini, kalau hidup, mau tak sanggup..hahahha!



Incik Daussssss....ingat ngorat chef dapat makan free ke??? Ahaks!



Ok, ni game kami yang pertama. Main game kalau dalam stall2 yang cam gini, ala-ala kat fun fair tu. Kena bayar jugak.




Ni pun aku tak paham…alllooowww..main tembak air je pun..ekspresi muka bukan main serius sangat tu…ampunkanlah ye..as I said, kanak-kanak Ribena memang gitu gayanya…ahaks!



Kakak posing dengan hadiah kemenangan yang pertama, yeayyyyy!!!

Then kita masuk ke Star Wars ni, kasi chancelah kat bapak..kenapa ek aku kata gitu. Ermmmm..mehlah kita tengok gaya sape paling over…










Ni konon aksi sedia berperang....berperang ke...berehat abg oiiiii....aishhh...


Hmmmm..jarang2 tau nak dapatkan Incik Daus pose penuh girang gumbira cam gini..selalunya pose ala-ala nak nyanyi lagu ‘Negaraku’ aje..hehhehe…

Kat sini kalau sesiapa yang minat dengan Star Wars memang akan rasa terujalah. Untuk yang tak minat mungkin akan rasa macam, apakah semua ni? Hahhaha… kakak sepanjang tour dalam ni sibuklah yang amat nak tekan green button tu. Seronok, sebab bila tekan, figure tu akan bergerak. Tapi sangat cantik okay..meh belanja lagi few pictures…





Actually tempat dalam Legoland ni terbahagi kepada beberapa bahagian.Kalau kita masuk entrance legoland tu, kalau bawak anak dalam 4-7 tahun gitu, pusinglah ke kanan dulu. Kat situ ada banyak games yang sesuai dengan umur-umur gitu. Kalau ke kiri, banyak yang ekstrem skit. Aku masa tu tak tahu..so ke kirilah dulu. End up petang, tak sempat nak main banyak game kat sana. So yang aku tulis ini, ikut laluan kami, di mana lepas entrance kami ke kiri. Sila visualkan laluan tu ek..hehhehe

Ok, lepas je kuar star wars tu, aku telah ‘meracun’ Incik Daus dengan Angah untuk naik Dragon Roller-Coaster ni..hehehe…so biarkan mereka merasai gencatan adrenalin…ewah ayat, bukan main Bahasa tinggi lagi..hahahha!




Nampak tak tu..siap bagi peace lagi..bukan main yer....

Lepas tu teman si kakak main kat depan ni ha..main panjat memanjat..manakala ibu dengan bapak, cam biasa sibuk nak ambik gambar persis model, hahahha! Ini semua poyo! Ahaks!






Then kami singgah ke sini, ingatkan tempat apa, rupanya ada ride kat sini tapi ride dia agak bahaya untuk kakak yang masih kecik jadi kami decide tak naik. Kami telah mengambil keputusan untuk posing aje, hahaha…xabis-abis kan…





Kakak ye volunteer nak ambik gambar ni..bagusssss...pandai dah tolong ambik gambar...leh jadi assistant ibu dah ni..hehhehe...






Hahahhaa..sekian dulu dari kami yang memang suka bergambor ni ya..bak kata orang dolu-dolu, mana tumpahnye kuah kalau tak ke nasi..ewah...

Ok, kita stop dulu ek..Insya-Allah, kita sambung nanti okay...ni baru separuh kisah Legoland ni... hehehhe..

Till we meet again kengkawan sekalian...tatatititutu....