Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Moments of LOVE. Show all posts
Showing posts with label Moments of LOVE. Show all posts

Tuesday, December 6, 2016

Kisah October Girl Part Finale: Meriah, happy, alhamdulillah...My Little Pony Birthday Theme

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar u all semua….aku semenjak minggu sudah badan terasa macam nak demam. Masih cuba bertahan untuk tidak mengambil MC. Pekerja cemerlang memang macam ni..hahahah….

So,  hari ini aku nak sudahkah kisah birthday girl iaitu aku dan kakak…weehuuu…

Tahun ini aku baru perasan kami kurang bercuti sebaliknya masa lebih banyak digunakan untuk organise acara makan-makan bersama keluarga…factor usia barangkali…ewah! Insya-Allah kakak, tahun depan kita cuba untuk berholiday kembali ya…

Jujurnya, ini adalah kali pertama kami membuat keputusan untuk menganjurkan Majlis Sambutan Hari Lahir kakak di rumah. Setiap tahun dari usia kakak setahun, selalunya kami akan buat di tempat lain. Aku ada takrifan tersendiri tentang sambutan hari lahir kakak. Jadinya aku nak kakak tahu bawaha tak semua orang mempunyai hidup yang indah. Rezeki harus dikongsi dan jangan dilupa pada arwah adik yang telah tiada.

Bagi tahun ini, idea nak buat majlis ini pun actually sangat last minute. Antara nak atau tak..sebab rumah pun baru sudah renovate, memang ada rupa kapal Titanic nak karam jugaklah. Then after some discussions dengan family, kami teruskan juga dan rumah mak dijadikan lokasi. Kebetulan angah pun nak buat kenduri kesyukuran sempena kenaikan pangkat dia.


Tahun ini kami memilih untuk buat tema My Little Pony as requested by the birthday girl. Alhamdulillah, kakak dah makin berani mengendalikan kuda. Ya, kakak tengah belajar menunggang kuda. Pada aku, bagus juga belajar bawa kuda ini sebab dia melatih keseimbangan tubuh dan fokus. Nanti Insya-Allah, aku up kan entry tentang kelas kuda kakak.


In about one week, aku bertungkus lumus cuba usahakan juga tema My Little Pony. Masalahnya, masa ini belum banyak barangan Little Pony yang ada di Ipoh. So aku buatlah sendiri mana yang mampu dengan nilai kekreatifan yang ada..ewah…


Goodies beg kakak all done…. Sticker tu ibu custom made sendiri okay…takda tempah2, jimat…hahahha….


Semua wording pun buat sendiri…ampunkanlah saya ye…saya bukan graphic designer…hahahha…so mana yang mampu diusahakan sajalah ye….in fact like I said, ini her first birthday yang beria macam ni..sebelum2 ni, beria juga tapi dari sisi yang amat berbeza….


Ya, kita perlu gunakan semua tenaga kerja yang ada….ditemani mandor kecik…she exactly like me…pandai bab memantau ni…hahahha…so dua2 Daus kat belakang tu silalah bekerja dengan penuh kesopanan…. She watching u both! ;-)


Stok aiskrim Malaysia, ini pun aku gigih buat sendiri. Aku actually ada perangai sikit, aku lebih suka tetamu makan makanan yang dihasilkan dari air tangan tuan rumah…so mana yang selagi upaya buat sendiri, jomlah kita buat. Mana yang tak upaya tu, kita tempahlah juga. Memang jenuh juga aku menggentel plastic aiskrim ni, aku buat dalam 100 lebih jugakla…dalam masa sehari. Ada perisa milo, sumi jelly, asam ko dan oren.


Tadaaaa…wording banner siap ditampal….aku print guna art card glossy dekat kedai Taman Cempaka.


Ini antara sajian manisan untuk birthday kakak.


Rainbow Dash Cake. Istimewa untuk kakak dibuat oleh Bake O’Clock Homemade. Kalau nak terjah, silalah ke FB Sis Diyana. Aku sangat berpuas hati melihat hasil kek ini. Tak sangka sebesar itu Rainbow Dash kakak. Keknya sangat sedap, xmuak bila makan. Rainbow cake with cream cheese. Aku tak fancy sangat kalau kek terlampau manis tapi kek ini sangatlah balance dari segi rasanya. Dan lembut gebu.


Ini pula Chocolate Indulgence….ini kek surprise untuk IBU…eh..eh…ibu pun ada kek…hahahha..untung birthday dekat-dekat dengan anak…so semua orang tak boleh buat-buat lupa especially bapaknya…hehehhehe…errr, sorry, gambor terbalik…ampun…hehehe



Brownies superlicious dari Tok Ma….khas untuk majlis hari ini. Tok Ma kakak pun memang pakar bab2 buat kek.. untung kan… ;-)


Cheese Tart juga dari Bake O’Clock Homemade…


Conga Bar dari Tok Ma…


Kakak bersama Opah dan kawan2…Opah and the Hologram…eh..eh…  ;p


Untuk birthday kali ini, Mak Ngah dan Opah buat kejutan mengimport maskot Marrybrown ke rumah…. Kalau u all nak pun boleh juga, tapi kena ambik pakejlah…kena bayar juga ya walaupun adik I kerja kat dalam tu…hidup ini janganlah asyik suka nak benda free sebab ada orang dalam, mak I marah buat perangai cam tu… ;-)

Kemudian, marilah kita memberikan perhatian sepenuhnya kepada gambar-gambar berikutnya….




Ya, boleh agak tak siapa yang over excited? Adakah anaknya, atau ibunya atau bapaknya…hahhaha..xpe..xpe, simpan saja dalam hati jawapan anda itu…. I faham…hehehehe…Oh sebelum aku lupa, Incik Daus pakai gitu sebabnya kami mulakan majlis dengan menjemput tetamu dari Masjid untuk turut serta bagi Doa Kesyukuran dan juga Tahlil….so dia dah tak sempat nak tukar outfit..maka terpaksalah I redha dengan Berboyfriendkan pakcik kopiah sepanjang majlis..hahaha….

Selain daripada makanan manis-manisan…kami letakkan juga buffet line di luar. Aku memang lupa langsung nak ambik gambar buffet line…

Antara yang ada, kari daging, roti jala..doughnut, laksam, agar-agar, ayam goreng, nugget…dan banyak lagilah.


Selesai acara potong-potong kek, untuk anak-anak ada games yang dikendalikan oleh Team Marrybrown yang sangat sporting. Adik bongsu I jadi Sound System Man…hahahha…apa guna ada ahli keluarga multi-tasking kalau tak digunakan…sila..silalah guna..ya tak… ;p



Alhamdulillah, anak-anak semua happy sangat…


Dua kembar lelaki ini, bukan main pandai lagi menari…suka aku menengoknya…lentik betul bila dia gelek…hehehhe…


Bergambar bersama family. Thank you so much for making time for us to celebrate this happy moments….


Kakak dengan kawan-kawan sekampung…. Dulu, ada di antara ibu ayah anak-anak ini kawan sepermainan ibu…melasak bersama, pergi sekolah bersama. Ibu dulu taklah nakal sangat tapi setakat bergayut mcm tarzan kat gua tepi rumah Opah ni dah macam aktiviti rutin di petang hari. Hahahaha….


Ini pula all the teachers and assistant from Little Caliph Bandar Baru Putera, thank you so much for your presence on our precious day…we really appreciate it!

Terima kasih juga kepada rakan-rakan pejabat yang sudi meluangkan masa untuk hadir…I tak jemput semua…orang limited edition macam I ni haruslah jemput yang limited edition juga…hehehhe…. Cuma backdrop burfday makin hujung majlis dah makin togel…hahahha…




Suka kakak dengan hadiah-hadiah yang dapat. To all, thank you so much for the gifts and most of all for your time… Kakak say thank you…kakak happy sangat.,… ;-) 


Terima kasih banyak-banyak kerana sudi hadir ikhlas dari kami sekeluarga. Semoga anda semua mendoakan kesejahteraan hidup kami sekeluarga..dan kami juga mendoakan kebahagian hidup anda semua dunia akhirat…Amminnn Ya Rabb….

Thursday, October 6, 2016

Salam Sayang Buat Kakak & Adik....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….


Hari ini
6 Oktober…
Setiap tahun…dua perasaam yang sering bersatu…

Dear Kakak,
Happy Birthday sayang…
Semoga Membesar menjadi anak yang solehah, baik dan lembut tutur kata…
Semoga dimanfaatkan segala ilmu ke jalan Allah…

Dear Arwah Adik,
Al-Fatihah sayang…
Tak pernah sesaat ibu lupa dalam setiap langkah dan doa…
You were here for a moment, but left a lifetime of love in my heart…
Kakak and Adik, Both of YOU have been a blessing from Allah to Ibu and Bapak.
We LOVE BOTH OF YOU eternally…

Yours Sincerely,

Ibu & Bapak…

6.10.16 

Wednesday, August 24, 2016

Moment of LOVE #26 : Misi Nak Pakai Baju Seragam Superhero

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Tak taulah dari mana datangnya idea tu, tapi lately memang itulah yang sering disebut. Asyik paksa ibu jadi slim. Siap tegur ok kalau ibu makan banyak... sabor jelah... ni sambungan kisah larian tu..



Monday, May 2, 2016

Happy 8th Anniversary to both of us...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Hari ini..

2 May 2016

Genap usia perkahwinan kami 8 tahun
8 tahun yang penuh dengan warna
8 tahun yang berlalu dengan pantas
8 tahun, dan kami masih lagi cuba memahami satu sama lain…
Selamat Ulangtahun Incik Daus…
Semoga perkahwinan kita dirahmati dan di dalam lindungan Allah sehingga ke Jannah…Ammmiinnn Ya Rabbal’alamin…


Dan 8 tahun yang tak pernah sunyi especially then budak kecik bawah ni… half me and half you..bab loyar buruk tu exactly you…hahaha…


Doakan Allah murahkan rezeki untuk kami memperolehi zuriat lagi....Insya-Allah..aaammiinnn...

Tahun ni tak sempat nak merancang apa sebab hidup tengah huru-hara..dan kami terlibat dengan perancangan keluarga..aku pun since last week, batuk..selsema dan demam since khamis…but still, we spend time together..main bowling dan paksa Incik Daus menonton Ada apa dengan Cinta…hehhehe…aku fanatic kot dengan filem ni…

Ok u all yang disayangi..mohon doakan segala kebaikan buat perkahwinan kami ya…dan begitu juga kami mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anda semua… 

Aaammmiinnn….



Tuesday, October 13, 2015

Jom makan best di Ipoh: Sambut Bithday Incik Daus di Restoran Steamboat Syabu-Syabu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Fuhhhh..lama sungguh rasenya tak sempat nak update apa-apa. Terasa berbuku didada terbungkam gian nak menulis…huhuhu…banyak betul benda dah hamper jadi pekasam. Not much to comment tentang kesibukan kerja lately..aku banyak di luar office..balik dah lewat malam…gigih tak gigih je nak bukak laptop..ni pun ku gagahkan diri aje…demi peminat semua..upppsss…hahhaha..poyo sangat statement ni..ahaks!

Started from August..banyak betul acara makan-makan..ehh..bukan memang suke benor makan ke..hehehe…

23 Ogos..burfday Incik Daus
2 Oktober..burfday empunya blog..awwww…yg ke-16 ye..hahahha!
6 Oktober..burfday si kakak….

Jadi..mehla kita mulakan dengan burfday Incik Daus..kali ni aku pilih nak bawak makan kat Syabu Syabu…bukan layan syabu sampai laloq tau..tapi layan steamboat/grilled buffet sampai jadik ular sawa… ;-)


Aku pilih nak makan-makan di Syabu-Syabu ni sebab Incik Daus memang suka makan steamboat…begitu juga anaknya..so kena sangatlah kan..Cuma Incik Daus suka tom yam..kakak plak suka sup sebagai kuah..tapi ok..sini leh pilih dua jenis kuah…so settle!

Restoran Syabu-Syabu ni start beroperasi dari jam 6pm ke tengah malam tak salah aku. Cuma aku advise sebelum datang better call dulu untuk reserve sebab tempat ni sentiasa full. Masa kami datang ni pun ada 3 family yang datang walk-in tak da tempat kosong…so terpaksa balik gitu je..

Lokasinya sebelah Hotel Impiana Ipoh. Nanti aku share alamat penuhnya kat hujung entry okay…


Happy Birthday Bapak…hehehhe…nak kata surprise pun xsangatla..sebab bapak yang drive keta..Cuma saja je bagi direction satu persatu…kata nak makan-makan aje…so INcik Daus takdelah pelik sangat sebab knowing us..kami memang suka gi makan-makan pun.



Kiss bapak Happy Birthday…hamboiii..hamboiii..bukan senang tau nak pujuk kakak kiss bapak..sebab dia geli janggut bapak…hahahha…




Ini budak kecik yang lebih excited..macam burfday dia kan…
Dah semakin pandai buat mimik muka macam-macam bila posing….bukan main lagi kan…



Ala..ala…omeeeyyy x kami berdua….omey kan…hahahhaha… *buat muka cute sebijik…*

Ok..meh aku citer sikit bestnya makan kat sini. Tempat ni luas sebenarnya..banyak sangat options makanan. Pilihlah..memang seriously banyak..dari ayam, daging, seafood yang banyak sungguh pilihan dia…serbu..jangan xserbu… dia buffet style…so boleh je pilih apa yang u all nak makan..TAPI…dengan syarat… silalah habiskan makanan yang diambil sebab kalau tak abis..kena charge per kg okay…so elakkan pembaziran! ;p




Ni antara yang aku sempat ambik gambor..yg xsempat..mintak ampun..i cannot tahan u know..the adrenaline of berebut makanan secara berjemaah..hehehhe…



Hmmm..aiskrim pun ada ye..my two kanak-kanak ribena…yg sambut besday tu kadang2 lebih kanak-kanak dari anaknye ye..sila maklum…kerana yang dewasa itu yang dulu menyerbu kaunter aiskrim okay… *rasa nak bertukor hijau kan….*

Makanan yang siap dimasak pun ada..ni antara lauk-pauk yang dah siap dimasak…



Masak lemak udang dengan ayam dia memang sedap..serius sedap…lemak, pedas dia semua seimbang…memang sangat sedap..percayalahhhh!!! hehehhe…ada jugak nasi goreng, nasi putih, kuey teow goreng..spaghetti..so leh pilih, dan sesuailah bawak mak ayah ke sini..kalau xsuka makan steamboat semata-mata, ada makanan lain macam ni..nasi lemak pun ada okay…


Kalau nak grilled pun boleh..kaunter grilled boleh ke station yang macam ke luar skit..sila ingat nombor meja..sebab nanti dia akan sepitkan nombor meja tu sementara pilihan u all tu queue untuk di grilled.


Ini antara tetamu jemputan burfday celebration Incik Daus malam ni..peeewwwiiittt..yep..family ku kecik saja… cute miut gituuu…

Kembali kepada gambar makanan..sorryle gambor xberapa jadik sebab lighting sini malap ala-ala romantika di tampoi gitu..tapi walau gambornye nan hado..tapi menu ini sangat sedap..


Killer menu pada tekak aku..spaghetti seafood dengan apa ntah nama kuah dia..aku gagal mengingat..yang pasti kuah dia kaler kuning okay..sedap sangat!



Aku tabik spring sama ini kakak kawasan..terror okay pakai chopstick..yang si ibu ni tak pernahlah khatam nak pakai chopstick, walaupun suka makan chinese food. Tapi kakak, kejap je bapaknya ajar, dah terror..i is shame..shame u know..huhuhuhu….


Posing skema…hahhaha….

Posing ala tangkap cintun abissssss…. *tutup muka cover poyo*



Posing over selalu..hahahha…

Dekat wall depan kaunter..ade gambar2 pengunjung sambut harijadi kat sini..jangan risau tempat ni adalah HALAL. Boleh tengok sijil halal yang dipamerkan di kaunter masuk.


Ok, untuk yang nak ke sini..ini aku bagi alamat dia, sama dengan harga pakej yang ada di sini..murah dan sangat berbaloi!!!



 Insya-Allah, akan ke sini lagi… oh terliur sudaaaa….  Sekian kengkawan yang budiman…. ;-)