Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hoyeiiii!!! Hari Sabtu di rumah…sangat bersyukur!!! ;-)
Hari ni kan ,
terlebih rajin..nak buat Tom Yam ‘Pok Tek’ (betooiii ka aku eja tu..? )…tapi
untuk yang suka dengan makanan Thai ni mesti pernah dengar Tom Yam Pok Tek. Tom
Yam Pok Tek adalah tom yam gabungan makanan laut sahaja, dan dicampur dengan
santan sedikit. Dan ada jugak yang masukkan air kelapa sbg ganti santan.
Asalnya idea nak buat tom yam ini adalah kerana banyak stok
sayuran segar yang dibawa balik dari percutian kami di Cameron
Highlands cuti 1 May yang lalu.
Errrr..nantilah ya aku curik masa untuk update story di Cameron itu…Ok, cut it
short, meh ambik pisau..potong sayur2 ni….hehehehhe….
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan merah (yang aku beli ni ni 1.2 kg)
15 ekor udang (saiz besar)
500 gm sotong
500 gm lala
1 biji lobak merah (dipotong semi bulatan)
Kubis Bunga (aku pakai separuh)
500 gm cendawan
4 biji tomato (dipotong dua)
2 batang serai (dititik)
5 helai daun limau purut
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
1 biji bawang Holland
(saiz besar, dipotong bulat)
2 jug air
10 sudu besar pes tom yam
3 keping asam keping
1 cawan santan
Sedikit garam dan gula
Bahan Menumis:
2 biji bawang besar
10 biji tomato ceri
20 biji cili padi
1 genggam cili kering (cili ini ikut tahap kepedasan
masing-masingla ya…kami memang suka pedas so aku guna cili kering kecik yang keriting tuh...)
(Semua bahan tumisan ini dikisar sebelum ditumis)
Cara Membuat:
- Sediakan bahan menumis. Panaskan minyak dan sedia ditumis.
- Biarkan sehingga cili masak betul, sentiasa kacau.
- Masukkan air, biarkan mendidih.
- Masukkan pes tom yam dan asam keping. Masukkan juga hirisan halia dan lengkuas.
- Masukkan sotong dan udang. Biarkan seketika sebelum masukkan lala dan juga ikan.
- Masukkan semua sayur-sayuran, dimulai dengan lobak merah, kubis bunga dan cendawan.
- Biarkan mendidih. Kemudian baru masukkan bawang, daun limau purut dan serai. Jangan lupa masukkan garam dan gula.
- Masukkan tomato dan santan. Setelah mendidih, padamkan api.
- Bolehlah dihidang…..
tomyam ape2 pon mmg sedap,,,t sy nk msk la sndri sllu kdi mskkn.hihi.ok tq sharing2
ReplyDeleteBetul..tambah plak kalau makan waktu sejuk hujan-hujan..memang bestlah kan... terima kasih, sudi jengah ke sini... ;-)
ReplyDelete