Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label me and my Saffiya Arissa. Show all posts
Showing posts with label me and my Saffiya Arissa. Show all posts

Tuesday, December 6, 2016

Kisah October Girl Part Finale: Meriah, happy, alhamdulillah...My Little Pony Birthday Theme

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar u all semua….aku semenjak minggu sudah badan terasa macam nak demam. Masih cuba bertahan untuk tidak mengambil MC. Pekerja cemerlang memang macam ni..hahahah….

So,  hari ini aku nak sudahkah kisah birthday girl iaitu aku dan kakak…weehuuu…

Tahun ini aku baru perasan kami kurang bercuti sebaliknya masa lebih banyak digunakan untuk organise acara makan-makan bersama keluarga…factor usia barangkali…ewah! Insya-Allah kakak, tahun depan kita cuba untuk berholiday kembali ya…

Jujurnya, ini adalah kali pertama kami membuat keputusan untuk menganjurkan Majlis Sambutan Hari Lahir kakak di rumah. Setiap tahun dari usia kakak setahun, selalunya kami akan buat di tempat lain. Aku ada takrifan tersendiri tentang sambutan hari lahir kakak. Jadinya aku nak kakak tahu bawaha tak semua orang mempunyai hidup yang indah. Rezeki harus dikongsi dan jangan dilupa pada arwah adik yang telah tiada.

Bagi tahun ini, idea nak buat majlis ini pun actually sangat last minute. Antara nak atau tak..sebab rumah pun baru sudah renovate, memang ada rupa kapal Titanic nak karam jugaklah. Then after some discussions dengan family, kami teruskan juga dan rumah mak dijadikan lokasi. Kebetulan angah pun nak buat kenduri kesyukuran sempena kenaikan pangkat dia.


Tahun ini kami memilih untuk buat tema My Little Pony as requested by the birthday girl. Alhamdulillah, kakak dah makin berani mengendalikan kuda. Ya, kakak tengah belajar menunggang kuda. Pada aku, bagus juga belajar bawa kuda ini sebab dia melatih keseimbangan tubuh dan fokus. Nanti Insya-Allah, aku up kan entry tentang kelas kuda kakak.


In about one week, aku bertungkus lumus cuba usahakan juga tema My Little Pony. Masalahnya, masa ini belum banyak barangan Little Pony yang ada di Ipoh. So aku buatlah sendiri mana yang mampu dengan nilai kekreatifan yang ada..ewah…


Goodies beg kakak all done…. Sticker tu ibu custom made sendiri okay…takda tempah2, jimat…hahahha….


Semua wording pun buat sendiri…ampunkanlah saya ye…saya bukan graphic designer…hahahha…so mana yang mampu diusahakan sajalah ye….in fact like I said, ini her first birthday yang beria macam ni..sebelum2 ni, beria juga tapi dari sisi yang amat berbeza….


Ya, kita perlu gunakan semua tenaga kerja yang ada….ditemani mandor kecik…she exactly like me…pandai bab memantau ni…hahahha…so dua2 Daus kat belakang tu silalah bekerja dengan penuh kesopanan…. She watching u both! ;-)


Stok aiskrim Malaysia, ini pun aku gigih buat sendiri. Aku actually ada perangai sikit, aku lebih suka tetamu makan makanan yang dihasilkan dari air tangan tuan rumah…so mana yang selagi upaya buat sendiri, jomlah kita buat. Mana yang tak upaya tu, kita tempahlah juga. Memang jenuh juga aku menggentel plastic aiskrim ni, aku buat dalam 100 lebih jugakla…dalam masa sehari. Ada perisa milo, sumi jelly, asam ko dan oren.


Tadaaaa…wording banner siap ditampal….aku print guna art card glossy dekat kedai Taman Cempaka.


Ini antara sajian manisan untuk birthday kakak.


Rainbow Dash Cake. Istimewa untuk kakak dibuat oleh Bake O’Clock Homemade. Kalau nak terjah, silalah ke FB Sis Diyana. Aku sangat berpuas hati melihat hasil kek ini. Tak sangka sebesar itu Rainbow Dash kakak. Keknya sangat sedap, xmuak bila makan. Rainbow cake with cream cheese. Aku tak fancy sangat kalau kek terlampau manis tapi kek ini sangatlah balance dari segi rasanya. Dan lembut gebu.


Ini pula Chocolate Indulgence….ini kek surprise untuk IBU…eh..eh…ibu pun ada kek…hahahha..untung birthday dekat-dekat dengan anak…so semua orang tak boleh buat-buat lupa especially bapaknya…hehehhehe…errr, sorry, gambor terbalik…ampun…hehehe



Brownies superlicious dari Tok Ma….khas untuk majlis hari ini. Tok Ma kakak pun memang pakar bab2 buat kek.. untung kan… ;-)


Cheese Tart juga dari Bake O’Clock Homemade…


Conga Bar dari Tok Ma…


Kakak bersama Opah dan kawan2…Opah and the Hologram…eh..eh…  ;p


Untuk birthday kali ini, Mak Ngah dan Opah buat kejutan mengimport maskot Marrybrown ke rumah…. Kalau u all nak pun boleh juga, tapi kena ambik pakejlah…kena bayar juga ya walaupun adik I kerja kat dalam tu…hidup ini janganlah asyik suka nak benda free sebab ada orang dalam, mak I marah buat perangai cam tu… ;-)

Kemudian, marilah kita memberikan perhatian sepenuhnya kepada gambar-gambar berikutnya….




Ya, boleh agak tak siapa yang over excited? Adakah anaknya, atau ibunya atau bapaknya…hahhaha..xpe..xpe, simpan saja dalam hati jawapan anda itu…. I faham…hehehehe…Oh sebelum aku lupa, Incik Daus pakai gitu sebabnya kami mulakan majlis dengan menjemput tetamu dari Masjid untuk turut serta bagi Doa Kesyukuran dan juga Tahlil….so dia dah tak sempat nak tukar outfit..maka terpaksalah I redha dengan Berboyfriendkan pakcik kopiah sepanjang majlis..hahaha….

Selain daripada makanan manis-manisan…kami letakkan juga buffet line di luar. Aku memang lupa langsung nak ambik gambar buffet line…

Antara yang ada, kari daging, roti jala..doughnut, laksam, agar-agar, ayam goreng, nugget…dan banyak lagilah.


Selesai acara potong-potong kek, untuk anak-anak ada games yang dikendalikan oleh Team Marrybrown yang sangat sporting. Adik bongsu I jadi Sound System Man…hahahha…apa guna ada ahli keluarga multi-tasking kalau tak digunakan…sila..silalah guna..ya tak… ;p



Alhamdulillah, anak-anak semua happy sangat…


Dua kembar lelaki ini, bukan main pandai lagi menari…suka aku menengoknya…lentik betul bila dia gelek…hehehhe…


Bergambar bersama family. Thank you so much for making time for us to celebrate this happy moments….


Kakak dengan kawan-kawan sekampung…. Dulu, ada di antara ibu ayah anak-anak ini kawan sepermainan ibu…melasak bersama, pergi sekolah bersama. Ibu dulu taklah nakal sangat tapi setakat bergayut mcm tarzan kat gua tepi rumah Opah ni dah macam aktiviti rutin di petang hari. Hahahaha….


Ini pula all the teachers and assistant from Little Caliph Bandar Baru Putera, thank you so much for your presence on our precious day…we really appreciate it!

Terima kasih juga kepada rakan-rakan pejabat yang sudi meluangkan masa untuk hadir…I tak jemput semua…orang limited edition macam I ni haruslah jemput yang limited edition juga…hehehhe…. Cuma backdrop burfday makin hujung majlis dah makin togel…hahahha…




Suka kakak dengan hadiah-hadiah yang dapat. To all, thank you so much for the gifts and most of all for your time… Kakak say thank you…kakak happy sangat.,… ;-) 


Terima kasih banyak-banyak kerana sudi hadir ikhlas dari kami sekeluarga. Semoga anda semua mendoakan kesejahteraan hidup kami sekeluarga..dan kami juga mendoakan kebahagian hidup anda semua dunia akhirat…Amminnn Ya Rabb….

Thursday, August 25, 2016

Sambutan Pra-Kemerdekaan Tadika Kakak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alllooowww semua..apa khabar u all arini….kasi senyum sikit..hari ni dah khamis, esok last..then marilah berhujung minggu…heheheh…tapi aku dah start cuti pun esok…hehhehe…

Minggu ni memang minggu lemau. Semua dokumen aku baca pun Nampak bintang-bintang berkerlipan…

Semalam, kakak ada merdeka parade dekat tadika. So the kids kena pakai pakaian beragam. Peninglah aku memikir idea apa lepas dapat wassap dari teacher isnin tu. Penat sebab tak cukup tidur beberapa hari masih bersaki-baki. Time kita nak yang selalunya barang-barang tu kita xjumpa. So aku beli je apa yang ada dan dengan secebis konon-konon kreativiti yang aku ada..hahhaa….kreatiflah sangat kan… maka ini hasilnya….


Aku asalnya nak carikan kakak sari ke, cheong sam ke…tapi taka da plak saiz kanak-kanak. Dah sampai malam aku memusing. Nak cari riben saiz besar pun tak jumpa. Maka akhirnya terpaksalah aku jahit tiga riben tu. Sekali mak aku tanya, warna putih mana? Kan bendera Malaysia ada warna putih? Haahhhahah…boleh plak aku terlupa kaler putih….aduiii, xpelah…buat sajalah dengan apa yang ada. Itulah hasil kerja selama empat jam. Nampak sangat amatur kan.

Jadinya, inilah penampilan kakak untuk perarakan merdeka. 


Simple. Kebetulan kakak ada baju kurung yang warnanya adalah seakan warna bendera, jadi aku pakaikan je.

Tiba-tiba kat pejabat… kawan aku inform kata Little Caliph tempat kakak buat pertandingan plak, voting system. Kebetulan sebab ada jirannya tag dekat FB….


mujurlah, kalau tak…mahu sampai ke sudah pun aku tak tahu. Competition end 31 Ogos. 

Calon-calon semua hebat belaka. Saja suka-suka nak semarakkan lagi semangat kemerdekaan negara kita. ;-)

Meh tengok gambar parade yang teacher hantar..comel semuanya, macam nak babap aje geram...hahahha...



Dear all, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Meskipun kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang berlaku sampai sukar untuk dihadam...tapi harap dapatlah kita sama-sama mengekalkan keharmonian sesama kita. Tak usah bergaduh sana sini, lebih baik kita berbaik sesama kita dari bergaduh yang berkesudahan negara kita jatuh dan kita kembali dijajah.... 

Selamat Hari Merdeka in advance ya sahabat sekalian... ;-) 


Wednesday, August 24, 2016

Moment of LOVE #26 : Misi Nak Pakai Baju Seragam Superhero

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Tak taulah dari mana datangnya idea tu, tapi lately memang itulah yang sering disebut. Asyik paksa ibu jadi slim. Siap tegur ok kalau ibu makan banyak... sabor jelah... ni sambungan kisah larian tu..



Friday, March 18, 2016

Kisah Kakak: Konvokesyen Little Caliphs 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Aku belek-belek folder gambar, dan aku terjumpa folder ni. Ya Allah, hampir lupa weiii..konvo anak sendiri. Ish..ish…hahaha…

Ni flashback kira-kira tahun lepaslah ya..14 November 2015. Kakak konvo abis Year 5 punya class. Bukan main kan anak-anak zaman sekarang, ibu dulu nak konvo merasalah membanting keringat dan ayaq mata… huuhuhu..


Jadinya, pagi itu seawal jam 7.30 a.m kami dah bergerak menuju ke Heritage Hotel. Ya, konvo kakak buat di hotel.

Siap siagalah semuanya dengan warna tema green turquoise. Actually, warna tema itu untuk kakak sahaja sebab kelas kakak akan perform choral speaking. But knowing ibu yang memang suka colour co-ordination ni, maka semualah kena warna yang berpadu antara satu sama lain. Ewah!


Sampai sahaja, dewan dah hampir penuh. Parents dah diberikan tempat duduk masing-masing.


As usual, persembahan anak-anak. Aku memang bab-bab ni tak boleh. Suka sangat tengok anak-anak ni perform kadang sampai syahdu nak menangis..hahahha! Annoying tak perangai emosi seorang ibu ini? ;p


Ok, now turn kakak plak untuk perform. Choral speaking. 


Performance yang telah menjadikan aku seorang tenaga pengajar tambahan selama dua minggu. Tiap kali balik, mesti kakak nak hafal teks. Panjang okay teks dia...huhuhuhu...Mujur ibu memang gemar benda macam ni. Kalau bapak, lebihkan gelak dari mengajar…



Alhamdulillah, persembahan anak-anak 5 Water Lily sangat best. Semua berjalan lancar. Tengoklah dia punya konduktor, comel aje orangnya. Sweet sangatlah!

Lepas itu ada bacaan surah hafazan. Yang lelaki itu, classmate kakak.



Gambar atas ni adalah teacher kakak. Teacher Aisyah. Sincerely, tq so much teacher atas segala tunjuk ajar. Teacher dapat Anugerah Teacher Pilihan. Memang selayaknya sebab dia seorang yang sangat dedikasi. U can tell by the look of how she intreact and dealing with the kids. Rajin share dengan parents apa jadi. Macam kakak, mula-mula dulu teacher cakap dia risau juga sebab kakak selalu akan menyorokkan kepala bila dia tegur. Tapi kalau dengan kawan-kawan, suara dialah paling kuat. Good to know so that, aku boleh share karakter kakak, jadi from there, dia cuba untuk rapat dengan kakak. Sekarang, barulah kakak boleh ramah mesra and more free to be herself. Sayangnya, tahun ni, teacher Aisyah dah xajar kelas kakak. Dia ajar kelas tahfiz....harap2 teacher baru kakak sama semangat mendidik macam teacher Aisyah ni. 

Ini plak yang bawah ni adalah kawan baik kakak. Nieda....


Comel kan...macam nak gigit aje pipi dua orang ni..aishhhh...geram sungguh! 

Dan tanpa aku menjangka sebenarnya kakak ada dapat sesuatu untuk hari konvokesyennya kali ini. Aku dapat wassap teacher beberapa hari sebelum konvo, minta gambar kakak. Aku pun tak syak apa, terus je bagi. Bila aku sampai, aku meneliti buku program dan mata aku terpandang nama kakak pada satu anugerah. Aku memang terus je sebak dan menitiskan airmata. Yes, aku memang emo! Hehehe…

Ini kakak…my everything.. the love that make me stronger everyday…


Alhamdulillah, kakak dapat Anugerah Akhlak Terbaik Little Caliphs bagi tahun 2015.


Sesuatu yang aku sangat tak jangka. Kalau aku pun menangis, agak-agak Opah kakak? Hmmm…lebih lagi syahdunya. Kenapa aku sangat beremosi bila soal kakak. Sebabnya dugaan mengandung dan bersalinkan kakak bukan satu dugaan yang kecil. Aku sampai sekarang kalau ditanya mana datang kekuatan waktu hadapi saat itu, pun aku tak ada jawapan spesifik.

Doktor dulu pernah cakap, aku kena bersedia untuk terima anak aku akan membesar dan berkemungkinan menghadapi masalah seperti ADHD, kurang IQ, Dyslexia dan sebagainya. Jadi aku kena pantau kakak closely sampailah kakak berusia 7-8 tahun.


Namun melihat kakak membesar sekarang, alhamdulillah. Syukur Ya Allah…
Anugerah Akhlak Terbaik, terima kasih kakak, buatkan ibu bangga sangat dengan kakak. Alhamdulillah, kakak dengar pesanan ibu. Terima kasih kakak, sebab buat ibu sempurna setiap hari. Allah berikan ibu kakak untuk ibu menjadi manusia lebih baik setiap hari…Alhamdulillah… Tq ALLAH…

And we end the session by group performance...