Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, May 10, 2013

Jom Terokai Perak: Zoo Taiping & Night Safari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Cuti hujung minggu adalah dlm last few months..bawak ‘kakak’ pergi Zoo Taiping. Saja nak bawak berkenalan dengan haiwan-haiwan di sana.heheheh…pada aku, seronok bawak anak-anak ni pergi Zoo, especially yang baru nak pandai cakap ni..seronok tengok ekpresi muka tu time tengok haiwan yang besar-besar macam gajah, zirafah semua…macam cute sangat muka ‘kakak’ terkejut, takut dan macam-macamlah.. ;-)

So dah sampai..sangat suka hokay..girang gembira..maknya yang terlebih girang atau anaknya saja..muahahah..






Ok, untuk yang merancang nak masuk ke sini, inilah senarai harganya ya…datang siang lain, malam lain..aku datang siang sebab tak berani plak nak bawak budak kecik datang malam…




Ha, gambor atas adalah gambor ibunya ‘berphotogediks’ di sisi awwwwwmmmmmmm!!! Sebabkan patung, siap peluk manjalah bagai…hehehe


Bawah ni plak, si ‘kakak’ yang takut…ekspresi2 gitulah yang aku maksudkan..




Ok, tiket sudah sedia, jom kita masuk ya kawan-kawan…




Giler seram kan nama burung ni..Burung Hantu Cari Kafan..ayooo...ngerinya...

Gambar2 haiwan berikutnya, kawan-kawan sekalian, silalah layan yer...kita ke segment mari mengenal haiwan ya adik-adik....ahaks!






Fuyyoooo...sangat tourist ya 'Kakak'...awat masam sangat mukanya tu..cer senyum kembang macam bapak, baruler ooommmeeyyyy!


Dah penat jalan, besar jugak Zoo ni...jom rehat sambil nikmati aiskrim...hangatkan cinta...errr, tak pasti apa kena mengena...kih..kih..kih..




Sangat girang ya anakku ini mendapat aiskrim idaman..sambil ibunya cuak takut kotor baju...tapi anak kecik, what to expect...huhuhu..tabahkanlah hati kalau bajunya kotor ya..tarik nafas dalam-dalam dan p la salinkan ya...huhuhu...


Pehhh..merpati dua sejoli sangat...tengok tu Incik Daus..sat ja aiskrim tu dah tinggal batang..dua kali ngappp saja...aku gak yang terhegeh-hegeh nak abiskan...


'Kakak'...sampai terangkat-angkat mata menikmati...





Part ni aku nak tergelak, 'kakak' tengok harimau bintang rasanya..siap lambai 'bye-bye' tu....mcm kengkawan plak...


Ok..sudah tiba di penghujung...masa untuk pulang...nanti kami datang lagi....



Sempat gak membuat cenderamata fridge magnet ni..saja kenang-kenangan...

Sekian kawan-kawan...jumpa lagi di next entry..tatatititutu....

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)