Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label kecamuk. Show all posts
Showing posts with label kecamuk. Show all posts

Monday, September 29, 2014

SOGO! SOGO! Jom...jom shopping kat SOGO...aku suka je, kenapa ko x suke ek?? ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hy anda-anda semua..apa khabar..semoga sihat hendaknye..aku cuti sabtu dan ahad baru ni, terasa sekejap sangat. Ermm..pernah ke cuti terasa lama pun kan? Hehehe..last week memang sangat-sangat mencabar minda. Terlalu banyak yang berlaku di awal minggu sehinggalah kemuncaknya pada Khamis lepas. Terasa emosi sangat-sangat tidak stabil dan memang aku terasa nak makan orang pun ada..tapi mujurlah hati ni boleh bertahan untuk rasional…

Sebelum aku berbicara lanjut…29.09.14..hari ni genap 11 tahun arwah Abah meninggal dunia..Al-Fatihah….semoga roh Abah tenang di sana dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman…Ammmiiinnn….

Dan marilah berbalik kepada apa yang aku nak tulis tu..actually, aku bukanlah orangnya yang suka melepaskan geram di media sosial atau sebagainya. Memaki orang pun, bukan aku jugak sebenarnya. Cuma kali ni aku rasa aku kena tulis jugak untuk meluahkan apa yang aku rasa. Dan kalau ‘yang berkenaan’ tu pun tetiba seronok nak menjadi Stalker membaca tulisan aku ni pun, lantaklah..bak kata Azwan Ali..”Why bother…why bother…” hahahaha…

Lately ni persekitaran kerja aku ni memang sangat tak best, keja aku memang best..tapi environment dia. Betullah kan, kejayaan sesebuah organisasi tu bergantung kepada nakhoda dia..kalau gagal mengemudi, memang abislah hanyut kelasi yang ada di bawah naungan dia. Dan lagi satu bila orang yang ada Phd.  Ni kan…ermmm kalau Phd.  tu as in doctorate aku ok lagi lah kan..tapi kalau stand for Perasaan Hasad Dengki..hmmmlahaaiiii..memang lah kan..rasa menyirap sangat… kalau isu kerja yang dijadikan benchmark, aku ok lagi, tapi kalau benda-benda remeh as in..tempat orang tu shoppinglah, jenama baju, beg, kasut orang tu lah..semua pun korang nak kecoh..memang lah nak ketawa berdekah-dekah aku rasa. Sorry to say, kadang-kadang orang yang dikedudukan tinggi ni, xsempat pun nak memikir mana nak shopping. Kalau sibuk, kadang-kadang aku ni memang shopping pun tak sempat. Bukan tipu, tapi realiti. Selalunya yang terjadi, kalau gi mana-mana, nampak baju yang berkenan…terus je rembat, rasa-rasa muat..terus je gi kaunter dan bayar. Aku bukan ‘branded person at all time’ but I do sincerely shop for some branded items..let say, kasut, beg dan jam. Benda-benda yang pada aku memang kita nak pakai lama kan. Tapi selalulah berbelanja ikut kemampuan, janganlah sampai berhutang-piutang atau sampai sanggup nak pinjam duit mak segala kan..kalau takde, duduk jelah diam-diam ko kat situ kan. 

Macam baru ni..adalah mek sorang kat office ni, sebar citer agaknya as in aku ni gila sangatlah suka benor shopping kat Sogo tu..tapi pada akulah..kalau iya pun, so what? Aku pinjam duit ko ke dik oiii? Btw, barang-barang kat Sogo tu pun bukannya jenis harga macam Kedai 2 hengget tu..kalau sale, iyalah..murah lah jugak, but still..kalau takde duit, tak ada jugaklah kan istilah ‘SHOPPING’. Be realistic, ko ingat orang yang tak mampu ke shopping kat Sogo tu…tak da maknanya! Nampak sangat kan yang bercakap ni, orang yang ‘culture shock’..tak pernah pun tahu kehidupan kat KL ni macam mana..baru je dapat ulang-alik KL lebih dari lima kali setahun…dah macam ko ‘HAFAL’ sangatlah kehidupan kat KL tu..kesian sangatlah kan.. Sogo tu aku dh start shopping situ dari zaman belajar lagi, dari zaman memang Empire Gallery dengan Pavillion pun tak naik lagi kat KL tu dik..dulu Sogo tu memang ‘A’ dah..sebelum Jusco ke AEON wujud lagi..tu..yang ada dulu tu..Hankyu Jaya semua tu..kalau dulu orang sebut memang femes pun tempat-tempat tu..Sungai Wang, Bukit Bintang…few years ni la, baru ada new shopping mall in the list as in Pavillion dengan Empire Gallery..so tak payahlah nak ejek aku sangat kan..ejek plak tapi belakang-belakang..ko dah tunggu orang tu menapak jauh skit, baru nak ejek-ejek. Memang aku suke beli set cadar dengan pinggan mangkuk time warehouse sale dekat Sogo..so ko kenapa sakit hati? At least, aku ada rumah sendiri, katil sendiri dan set pinggan mangkuk sendiri..bukan menumpang orang lain punya kesenangan. By the way girl, your attitude was so not like a corporate people..itu maknanya dik, kalau baju ko sehelai 2,3 ribu pun..tapi kalau ‘OTAK’ ko tu harga tak sama dengan harga baju..so please..please not judging others by their outfit or the places that they went to shop. Orang tak jaja citer dia beli baju jenama apa, shooping abis berapa ribu..sebab orang tak nak riak..ko paham tak?

Serius aku tak paham dengan orang yang merasakan cerita-cerita dalam telenovela tu semuanya betul 100%. Orang yang kerja corporate sector dan pangkat bos2 ni, kenalah 24jam pakai kot..kasut 2,3 inci all the time. Wake up lah wahai cik adik oiii..the reality is the bosses hanya akan pakai longue suit lengkap tu bila ada formal function or attending formal meeting. Kalau tak, takdelah si Tony Fernandes tu rileks je sarung topi almost all the time compare to a necktie or a coat. Pandai-pandailah orang nak sesuaikan keadaan.

Lepas tu last week, rasa hangin je jugak..sebab tak pasal-pasal nama baik aku dicemari. Dan kepada yang berkenaan jugak, yang kononnya..ooo..kita kena dengar cakap dua belah pihak..jangan mudah percaya..tapi hakikatnya..memang itu pun lah yang korang buat. Aku taklah keji untuk mengambil tindakan yang boleh merosakkan masa depan orang lain atau menganiaya orang..tapi aku rasa aku pun xperlu explain my decision if you all pun judge me without asking kan…again.. Why Bother…hahahahha! Korang ni.. cemburu sangat dengan aku ek..aku ni hebat sangat ke yang sampai korang kena bermesyuarat panjang lebar untuk kenakan aku ek? Kesian sangatlah wei..coz aku berpegang pada pesanan Prof. Dr. Muhaya..dulu pernah interview dia, sebelum dia femes mcm skrang lagi..pesan Prof. Dr. Muhaya..in whatever situation, always remember..

ALLAH, CEO Hatiku… ;-)

Anyway, kawan-kawan..sorry for this entry..terasa macam mahu luahkan perasaan… fuhhh..lega…
Now..jom nikmati…A&W Float ni…gerenti sejuk sampai ke usus perut…hehehheeh….



Monday, August 18, 2014

Batuk, Selsema dan Lemau... = Biaselah Monday.. ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Sihat ke? Ahkak hari ni tak berapa nak sihat. Selsema dengan batuk..suara pun dah ala-la Ratu Rock Ella...hujan kejap on kejap off di Ipoh ni hari ni..dan hari ni..masuk office pun on and off jugak sebab ada event...


2nd WCIT 2014 - World Conference On Islamic Thought & Civilization (The Rise and Fall Of Civilization : Contemporary States of Muslim Affairs

p/s: gambar saja bagi yg blur..hahhaha...gambar official tak transfer lagi..sebab xsempat okay....

Jadinya..bertabahlah kerana akan busy sampai hari Rabu, esok pla ada audit..rabu, aku half day sebab nak settlekan hal kereta..nanti aku storyla, Insya-Allah, mengenai kereta tu supaya boleh dijadikan iktibar kpd u all jugak ye.. okay kengkawan..nak buat stok story weekend baru ni..malas ya ampun..sebab tak sihat kot..jadi lemau semacam..kita jumpa Insya-Allah selepas kehidupan kembali normal...

Tatatititutu...

Thursday, August 7, 2014

Erny Mengomel: Saya tahu saya lebih baik... ;-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Aku semakin bersetuju dengan frasa..

“Rambut sama hitam, hati lain-lain…”

Semakin hari semakin pelik dengan manusia..

Yang selalu konon mahir ilmu agama, itulah juga manusianya yang selalu pentingkan diri..
Takpe pun nak jatuhkan orang, pada dia, dia tak salah..dia Cuma nak naikkan diri dia je..bukan jatuhkan orang..

Tapi bukankah Islam menyuruh kita untuk sentiasa bersatu padu, kaya dengan empati dan selalulah menolong sesame kita…

Tapi aku bukanlah ilmuan atau diiktiraf sebagai ‘baik sangat’, sekadar keliru..
Kadang-kadang semakin aku percaya..

Ya betul, wang bukanlah segala-galanya untuk kebahagiaan..tapi wang adalah kunci kebahagiaan kebanyakan orang..

Wang juga boleh mengubah sifat manusia..

Jadi dengki, jadi lupa diri dan jadi tak istiqamah..

Nak buat kerja setimpal dengan apa yang dapat?
Eh, cammana nak kira tu?
Takut plak bila mengenangkan kiraan Allah..setimpal ke tidak Allah bagi kita hidup dengan ilmu dan amal yang kita amalkan ke jalan yang diredhai Allah? Itu lagi ngeri..ternyata sebagai manusia, banyak yang kita buat salah dan harus perbetulkan..betul tak?

Hari ini..ada sesuatu yang jadi..to be honest, I didn’t see it coming at all..aku bangun, sahur macam biasa..Alhamdulillah, kakak dari semalam baik perangainya..so hujan lebat membasahi bumi Perak dari jam 3.00 pagi tadi…jadi hati pun sejuk…datang kerja pun aman damai. Dalam fikiran dah set, apa kerja nak dibuat di pejabat. I am really in a good mood..Alhamdulillah..

Bila sampai..Allah sediakan dugaan rupanya di pejabat..Alhamdulillah…nikmat Allah itu luas..aku anggap segala apa yang terjadi ini akan memberikan aku lebih banyak masa dan ruang untuk memperbaiki kehidupan aku dan menjadi lebih baik dari sebelum ni…Insya-Allah..


Kepada yang berkenaan, ikhlas dari aku..GOOD LUCK! ;-) 


Wednesday, August 6, 2014

Penyakit MALAS...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni puasa..start puasa Sunat Syawal…

Hari ni lepas sahur tak tidur balik..tapi golek2 jugak atas tilam, tengok kakak tidur..lena sungguh..ohhh jelesnya..



Alangkah syoknya dapat jadi setulus kakak yang masih kecik..yang rutin hari-harinya, MAKAN, MINUM, TIDUR, MAIN dan EXPLORING… hmmmm…syok kan? Tak payah fikir macam-macam hal dunia…ewah, rupa PM plak bunyinya…

Hari ni pergi kerja..MALAS sangat rasa… (walau tahu kerja menimbun nak dikejar..tapi hati lebih suka nak buat tak tahu jer ni…)

Malas..aku rasa macam diserang penyakit M.A.L.A.S..huh! Apakah, kenapakah… tetibe rasa nak google tempat percutian lagi best dari ngadap kerja..hahahha! Kronik, memang kronik…

M – Malasnya aku hari ni..
A-   Aku sangatlah lemau..macam biskut yang masuk angin…adeyyy…
L-    Lemah gemalai je aku rasa mood hari ni..
A-   Arghhhhhhh!!! Sangat MALAS okay…
S-    Sekian..itu je nak bagi tau…muahahah!


Ikhlas dari aku yang bosan, 


Gambar ni gambar lama, ambik time tak bosan..hahahha!

Stroy raya, Insya-Allah, akan ku cuba update sepantas kilat... *Janji Dicapati namenye ni..huhhuhuh..hammppuunnnn kengkawan...*

Friday, July 18, 2014

MH 17..Al-Fatihah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…



Allahuakbar..Maha Suci Allah..besar sungguh dugaan-MU buat kami umat-MU kebelakangan ini. Rentetan dari peristiwa MH370, peperangan kejam di Gaza, dugaan sakit buat sesetengah saudara sesama Islam dan kini yang terbaru, pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, wilayah yang kini bergolak sejak beberapa bulan lalu akibat campur tangan Rusia dalam konflik politik di negara tersebut. Tragedi ini dikhabarkan telah mengorbankan kira-kira 298 orang (penumpang dan juga anak kapal). 

Allahuakbar, Maha Suci Allah…pelbagai ‘tanda-tanda’ kecil dihantar kepada kami sebagai peringatan untuk kembali setia dan taat pada-MU Ya Allah… Kala aku merasakan terlalu banyak hal-hal yang berlaku disekeliling aku, membuatkan aku menjadi kadang-kadang takut sendiri, tentang bila pula kematian bakal menjemput kita. Pada saat dan ketika itu, terasa diri serba kerdil. Terasa segala ilmu dan amal masih belum padat dan kukuh untuk dibawa sebagai bekalan. Justeru, hati kecil terfikir juga, mungkin ‘dugaan-dugaan’ yang Allah berikan buat kita umat-NYA ini adalah untuk kita kembali betulkan cara dan jalan hidup kita.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui….
Allahuakbar..

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. 


Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Wednesday, July 9, 2014

Menghayati perjuangan dan dugaan hidup...Ahmad Ammar, Linda Rafar, Baby Izz...kerdil kan diri kita..Allahuakbar...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama sekali aku bukanlah ustazah, jauh sekali baik bebenor..aku hanya manusia biasa, yang serba lemah dan yang masih banyak perlu dipelajari…banyak yang perlu untuk diperbaiki…

Bulan Ramadhan ni, banyak keberkatan, banyak pahala mudah diperolehi dan banyak ujian serta  dugaan. Cuma dalam bentuk apa ujian dan dugaan itu hadir, itu yang kita tak pasti. So tulisan hari ni, sekadar perkongsian aku tau..sebab last week, aku akui aku memang down sangat. Tak tau nak cakap macam mana rasa down tu. Banyak betul ‘drama’ berlaku kat sekeliling aku yang aku tak pun menjadi part of it. Geram semua bercampur-baur! Rasa nak maki orang, rasa nak telan orang hidup-hidup, semua pun adalah! Kenapalah banyak betul manusia-manusia yang menguji kesabaran ni. Aku tak dengki pun kat u all, Cuma boleh tak give me my own space..korang janganlah calitkan aku sama..macam tu la..sampai ke tahap memang aku moral downlah! Tak pernah aku rasa seletih dan selemah itu.

Tiap kali balik rumah, aku cuba kaji diri…cuba cari kekuatan untuk menempuh macam-macam ‘drama’ depan mata..cuba untuk buang jauh-jauh perasaan sedih..cuba untuk cari kembali ketenangan…cuba fokus dan tetapkan matlamat bahawasanya aku hanya ingin bekerja dan mencari rezeki. Lain-lain aku malas nak fikir. Rasa down tu membawa kepada perasaan cepat marah dan mudah kecewa. Buat apa pun aku rasa macam serba tak kena. Rasa nak balik rumah, kurung diri dalam bilik sorang-sorang dan tidur..haaa..sampai macam tu la malasnya aku time tu…mungkin sebab dah terlalu banyak benda yang tak best jadi depan mata, tu yang jadi lemah semacam tu….marah dengan orang yang perasan bagus, terasa diri hebat..tapi hakikatnya sebaliknya.. (mujur bulan Ramadhan, xleh la express marah sangat..heheheh…)

Then, bila terkebil-kebil sorang kat rumah dengan si kakak…aku pun fikir apa aku nak buat ni. Then aku start baca buku. Kebetulan aku dah lama sangat tak betul-betul membaca. Dan memandangkan sepanjang Ramadhan, memang Incik Daus pun outstation dari Day 2, so mehla anak, kita cari hobi kita bersama. Kita membaca. Aku bacakan kakak buku ni…sebelum tidur..kakak yang pilih nak dibacakan buku ni…



Bila kakak dah tidur…aku baca buku ini..

GAMBOR AKU PINJAM DARI LAMAN WEB SINAR HARIAN..SEBAB BUKU SENDIRI TAK AMBIK GAMBOR LAGI.. ;-) 


Aku dengar nama arwah menjadi kisah dari bibir ke bibir dah lama, Cuma sehingga sekarang aku masih belum berpeluang untuk mendalami kisahnya sendiri. Alang-alang aku memang perlukan motivasi, dan memang perlukan sesuatu yang keluar dari kepompong rutin harian aku, so marilah kita mulakan pembacaan… Alhamdulillah, sekarang aku dah habiskan sehingga chapter 3. Masih usaha membaca walau sekadar 10 minit sebelum tidur. I really need this…

Kemudian, sepanjang minggu lepas, banyak betul ujian dan dugaan yang menjengah ruang pembacaan aku…






Akhirnya, aku tarik nafas dalam-dalam dan aku muhasabah diri..

Ya Allah, lagi besar dugaan-MU buat mereka-mereka ini di bulan Ramadhan…KAU kuatkanlah mereka Ya Allah…







*Teringat dugaan dan ujian buat aku dan Incik Daus pada Ramadhan 2010/1431..waktu kami terima khabar yang kami kehilangan permata hati kami..buat anak ibu…Durratul Khaleeda...
Al-Fatihah…* 


Wednesday, June 4, 2014

Berkelana hampir 4hari di Kuala Lumpur...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hy semua...waahhhhh....tak sabarnya nak balik. Tak sabar nak tunggu Jumaat, nak peluk kakak kuat-kuat...rindu wei..lama dah tak out station sebegini lama...

As I said, kalau sempat buat stok..ermmm..nampak gayanya memang taklah sempat nak buat stok. Ni curi-curi update..sementara menunggu satu emel penting. Mata dah ngantuk, badan toksah katalah..memang letih yang amat...kaki pun lenguh..mcm kalau dapat urut ni sedap jugak kan...aduiii...

Aku buat apa kat KL ni..kejalah..keja apa...?? Ada event, yang company aku partnership dgn sebuah U tersohor di Malaysia ni...pehhh, ayat tak menahan kan..tersohor katanya...hahahah!

Mehler..aku kasik nengok gambarnye ye..




Gitulah lima hari ini...badan di sini tapi hati sudah kembali di Ipoh..rindu mau tido peluk-peluk dengan kakak...tiap kali call, tiap kali tu la kakak dok merungut.. "Ibu, kakak tunggu Ibu..tapi kenapa Ibu xambik-ambik kakak lagi ni...ibu balik lambat sangat ni..."

Sabar ya anak..nanti Ibu balik ok... miss her badly ... ;-(  sikit je lagi ya, ibu nak abiskan keja...

Monday, May 26, 2014

Berfikir di luar kotak atau masukkan aje diri dalam kotak tu... ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

“Think Outside the Box”, what would it be when someone discussing about this idea? Fikir luar kotak? Kotak apa, kotak tisu atau kotak coklat penyimpanan barang tu? Hehehhe…aku taklah nak sembang serius sangat..saja suka-suka nak share yang aku ada t-shirt ‘Think Outside the box’ ni…ahaks! ;-) Boleh ek entry cam gini?

Well, marilah aku share my thoughts sikit ya..sikit saja, sebab aku taklah bagus sangat..sekadar ulasan aku tentang ‘think outside the box’ ini…



Phrase berkenaan pada aku sangat bagus sebenarnya jika disemat ke dalam otak kita semua. Kesimpulan pendek bagi ‘think outside the box’ ini amat mudah, iaitu INOVASI. Kalau anda dapati diri anda adalah insan atau manusia yang selalu come out with new idea or at least innovate other ideas to becoming more simple..or you would initiate something new and must say, brilliant ideas…itu barulah pada aku dapat diklasifikasikan anda sebagai orang yang sentiasa menggunakan otak dengan lebih pintar. Tapi kalau sekadar ‘duplicating other ideas’ atau sekadar ‘rename’ the ideas instead of rebranding…apa kata anda elakkanlah diri dari mengatakan orang lain sebagai orang yang ‘not think outside the box’…ishhh..apahal aku asyik nak tersalah eja ‘box’ kepada ‘boss’ ni..hahahah! Takkanlah ‘boss’ dengan ‘box’ dah sama plak dah…adeiiii..mau aku kena transfer ni kalau aku samakan ‘boss’ dengan ‘box’..kih..kih..nak-nak plak kalau ada rakan sekerja yang sudi jadik ‘batu api’ kannnn….hihihihi…upppssss…terbabas sudahhh..nak cerita lain, jadik cerita lain plak dah aku ni…

Ok…aku nak pendekkan cerita, marilah kita berkongsi ilmu…apa yang perlu ada pada kita agar kita berupaya melatih diri kita supaya sentiasa menjadi manusia yang ‘Think Outside the Box’…ini pada pendapat akulah ya kawan-kawan sekalian..

  1. Anda perlu berani mengambil cabaran dan berani juga untuk mencabar serta mengubah diri. Paling-paling utama dalam hal berani mengambil cabaran ni pada aku, jauhkanlah diri anda dari terus mengatakan ‘Tidak’, ‘Tak Mahu’ atau ‘Tak Boleh’. Sebaliknya pada aku, tak salahkan kalau kita usahakan dulu. Cuba motivasi diri dengan ‘Saya cuba dulu..’. Sebabnya, sesuatu hal yang susah, atau yang kita tak pernah buat, bila tugasan itu diamanahkan kepada kita, akan membuatkan kita perlu berfikir di luar kotak. Kita sudah atasi masalah pertama iaitu, kita sudah tak takut untuk keluar dari ‘kotak’ yang membelenggu diri..kita ambil cabaran tersebut dan kita keluar dari ‘comfort zone’ kita. “If you never venture outside the box, you will probably not be creative. But if you never get inside the box, you will certainly be stupid.” Itulah pada aku keseimbangan yang perlu ada.
  2. Lagi satu, pada aku, individu yang mahir berfikir di luar kotak ini adalah individu yang sering diperlukan bila ada masalah yang meruncing. Mereka ini juga dikenali sebagai ‘problem solver’. Bukannya yang bila ada masalah, duduk aje menunggu orang selesaikan masalah kat dia. Dan bila orang tolong selesaikan plak, siap kondemkan lagi orang tu. Ish..ish...tak baik tau!
  3. Berfikir di luar kotak juga memerlukan daya fikir yang kreatif. Banyak mulakan pencarian idea dengan menjawab ‘Why?’, then tahu what is the purpose of doing things. Untuk mengasah pemikiran yang kreatif, pada aku selain membaca, pengalaman itu amat penting. Meskipun ada yang beranggapan ‘seniority’ itu tak penting, tapi dalam mengasah daya fikir yang kritis dan berdaya saing, pengalaman sangat penting. Dari mengharungi pelbagai pengalaman dalam hidup dan kerjaya, barulah seseorang itu bijak menangani situasi dan sering dapat memikirkan idea baru yang bernas dan member manfaat. Kreatif dan cantik, pada aku adalah dua criteria yang sangat berbeza. Kreatif adalah usaha untuk berfikir menghasilkan sesuatu yang bersifat ‘segar’ dan lain dari yang lain. Manakala cantik pula sangat subjektif bergantung pada judgement mata masing-masing. Itulah masalahnya bila mana orang selalu salah mentafsir antara cantik dan kreatif. Kalau selagi seseorang itu boleh deliver tugas yang diberi dalam masa yang sangat terhad atau dalam tempoh deadline yang diberi...itu dah dikira kreatif. Sebab dia berfikir untuk menyelesaikan tugasannya (daripada sibuk dok cakap dan kritik orang aje, tapi ngkau pun tak leh nak buat apa yang orang tu buat kan....dan oh ya, kalau setakat tau out source aje, itu pun bukan practise think out of box yang positif ya...). Dan bila hasil kerja yang siap tu boleh membuatkan orang berkata ‘Wow!’, maka itu menunjukkan hasil kerja orang itu sangat baik dan inovatif.

Bagaimanapun, sukacitanya aku ingin menitipkan pesan…jangan sesekali gunakan konsep ‘To think outside the box’ ini untuk mengenakan orang lain, menjatuhkan orang lain, memberi rasuah, menerima rasuah atau untuk menyalahgunakan kuasa dan mengembungkan poket sendiri…No..no..no! Tak baik tau..berdosa, Allah marah nanti, macam mana? Takut tak? ;p

Ok, itu sahaja corat-coret pendapat yang aku nak share hari ini. Yang buruk itu, atau yang salah pendapat itu datangnya dari aku yang lemah, dan segala yang baik itu sesungguhnya dari Allah jua…


Tatatititutu kengkawan..jumpa lagi nanti..Insya-Allah…

Tuesday, November 5, 2013

Selamat datang Awal Tahun..Maal Hijrah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni permulaan hari yang baru bagi tahun Islam...semoga menjadi permulaan tahun yang serba indah buat kami sekeluarga..Insya-Allah...

Maafkan aku ya blog, lama sangat rasenye meninggalkan blog ni tanpa cerita..maaf juga kepada kawan-kawan yang singgah, asyik terbaca cerita yang sama je tak berganjak-ganjak..hehehe...

Seriously, terlalu banyak yg berlaku sepanjang aku mengabaikan kejap blog aku ni. Aku penat sangat2, di Pangkor saja dah berapa hari. Kalau pergi bercuti, syoklah skitkan..ini pi kerja...heheheh..tapi banyak yang aku belajar sepanjang berada di sana. Dan banyak jugak hal yang menyakitkan hati. Tapi tak mengapa, ujian je semua tu..cewahh!!!

Ok, hari ini plan pagi-pagi ke pasar sebab aku teringin sangat nak masak asam pedas..dah dekat 3minggu kot asyik keja sabtu ahad. Then kami singgah breakfast. Kat sebelah meja kami ada pasangan suami isteri warga emas, memang dalam lingkungan umur 60-70 la jugak...suke aku tengok, masih pakai baju warna sedondon dan bile jalan, si suami masih memimpin tangan si isteri, masih membukakan pintu kereta untuk isterinya...Alhamdulillah, sejuk mata aku melihat..sambil mendoakan supaya hubungan kami juga melalui saat-saat begitu.. Insya-Allah...

Dan lepas pandangan mata aku pada pasangan itu, aku ternampak plak seorang nenek berpimpin tangan dengan cucu perempuannya sambil sebelah tangan lagi menjinjing bakul. Pulang dari pasar juga rasanya. Sambil lalu di depan kedai makan yang kami makan ni, sambil mata cucunya memandang sayu ke arah orang ramai yang sedang sibuk menjamu selera. Adulahai, sayu, hiba terasa hati. Meski apa pun tanggungan anak itu, Ya Allah, permudahkanlah rezeki bagi mereka...aminnnn...

REZEKI, ya, bukan mudah untuk mencari rezeki. Apa pandangan anda semua tentang pencarian rezeki ini? Aku ingat lagi pesanan seorang ustaz sewaktu aku hadir ke satu kursus, mencari rezeki ini samalah nilainya dengan mencari keredhaan Allah. Aku kadang-kadang menjadi sangat takut. Iyalah, bukan berapa nilai baki gaji yang menjadi ukuran, sebaliknya kita lupa kepada keberkatan dari rezeki yang kita perolehi. Entah cukup setimpal atau tidak usaha aku bekerja di mata Allah? Apa setiap sen dari sumber pendapatan yang diperolehi ini berkat di sisi Allah...itulah yang sewajarnya kita jadikan paksi dalam pencarian rezeki.

Maaf jika perkongsian ini lebih bersifat dari hati, mungkin kerana apa yang berlaku di persekitaran kerja aku lately buat aku tiba-tiba terfikir. Ya, kita adalah manusia, yang tak pernah sempurna. Justeru, dari terus memandang salah orang lain, semoga kekhilafan itu menjadi iktibar buat diri kita sendiri...Insya-Allah...

So ok, tak mau diusung mood melankolik...meh kite tutup entry dengan gambar kakak riang gembira main sementara menunggu ibu shopping ikan dan sayur...



Siap nak main sambil galas beg angry bird pink dia...hmmm..baiklah anak... ;p

Friday, September 13, 2013

Politik Pejabat, Rasuah dan Si Tupai itu....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Allooowww semua...hari Jumaat yang dingin..alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk berada di atas bumi-NYA...

Kengkawan sekalian, sorrylah ya kalau entry kali ni agak panjang celotehnya yang barangkali susah nak difahami, lebih kepada luahan rasa.

Office Politic and rasuah? Sure sume org pernah dengar dan sedia maklum atau mungkin jugak ada yang pernah melaluinya...mengalaminya..

Duit dan pangkat...dua perkara utama yang menjadi matlamat kebanyakan orang zaman sekarang. Maaf, kalau andaian aku ni tak betul..dan bukan plak arguement aku ni nanti nak menunjuk-nunjuk betapa baiknya aku. Tak sama sekali, okay!! Aku hanya luahkan rasa.

Minggu ni dan mungkin jugak minggu yang seterusnya, akan menjadi minggu-minggu yang berat untuk aku lalui. Katakanlah anda perlu melihat orang jahat bermaharajalela di depan mata, tetapi anda langsung tak boleh nak buat apa. Rasa terkilan, kan? Tapi apabila aku tersedar, segera istighfar, tak mungkin ada manusia yang kuasanya melebihi kuasa ALLAH..kalau tak, tak mungkin ada pepatah sepandai-pandai tupai melompat...ya, tupai..

Si tupai ini mempunyai sekumpulan haiwanan lain yang menjadi pengikut tegar. Aku kadang tak mengerti apa hala perjuangan itu. Aku akui dalam zaman serba mencabar ini, duit boleh menjadi segala-galanya. Semua orang pun nak bergaya, nak menunjuk segala. Apatah lagi dengan kecanggihan dunia maya, segalanya mampu diupdate sebagai bahan tatapan. Bila ada yang mahu menjadi lebih, sedangkan diri sendiri kerdil yang amat hakikatnya, maka bertuankan duit...

Jauh di sudut hati, aku amat mengharapkan si tupai ini terjatuh dengan sendirinya...lambat atau cepat, aku tawakal. Ya, tupai ini mungkin ada ramai kuasa besar di sekelilingnya, cakapnya saja mampu meyakinkan sesiapa saja...tapi aku masih di sini, tetap utuh dan yakin bahawa KUASA DOA ORANG_ORANG YANG TERANIAYA itu lebih besar kesannya..insya-Allah...Ujian Allah ini pasti ada hikmahnya...

Seandainya perjuangan kami ini menemui jalan buntu, aku redha sorakan gembira sekawanan tupai-tupai itu...menang di dunia, tak bererti menang di akhirat. Namun aku juga tak akan hakimi apa-apa kerana Allah lebih suka andai kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saudara kita yang lain. Mendoakan semoga ada sinar kesedaran dihati mereka. Semoga mereka tersentak dan berfikir, "Ini rezeki, pencarianku untuk keluargaku..duit gaji ini untuk aku beli makanan..yang bakal menjadi darah daging zuriatku...rezeki yang aku suapkan untuk anak-anakku inilah yang akan menjadi asas kepada peribadi anak-anakku.."...

Semoga ingatan ini sentiasa menjadi ingatan buat aku sendiri juga, sehingga nyawa masih dijasad...Insya-Allah....

- ErnyFirdaus-

Saturday, July 6, 2013

R.E.S.P.E.C.T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ya, mata terbungkang, masih tak mahu lelap..baru lepas merencana dua buah teks ucapan...entah bernas atau tidak, telah aku cuba melunas bait sebaik mungkin...dan ini..sekadar mengisi ruang waktu, tabir mata yang masih segar...Ohhh, lelaplah..esok mahu kerja..ya aku kerja..di hari Sabtu yang sepatutnya aku nikmati bersama keluarga.. (ada orang ingat mereka saja yang punya keluarga...hmmm..sabarlah wahai hati..kerana kalau kau melawan bicara lagak mereka melantun alasan, sama pula nanti tarafnya dengan mereka..mana mungkin, kan? ;p )

Learn to respect all kind of people
Because everyone is fighting a battle on their own
We all have our problems, bad sides and bad days,
But there are so much more behind it, behind me, behind you..
And behind everyone....
SO PLEASE RESPECT OTHERS
SO OTHERS MAY RESPECT YOU TOO....



Sunday, June 30, 2013

Awas Si Pencuri!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah hampir 2 minggu aku langsung tak sempat nak membelek atau membuka blog..sebab jadual kerja yang sangat padat. 3 hari di Lumut sebelum kemudiannya ke Kuala Kangsar dan 3 hari lagi berlanjutan ke K.Lumpur untuk training..memang agak memenatkan. TAmbahan plak aku memang tak sihat.

So malam ni, barulah sempat membuka dan mengupdate banyak entry yang tertunggak...dan tetibe aku nampak ada komen masuk...actually memaklumkan aku bahawa ada blogger telah MENCURI cerita aku dan memaparkan di blognya..cume ditranslate je ke version broken englishnya..yang hebatnya, sume termasuk jalan cerita langsung tak diubahnye..kot ye pun nak curi idea penulisan orang lain, olahlah skit supaya boleh lari jika disabit dengan Akta Hakcipta..hangin sungguh aku..gambar2 pun dicopeknye...adulahai... Ini entry aku yang dikebasnye...

http://ernyfirdaus.blogspot.com/2013/03/jamu-selera-girang-gembira-di-assam.html

Buat si blogger yakboktamkelih.blogspot.com hentikanlah apa yang anda buat...aku rasa ade blogger lain gak yang dicopy dan ditranslatekan versi broken english tu dari pembacaan aku...dan untuk Mr/Miss/Mrs. Anonymous yang maklumkan aku mengenainya, Thank You So Much for your kindness....

Wednesday, June 12, 2013

Dilamun Rinduuuuuuu!!!!!!

Assalamualaikum...

Waaaaaa!!!!!!sgt sedih,mlm ni tido tanpa kakak....dah lame xtinggalkan die for outstation....3hari 2 mlm plak tu....sedeyyyy!!!!!

Dan aku time ni dah sgt tepu...ngantuk!!!!

Bilelah nak abis sesi ni....otak udah xleh digest dah...
Miss my hucuk maccchhhaaammm...my kakak cayannnggg....
Friday,please come ....nak balik!!!!!!

Tuesday, June 4, 2013

Tough Times...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

This past few days, sangat sibuk. Setiap kali berniat nak update blog lepas balik keja, asyik terbantut je. Balik, sibuk layan my kakak, then letih, ternguap2..then zzzzzzzzzzzzzzzz....

Malam ni dapat jugak akhirnya menguatkann diri untuk membuang ketagihan menulis...huhuhuu...

This past few weeks, aku banyak berfikir, malah banyak jugak emosi jadik berkecamuk..I do miss something or perfectly said, my 'previous world', missing of doing something that I enjoyed..and my current situation that I facing at, really blew away my passion of working...ohhhh, mengapakah? -__-

So, tak boleh2, hentikan membawa perasaan sangat..so as always, Incik Daus memang akan jadik medium utama untuk melepaskan tekanan...hahahhaa...after long discussion, we decide to give it a try..of course, aku memerlukan kerjasama yang lain2..hehehhe...to be exact of 'yang lain-lain' tu, mestilah adik2 aku...yg jugak masak dengan perangai 'tegas' a.k.a diktator kakak die ni...statement sangat ganas okayyyy....hahahha!

Try to shifting my stress by gaining some motivation through the reading...


Aku adalah penggemar tegar koleksi buku 'Chicken Soup for the Soul' ini ya..aku dah start baca dari zaman sekolah..banyak inspirational story darinya...

Dan, hasil kerjasama semua, alhamdulillah, satu peluang berjaya kami perolehi selepas jenuh adik aku kena asak a.k.a paksa dengan aku..rasenye mau nipis telinga die dengar aku bising2...hahahah...

Dan alhamdulillah..satu lagi peluang datang hari ini...


Actually yang ini, kami dah mohon lama, sebelum PRU-13 lagi, kesian adik aku kena interview bagai..tak mudah ya nak mohon..cuma kelebihan adik aku, dia memang belajar line food ni..kira rezeki dialah..cuma aku and Incik Daus kena berhempas-pulas kumpulkan modallah yer...hehehhe

I never thought one day, I will turn to this....

Ya Allah, aku mohon dipermudahkan urusan kami ini...

Doakan kami ya.......

Monday, May 27, 2013

Aku Cuba Jatuh Cinta..



Aku cuba untuk jatuh cinta
Berkali aku cuba
Aku cuba tanamkan keikhlasan..
Ya Allah, sungguh berkali aku cuba…
Mencari rezeki perlu dengan keikhlasan, atas dasar cinta pada-MU..
Namun aku semakin tidak mampu…
Cuba dan cuba, namu makin aku rasakan aku menipu diri
Mana hujungnya pencarian ini…
Aku tak boleh teruskan tanpa CINTA ini…
Aku cuba cari namun masih belum aku temui
Semakin jauh pergi..KOSONG
Pagi ini mandat aku terima..
Kalau menjadi aku yang dulu, pastinya aku akan melonjak gembira
Pencarianku penuh ketelusan dan bercambah kecintaan..
Tapi mandat ini aku galas penuh kekosongan..
Yang mengukuhkan gerakku di sini..hanyalah wajah si comel..
Aku perlu teruskan kelangsungan hidup ini..
Demi masa depan dia..
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini..
Kuatkanlah hatiku Ya Allah…

Sunday, May 19, 2013

DIA... Si OPPORTUNIST!

Assalamualaikum danSalam Sejahtera....

Pada DIA...
DIA hanya mengguna ruang untuk mengejar peluang dalam hidup
Yang jarang datang bergolek...
Aku sama sekali tak menyalahkan DIA...
Apatah lagi mahu menunding jari padanya atau mahu menghentak kaki tanda protes
Namun aku juga sedar bahawasanya aku juga tidak gemar mahu mengejar
Kerna pada aku, bukan ini caranya bagi aku..
Ini cara "budak muda", yang mentah dan naif..tapi mahu cari jalan pintas untuk naik ke puncak..
Aku dah biasa bertatih..
Tak biasa bersaing menarik pesaing untuk jatuh...
DIA tak salah..
DIA cuma si OPPORTUNIST...
Jadi salahkan saja si pemberi ruang dan peluang ....
Mungkin yang memberi itu lupa..
Kerna yang diberi ini adalah si OPPORTUNIST...
Hari depan mungkin DIA ada cita-cita mahu peluang berdiri tinggi darimu!!!

AKU:Benci saat diri diganggu kala bersama yang dikasihi,apatah lagi diganggu oleh benda tak bermoral sebegini. Aku hanya mahu jalankan tugas seperti selalu dan buat kamu...andainya mampu ingin sekali aku nyatakan....be profesional, will you?


Tuesday, February 26, 2013

Tawakal


Minggu ini minggu yang sukar
Hari ini jiwa jadi kelam
Hati jadi kacau
Minda mulai celaru
Hanya hati yang cuba tabah
‘Tawakal’ menggerak diri

Manusia menindas manusia
Ditindas manusia yang bijak ambil ruang dan peluang
Dari penindasan yang bermaharajalela
Jika ditangan manusia, manusia itu menang..
Moga doa manusia yang ditindas ini
Didengar untuk dibela yang MENCIPTA…

Ya Allah, bantulah hamba-MU ini…..


AKU: Terasa emosi merudum...

Tuesday, October 30, 2012

Cuba bangun,berlari dan berdiri teguh!

Assalamualaikum n morning dear pals....
Lama dah rasanya xmelawat blog ni. Spt biasa, keinginan itu ade, tp masayg slalu xda. Balik je umah, dah malm....bergaduh,berguling,bertekak manja ngan My Saffiya yg dah semakin petah...then dah tengah malam. ape lg Zzzzzzz....

Wokey, pejam celik dah almost setahun di tempat baru. DUNIA KORPORAT....huh, mcm best jerk dengar...jangan nak berangan macam drama2 slot Akasia ker ape ker..yg dok citer projek juta2..adeyyyy...

Sape berani deny that I am so hardworking...never be 'giler keja'...hehehe...my daughter had change me lots...tp seriously 8 jam sehari skrg mcmxcukup...I am not complaining cuma ntahlah...

Aku bukan orangnya yg suka  buat kerja cincai2...I always push my self to the limits...my previous working environment make me always chalenge my self to deliver quality works...tp itulah yg susah utk buat org faham...Kerja berkualiti tak akan mungkin  terhasil kalau perancangan kerja seorang ketua terhadap staffnya lemah. I useto work with dedicated, intelectual and full with motivation bosses...when currently vice versa...huh,sgt mencabar minda!!

TEGUH DIRI- sangat penting sb kekadang dunia korporat ini mampu menjadi sgt di luar jangka..pelik2 manusia yg boleh jumpa...

Ya Allah...permudahkanlah sgala urusan.....

Sorry yer kengkawan kerna entry kali ni sgtlah xmembina....heheheh....

Tuesday, August 9, 2011

-Missing my soul-

Selamat menyambut Ramadhan...dengan harapan masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkannya. Huh! Lama sungguh tak menjengah ke ‘rumah keduaku’ ini..sibuk? Hmm..alasan yg sangat klise dengan status kerjayaku ini tapi itulah hakikatnya. Sibuk berbengkel dan bagai..outstation ke pelusuk negeri (mcm bertapa jer bunyinya ;-) ). Sampai mak aku pun cakap, “Anak tu nanti membesar kat atas jalan jerlah..”..hihihi..mana aku pergi aku kendonglah si kecik itu, tak boleh tinggal wooo...She is the beat of my heart! Hari ni pun sibuk juga maka dengan itu hadirlah entry tanpa intro yang jelas apatah lagi isi yang bernas. Tanpa 5W’s and 1H, ilmu yang aku tuntut saat masih berstatuskan pelajar jurusan Komunikasi dan Media (Kewartawanan) dulu. Ini kerana saat ini ada kemelut ‘tarikh mati’ sedang berlangsung di sini tetapi minda aku pula sibuk juga nak melayang2 entah ke mana saja..apa yang aku rasa? Ini mungkin.....



Seriously that I am losing this...
Separated pieces into pieces...
I tried so hard not to let it happened
But I don’t know how, I really don’t..
I really hope this wasn’t what I feel
I really hope this is not right..
I wish that my mind just want to play around in a hallucination world
Wishing that my heart strongly stand still...
Pray to ALLAH that my heart is still in piece...

Monday, March 7, 2011

pergi jauh2!

Aku tak tahu apa yang bersarang dihati..berkali sudah diusir pergi tapi rasa ini terus kuat mencengkam jiwa. Ya, aku sedar salah utk aku menyimpan perasaan ini tapi entahlah..sgt berat penanggungan..ingin rasa itu berlalu krn itu adalah satu sejarah lama..ingin rasa itu berlalu krn yg patah tak akan mungkin bertaut kembali...ingin rasa itu berlalu krn aku..dia..dan kami...sudah lama berlalu....

'Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya'